Wednesday, June 24, 2009

Dialog pagi

Pagi-pagi aku terima call

Assalamualaikum
Walaikumsalam, hai lama tak nampak
Sibuk sikit la sekarang ni, anak ko dapat masuk mana?
UTHM, ambik engineering, macam bapak dia jugak
Bila daftar?
Hujung minggu ni
Elok tu, ko tau tak kerajaan Selangor bagi peruntukan pada anak-anak yang masuk U
Tak tau pulak aku
Iye, kalau mak bapak dia orang Selangor boleh dapat seribu setengah
Habis bini aku bukan orang Selangor macamana?
Tak pa la, kita cuba mintak dulu, kat taman tu ada berapa orang masuk U?
Setahu aku ada dua orang je, sorang lagi anak Ramlan
Bukan anak Wak Din sekali ke?
Anak dia dah lama la masuk university.
OK la nanti aku dapatkan borang, ko sedia je surat tawaran dan resit bayaran yuran
Ye la, terima kasih
OK Asalamualaikum
Walaikumsalam


nota: Bagus jugak kerajaan negeri Selangor ni, dah la bagi 20 liter air percuma, ni bagi pulak sumbangan anak-anak masuk U.
Ada ke negeri lain yang bagi subsidi macam ni.....

7 comments:

PINATBATE said...

musim anak-anak masuk U yer..

Tahniah kpd ibubapa semua..
mudah-mudahan suatu masa nanti anak-anak saya pun dpt peluang sebegini..boleh mak bapak merasa duit dari kerajaan Selangor..Yeah!

asuHara sU said...

baguslah kalau macam tu.
tapi sesapa yang x de budget kalau dapat masuk u, kat u tu banyak tabung kita boleh apply. yang penting nak belajar.

silversarina said...

Bagus tu ,paling tidak dapat jugak lepas duit persediaan nak masuk U.

Terengganu dah lama ada skim hadiah ni. sini RM1000. Kami tau masa Sofie masuk U , mohon jugak sebab dah tukar taraf permastautin tetap kat Gannu ni. Masa Maya je tak mohon sebab kami tak de kat sini .

maklang said...

rasanya banyak tempat buat macam ni kot..

z[double o]L said...

Ada. Kerajaan ganu. Tapi hari tu masuk paper universiti kat ganu kena tipu 18 kali. penganggur ambik surat tawaran, pastu tukar nama dia. dapatla 1000 sekali claim. Kira kategori cerdik gak la mat rempit tu sebab tak dapat masuk u pun dah dapat 18000 free2..hohoho. Memang nak kena lupus mat rempit ni.

MULAN said...

bagus nya gitu.. kalau ada yg buat pun yayasan negeri kot, tapi bertapis2 bagai. dengar macam susah je nak dapat.. kita belum sampai waktu, jauh lagi..

KAMATO said...

Pinatbate, tak tau lagi dapat ke tidak

asuhara, betul tu yg penting belajar

silversarina, terengganu dah lama kan dapat

maklang, ya la agaknya....

zool, itu bijak menipu namanya

mulan, satu masa sampai jua