Sunday, June 14, 2009

H1N1

Setakat ini seramai 12 oarng telah disahkan dijangkiti H1N1 di negara kita. Baru-baru ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)telah memumumkan peningkatkan amaran Influenza Pendemik daripada fasa tiga ke fasa empat keatas penyakit H1N1 atau selsema babi. Sehubungan itu kerajaan memperuntukkan RM7 juta bagi menyediakan suntikan vaksin influenza kepada lebih 200,000 pekerja di 125 pintu masuk utama Malaysia sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi risiko jangkitan virus influenza H1N1 atau selesema babi, di negara ini. Kementerian Kesihatan juga juga telah mengenal pasti 28 hospital kerajaan untuk dijadikan pusat kuarantin di seluruh Negara. Jabatan Veterinar juga telah menyarankan untuk memberikan dua dos pelalian H1N1 kepada babi di lebih 700 ladang ternakan seluruh negara. Kerajaan juga sudah mengeluarkan nasihat perjalanan kepada rakyat supaya menangguhkan atau tidak melakukan lawatan antarabangsa terutama ke negara yang dilanda wabak sekiranya tidak perlu atau keadaan tidak mengizinkan. Yang nyata adalah amat-amat perlu bagi membendung penyakit ini merebak dalam negara.

Di negara kita jualan daging babi tetap seperti biasa, mungkin mereka lupa sebenarnya H1N1 itu adalah selsema babi atau pada mereka virus itu belum menjangkit babi-babi dalam negara kita.


Allah melarang memakan babi. Setiap larangan Allah mesti ada sebabya. Beberapa perkara berhubung tabiat babi pun sudah cukup untuk kita menjauhi dari segala yang berkaitan dengan babi. Antaranya seperti berikut:

Babi adalah haiwan yang kerakusannya dalam makan tidak dapat ditandingi haiwan lain. Ia makan semua makanan di depannya. Jika perutnya telah penuh atau makanannya telah habis, ia akan memuntahkan isi perutnya dan memakannya lagi, untuk memuaskan kerakusannya. Ia tidak akan berhenti makan, bahkan memakan muntahannya.

Babi boleh memakan semua yang boleh dimakan di hadapannya. Memakan kotoran apa pun di depannya, entah kotoran manusia, haiwan atau tumbuhan, bahkan memakan najisnnya sendiri, hingga tidak ada lagi yang boleh dimakan di hadapannya.

Babi akan mengencingi najisnya yang ada di hadapannya, kemudian memakannya kembali.

Babi gemar memakan sampah, busuk-busukan, dan najis hhaiwan yang lain.

Babi adalah satu-satunya haiwan mamalia yang memakan tanah, memakannya dalam jumlah besar dan dalam waktu lama, jika dibiarkan.

Kulit orang yang memakan babi akan mengeluarkan bau yang tidak sedap.

8 comments:

silversarina said...

Ya Allah, baca kisah babi pun dah nak termuntah saya dibuatnya .

Semoga wabak selsema babi tak melarat lebih serius.

zino said...

semuga penyakit ni dapat di bendung .. sekarang telah di istihar sebagai wabak..

pB said...

Salam Bro


Membaca fact ttg cara pemakanan babi ini sudah cukup meloyakan tekak pB ....

hasellusiby said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

salam,

tak peliklah kalau babi tu cepat gemok. dia makan balik semua zat dia.. hehehe

Mulan said...

balik dari cuti2, dapat mild flu. belum kebah tapi harapnya sebab cuaca & bukan virus tu. nauzubillah.. he he takut gak kena kuarantin..

Izhal said...

dalam hal h1n1 ini manusia yang tak dengar kata dan terus memakan haiwan ternak (babi) adalah lebih teruk dari haiwan ternak... mereka tergolong dalam golongan orang2 yang lalai...

Kaktiny said...

salam en.kamato..

payah gak kalau terlampau demokrasi manjaga hak KAUM nih... dh tak buleh nk halang mende tu dari dijual dan dimakan...
eeee... geli tul... tapi nak gak diorg tu makan... pastuh, bahananya.. tempiasnya.. semua kena... aduhaiii...

satu2 Allah turunkan musibah.. tapi kita masih tak insaf gak kan.. huhuhu...