Sunday, June 21, 2009

Raja Buah

Menyusur lorong kecil di satu kampong sambil memerhati gayutan-gayutan buah di pohon durian di kiri-kanan lorong memang mengasyikan. Sesekali di selangi dengan kebun-kebun getah yang masih menitik hasil torehan di pohonnya. Niat kami Cuma satu, untuk menjamah raja buah yang sedang bermaharaja lela di situ. Tiba di satu rumah ternyata ada longgokan di tepi rumah, ku katakan yang ini pernah singgah kita cari yang lain seperti di kabarkan oleh sahabat. Tak lama selepas itu kami sampai rumah yang di tuju, sukur pakcik tua tu ada di bangsal sebelah rumah. Dengan pakaian yang di pakainya menandakan pakcik tu baru balik dari kebun. Setelah memberi salam kami pun sampaikan hajat.

“Buah ada lagi Pakcik”
“Adala sikit, anak Pakcik baru jual pagi ni, ni je yang tinggal itu pun baru je jatuh”


Dengan tak payah di suruh, Pakcik tu terus membelah 3 biji….huh rasanya memang mengancam, isinya masih cekang. Kami terus meratah satu demi satu….


“Pakcik kami datang ni Pak Haji berjanggut yang datang sini semalam bagitau”
“Ooo ye, tiga hari turut-turut dia datang sini”
“Pakcik kami ambik semua mana yang ada”


Pakcik tu terus kutip dan susun semua buah

“Berapa semua ni Pakcik”
“Bagi la dua puloh”


14 biji buah durian yang cukup berkualiti, bersaiz besar dan sederhana dan baru jatuh dari pokok denga harga RM 20…cukup murah

“Buah kat kebun banyak lagi ke Pakcik?”
“Banyak lagi, ini pun baru jatuh..boleh la sampai dua minggu lagi”
“Buah langsat macamana?”
“Baru je masak tak ada sapa nak panjat”
“Lepas ni kami datang balik Pakcik”
“Datang laaa”



Pakcik ni baru balik dari kebun

Baru je jatuh....

Inila yang kami dapat di Broga Lenggeng

8 comments:

khairyn said...

Ahhh... sedapnya buah-buahan tempatan. Rindunya nak makan durian dan rambutan. Langsat saya tak berapa suka sangat.

Selamat menyambut Hari Bapa!

cikMilah said...

Murahnya..!!
Mai la Penang, ada Pesta Durian 28/6...

PINATBATE said...

saya pun dah dua hari berturut-turut makan durian ..tekak dah sakit ni..

silversarina said...

Murahnya !!

Setakat ni saya masih dapat bertahan daripada makan raja buah ni , taktau lah berapa lama dapat bertahan :)

pB said...

anto lah ke Puchong


sebijik pun tak per

Nunn said...

bro kat lengeng ke jln lama ke seremban ke....nak jugak pergi beli raja buah ni....boleh bagi direction tak...

kuIna said...

huhuhu raja buah yg tak di makan oleh saya...
pantang..

Mak Su said...

hhhmmmm, buah baru gugur sangat sedap :)