Friday, August 07, 2009

Ikan baru

Empat hari aku berkampung di utara tanah air untuk meneliti proses pengambilan balik dan perolehan tanah. Bisanya kalau di luar kawasan program yang diatur begitu tight, biasanya hingga malam. Tapi kali ini program yang diatur tidak begitu ketat. Sebelah malam adalah program sendiri-sendiri. Maka macam-macam aktiviti dapat dipenuhi. Sempat menyambut cabaran Fara dan Era untuk main bowling. Mereka ni begitu handal. Hujung minggu biasanya mereka melekat di bowling center Putrajaya. Dan yang aku sendiri tak sangka sempat main snooker dengan Amin dan Zul, yang mana dah lebih 20 tahun aku tak sentuh meja tu. Masa-masa bujang dulu memang boleh tahan.

Yang aku nak cerita yang ini. Pasal makan la...
Tepat jam 7 pagi, seorang kawan telah mengambil kami di tempat penginapan untuk ke Kuala Kedah. Tempat yang dituju adalah sebuah warung di depan Bernas Kuala Kedah. Warung tu aku nampak tak bernama pun, tetapi pelanggan punyalah ramai. Berbagai bangsa ada di warung itu. Rupanya orang Kedah ni mereka berserapan pagi makan nasi. Yang istimewanya kedai itu menjual ikan baru. Semua makanan laut yang dimasak adalah baru naik dari Kuala Kedah. Tak kena ais lagi pun, memang manis. Patutla semua orang di situ ambik lebih dari sekor. Rupanya memang sedap, kalau ikut hati empat ekor pun boleh makan. Harganya pulak memang murah, sekor ikan kembung masak gulai hanya seringgit. Kadang-kadang hanya 80 sen sahaja seekor. Sebesar-besar kuali digunakan untuk gulai ikan di samping beberapa menu seperti sotong dan lain-lain makanan laut. Semuanya di hidang panas. Sesiapayang ke Alor Setar cubala cari warung depan Bernas ni. Sesekali makan ikan baru yang belum kena ais memang ada kelainannya.

3 comments:

pB said...

best nyer

dah lama tak makan fresh ni ...der

CikguZue said...

ok set. dah masukkan menu ni dlm kedai wajib pergi masa balik M'sia nanti...hihi.
harapnye ada rezeki la ke sana.

KAMATO said...

PB, memeng sedap makan fresh ni

Cikguzue, bila nak balik ni...