Saturday, July 26, 2008

ISO welding meeting

Lawatan kerja singkat 3 hari ke Berlin memang begitu memenatkan, walau bagaimanapun ianya berjaya dan semua yang hadir berpuashati. Program bermula selasa minggu lepas, penerbangan berlepas jam 11.55 malam ke Armterdam yang mengambil masa 13 jam. Transit 7 jam di Arsterdam sebelum menyambung penerbangan ke Berlin. Tiba di Berlin jam 5.30 petang waktu Berlin dan terus check in hotel . Ini bermakna aku terpaksa melalui masa hamper 24 jam baru sampai destinasi. Kesokkan harinya terus bermesyuarat bermula jam 9 pagi hingga 5 petang untuk 2 hari berturut-turut. Mesyuarat berkenaan ISO welding kali ini di jalankan di DIN Berlin yang dianggotai oleh wakil-wakil dari 14 buah negara. Wakil dari France telah mempengerusikan mesyuarat. Perbincangan setiap isu berjalan dengan lancar walaupun kadang-kadang menimbulkan suasana tegang kerana masing-masing negara ingin mempertahankan kepentingan negara masing-masing. Masuk hari ke 4 yang sepatutnya tiada sebarang program sebelum berlepas balik ke Malaysia telah kami putuskan untuk melawat Praha. Ke Parah menggunakan keretapi yang bertolak jam 4 pagi. Ini bermakna pukul 3 pagi terpaksa bertolak dari hotel. Perjalanan ke Praha memakan masa 5 jam. Akan ku cerita dalam entri akan datang berkenaan Praha. Setelah 9 jam di Kota Praha bertolak balik dengan keretapi malam ke Berlin. Jam 12.00 tengah malam baru sampai di Berlin. Keesok paginya jam 4 pagi bertolak ke aiport untuk penerbangan balik melalui Armterdam, kali ni transit 4 jam di Armterdam sebelum menyambung penerbangan ke KL. Memang terasa penatnya. Oleh kerana flight ke KL penuh pihak pengurusan MAS telah menaik taraf tiket aku dari Business Class kepada First Class. Itu rezeki namanya, bukannya senang nak dapat peluang naik first class. Sekurang-kurangnya boleh melepaskan penat selepas 4 hari tidur tak menentu. Dalam cabin first class ni kalau tertidur pun pramugari tolong selimut oooo.........

Sebahagian ahli mesyuarat yang hadir

19 comments:

zlaa said...

Hai, nasib badan..tidur ada orang selimutkan...

Marjerin said...

nak tanya, apa pendapat ko tentang masyarakat jerman? adakah mereka bisa berbahasa inggeris?

arsaili said...

salam..wahh tu yg best ada org selimutkan..makin lena di ulit intan la jawabnya...ekekekeke

by the way nak tanya..arsterdam, armterdam dan armsterdam adakah tiga nama yg berbeza..atau typo?

khairyn said...

ni meeting ke jalan-jalan ni? hehehehe

Praha memang cantik but I prefer budapest best. Esp pemandangan river danube dari bukit citadel. cantik!

Tokyo BLUE said...

busan tak meeting? heheh

zino said...

kalau ada lapuran tu lebih boleh le bagi zino satu copy.. hehe

silversarina said...

salam,

sure letih tak habis lagi walaupun diselimutkan pramugari comel , tak sabar nak tau kisah Praha.

asuhara sue said...

bro, kamu fuh fuh ( nih bunyik hembus2 ) sket tuju kat saya nih, semoga tiket saya nanti pun dinaiktarafkan juga, at least ke business class!

Kaktiny said...

sure selimut asik 'dijatuhkan' jer sepanjang perjalanan kan.. so, kerapler peramugari tu simutkan.. hihihihi

Butaseni@Wan Raja said...

bro,praha tu kat mana?
jadi akhirnya megara mana yg dapat kepantingan?

pB said...

senyum jer akak baca entry nie ...

kuIna said...

part last 2 sy suka...

ZABS said...

Salam Kamato,
Naik first class, boleh sampai dululah macam tu...

Mak Su said...

pramugari sumel-sumel ek, selalu ler buat2 terlupa selimut...ahaks (gurau2 jer)

Unknown said...

syukur alhamdulillah... selamat kembali bro

PINATBATE said...

cepatlah entry praha..tak sabar nak tunggu ni...

Sastri said...

setuju, naik first class layanannya lebih banding dengan business class kan? :D

Mulan said...

bestnya, bestnya first class ada orang tolong selimutkan... rezeki tu..

MySkills said...

Kat FirstClass tu dia siap bagi baju tidur (pijama). Tapi kalau bagi kain sarung lagi baik, kalau terselak nanti ada orang datang selimutkan! heheh