Wednesday, June 10, 2009

Tiwul

Baru ni aku balik kampong dapat merasa tiwul, sejenis makanan yang telah bertahun aku tak menjamahnya. Mak kata sekarang dah mudah, tepung tiwul boleh beli timbang kilo. Tak payah jemur macam dulu-dulu. Tiwul ini sering dikaitkan dengan makanan kampong. Kalau zaman dulu ianya dikaitkan dengan makanan rakyat miskin kerana masa itu beras agak mahal dan hanya orang kaya dan pesawah sahaja yang mampu makan nasi. Tiwul dihasilkan dari ubi kayu (cassava) yang di parut/sagat dan dijemur sehingga kering sehingga menjadi tepung yang agak kasar. Apabila telah kering sepenuhnya ianya boleh disimpan bertahun. Tiwul adalah hasil olahan dari tepung ubi kayu(cassava) melalui proses tradisional, iaitu tepung cassava ditambahkan air hingga basah dan dikukus selama 20-30 minit. Apabila telah masak sepenuhnya, ianya akan digaul bersama kelapa dan sedikit garam. Rasanya memang cukup sedap. Sayangnya ramai orang sekarang sudah tidak mengenali tiwul terutama anak-anak.

8 comments:

pB said...

Salam


Makanan Jawo tuuuu

dEeWaN said...

dgr mcm sdp jer. tapi blm penah rasa. nk rasa ckit boleh. dimana blh saya dpt.

Amiene Rev said...

Alangkah bagus jika ada inisiatif memasarkan tiwul.

Kaktiny said...

salam..

mmg tak pernah dengar dan tak pernah rasa.. tapi nampak macam menarik dan best jer...

silversarina said...

sama macam kaktiny, ni first time saya dengar dan tau kisah makanan tiwul ni.

KAMATO said...

PB, betul la tu agaknya

deewan, ada di jual di setengah-tengah tempat

amiene, ada yg jual, tapi pasaran tak meluas, nak cari ubi kayu sekarang pun susah

kaktiny, emmm ....ramai yg tak tau, ini makanan zaman purba

silver, nanti saya balik terengganu, saya bawak untuk kak rina

rudy bluehikari said...

Ya Allah...dah lama aku tak makan tiwul ni... kat kg aku dipanggil ketiwul! sedap sangattt! tp aku mungkin xboleh lagi makan tiwul sbb aku alah dgn makanan berubi sejak dpt GERD ni... anginnnn~ burping n sesak napas jawapnya..

z[double o]L said...

memang nama pelik sikit. ni baru dengar. Masa kursus PTK hari tu pun ada penceramah cakap kat Kuala Selangor ada nama cendawan 'greget'.. dekat2 dengan tajuk ceramah dia integriti..