Sudah menjadi budaya masyarakat melayu kenduri di musim cuti sekolah. Biasanya kenduri di tempat kita ni jemputan di tetapkan dari jam 12tgh hingga 4 petang. Oleh itu apabila banyak terima jemputan , ianya perlu disempurnakan dalam masa 4 jam. Tolak waktu solat zohor, hanya tinggal 3 jam setengah. Begitulah keadaannya hari Sabtu baru ni, aku terpaksa berkejar sesana kemari hanya kerana memenuhi jemputan majlis kenduri. Ianya bermula jam 11.30pagi lagi bagi majlis yasin dan doa selamat di rumag Abang salah seorang penduduk taman aku. Hidangan yang disediakan cukup menyelerakan. Jarang jumpa kenduri di Lembah Klang ini menyediakan sajian kapong termasuklah ulam-ulam dan ikan keli bakar, ditambah pulak dengan bubur kacang yang dipenuhi dengan durian. Cukup-cukup menyelerakan, tapi memandangkan banyak kenduri yang akan aku kejar, maka hanya sekadar makan yang mampu. Pukul 12.45 tengahari terus ke Taman Titiwangsa untuk memenuhi jemputan seorang teman saudara Ramlan. Pukul 2.30 ptg ke Taman di Ulu Langat juga memenuhi jemputan seorang teman saudara Lufti yang menerima menantu sulung. Jam 3.15 pm berkejar ke seksyen 16 Putrajaya bagi memenuhi jemputan puan Mariam, kebetulan naknya yang berkahwin adalah bekas staff aku 2 tahun lepas. Kira-kira kami la agaknya tetamu penutup di majlisnya. Terasa lega apabila dapat menyempurnakan kesemua jemputan dalam masa 4 jam. Seterusnya kami perlu entertain seorang rakan Abang Zul yang datang dari Kulai dan dijangka sampai di Kajang jam 5.00 petang. Aku call Hj Jas yg berada di Serdang, untuk bertanya lokasi Abang Zul, katanya jam 6.00 baru sampai. Sebenarnya mereka ini adalah rakan-rakan semasa mengerjakan umrah. Memandangkan ada masa lagi 2 jam lagi kami merancang untuk melawat seorang rakan yang mendapat musibah di hospital Pantai, tapi apabila dihubungi dimaklumkan beliau baru sahaja keluar hostipal. Cancel program ke Pantai dan terus call Abang Zul untuk mengetahui lokasinya, rupanya mereka dah sesat di Kajang Mewah. Aku minta dia tunggu di situ untuk aku ambik dan bawak ke rumah. Malam kami sempat berkumpul di sate Kajang Hj Samuri. Malam tu keadaan begitu sibuk sekali, mujur masih dapat tempat.
Pagi Ahad kami berkonvoi ke Kampung Sg Buaya Banting untuk mengunjungi Hj Mispan. Hj Mispan ini walau pun usia mencecah 70 tahun, tapih masih gagah lagi. Masih kuat untuk mengait kelapa sawit. Beliau juga ku kenali di tanah suci. Walau pun hanya 2 minggu bersama mereka semua di tanah suci, tapi hubungan kami sehingga sekarang masih cukup rapat dan sentiasa menghubungi antara satu sama lain. Kebetulan ada durian kampong yang gugur, maka dapatlah kami berlumba untuk menghabiskannya.
Upacara mengopek durian
Peserta terakhir sedang menamatkan perlumbaan
Kenangan bersama Hj Mispan
nota: aku sepatutnya ke Dungun untuk jemputan kawan yang menghantar menantu, tapi tak kesampaian
8 comments:
Perghhh....durian siot. Terliur jer lah
pergghhhhhhhhhh sabo jelah tgk durian tu hoh~
naper perlu ada time limit??
kalau kat kampung , tak ada pun semua itu
Kalau sayalah, tidak akan terkejar-kejar begitu. Oleh kerana sudah dijemput InsyaAllah kita akan datang, jadi tak mengapalah kalau terawal atau terlewat sikit. Yang penting datang, lagi pun bukan nak makan sangat...
Musim cuti memang penuh jemputan knduri, saya terpaksa hantar hadiah kawin awal2 sebab memang kami dah rancang nak berjalan musim cuti jadi terpaksa lepaskan jemputan kenduri kawin .
Kat sini pun tadi tengok kat pasar dah banyak durian...emmm.... hubby tak bagi makan sebab takut naik balik kencing anis :(
silversarina, takpa tak makan durian pun yg penting jaga kesihatan,
sri diah, terpaksa berkejar kerana jam 5 ptg ada appoiment lain
pb, tu yg seronok kenduri kat kampong
masy, agaknya dah musim kot, kat pasar malam pun dah banyak
erid, nak buat macamana... kalau nak beli kat wales tu....ada kot durian siam, tapi mahal
Best giler bila nmpk durian 2. Ari ni kwn ofis hntr durian kt umh. X sbr nk mkn tp 6 biji jer. Kami 6 beranak ckplah 2 sowang 1 tp bsk nasib.Jk dpt mcm buah dian mcm dlm pic ni sdpkan.
wah...mcm tak cukup korum je tu....saya kat kelate ni, terliur la....huhu
Post a Comment