Sunday, June 18, 2006

Pekeja Asing

Dalam akbar Utusan baru-baru ini Menteri Sumber Manusia membuat kenyataan; Jumlah pekerja asing di negara kita dijangka meningkat kepada lima juta orang pada 2010 jika kerajaan tidak mengambil langkah menghapuskan jurang permintaan dan penawaran di pasaran tenaga kerja.
Sebagai rakyat Malaysia mungkin kita perlu sensitif dan prihatin akan permasalahan ini. Isu pekerja asing negara sudah menjadi begitu senonim di negara kita. Kalau kita berjalan di tengah kota pada hujung minggu, KLCC sebagai contoh seolah-olah kita bukan dinegara sendiri. Di Putrajaya sendiri, kalau kita berjalan malam di kawasan-kawasan kedai, puak-puak mereka sering berkumpul yang kadang-kadang agak menggerunkan kita.
Pekerja asing yang mencari nafkah di Malaysia berasal dari berbagai negara, seperti Indonesia, Bangladesh, Filipina, dan negara lainnya. Jumlah pekerja asing di Malaysia diperkirakan antara 2,5 sampai 3 juta orang. Dari jumlah tersebut, hanya satu setengah juta bekerja dengan dokumen yang sah di negara yang jumlah total penduduknya adalah 24 juta orang. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah berjaga-jaga dalam memberi kelulusan kemasukan pekerja asing kedalam negara, antaranya adalah mewajibkan sijil CE yang dikeluarkan oleh MLVK kecuali bagi pembantu rumah.

Mungkin perlu kita lihat manfaat kepada negara menggunakan buruh asing secara besar-besaran. Hampir kesemua pekerja buruh yang diimpot digunakan sebagai buruh kasar, tanpa kemahiran, yang mana, telah dikatakan, tidak sanggup dilakukan oleh rakyat Malaysia. Kelebihan utama untuk Malaysia menggunakan pekerja buruh yang diimpot secara besar-besaran adalah kos yang rendah. Tetapi terdapat juga beberapa kelemahan menggunakan pekerja buruh yang diimpot yang perlu diteliti dengan lebih dekat. Pertama sekali, ia membuatkan kos pekerja buruh di lihat sebagai rendah kerana pekerja-pekerja dari negara-negara yang kurang bernasib baik bersedia untuk berkerja dengan upah yang jauh lebih sedikit dari rakyat Malaysia – hanya kerana kehidupan mereka jauh lebih susah di negara sendiri. Ini menguntungkan pemilik-pemilik kilang dan ladang dan juga mereka dari kelas pertengahan dan atasan, yang mengambil ramai buruh kasar. Tetapi ia menyebabkan upah buruh-buruh dari Malaysia, yang masih ramai lagi, juga rendah. Secara efektifnya, ini bermakna rakyat Malaysia mengimpot taraf hidup yang lebih rendah sama seperti negara-negara yang kurang bernasib baik ini kerana upah buruh-buruh dari Malaysia dibiarkan rendah dari taraf hidup (dan kos) yang sepatutnya di negara ini. Dengan adanya pekerja buruh yang mudah didapati dan murah juga mempunyai kesan yang buruk – ia melemahkah peningkatan produktiviti melalui penggunan jentera dan otomasi dan penggunaan tenaga pekerja tempatan. Malahan, industri perladangan pernah mengisytiharkan mereka akan gulung tikar jika kemudahan mengambil pekerja buruh haram yang murah dihentikan. Orang-orang tengah di Malaysia dan di negara mereka akan memotong sejumlah besar dari gaji pekerja-pekerja asing dan mengenakan bayaran yang tinggi, selalunya sehingga enam bulan gaji, untuk mendapatkan mereka pekerjaan. Ini adalah tambahan kepada bayaran yang majikan terpakasa bayar kepada agen-agen untuk mendapatkan pekerja-pekerja ini. Adakah logik seorang majikan membayar RM 3,000 kepada sebuah agensi untuk mendapatkan seorang pembantu rumah warga Indonesia untuk tempoh dua tahun, iaitu sama dengan tiga per empat gaji tahunan pembantu rumah tersebut? Lebih-lebih lagi apabila pembantu rumah itu sendiri terpaksa membayar jumlah yang sama kepada agennya sendiri?

Mengikut pertumbuhan pantas dan perkembangan perdagangan merentas sempadan dan pelancongan, bilangan orang asing yang memasuki negara kian bertambah berkali ganda. Sementara bilangan pekerja asing di Malaysia agak besar, mereka hanya peratusan kecil daripada penduduk negara ini yang sebanyak 25 juta. Tetapi kumpulan 'minoriti' ini telah menyerap masuk ke dalam seluruh kehidupan kita. Mereka tinggal bersama majikan mereka di bawah bumbung yang sama; mereka berjalan dalam kumpulan di kalangan kita; mereka juga pengguna, duduk di kedai mamak dan menyebabkan kekecohan apabila ada orang jatuh cinta pada kekasihnya. Apabila mereka sudah tiada duit, mereka akan mengendap masuk mana-mana rumah penduduk tempatan - mereka tahu bahawa jika mereka berkumpul, mereka akan menjadi satu 'kuasa yang digeruni'.
Reaksi kebanyakan rakyat Malaysia terhadap perkara ini ialah tidak minat dan tidak peduli kerana ia hanya sekumpulan pekerja-pekerja asing yang tidak berpelajaran. Walau bagaimanapun, kita semua tahu bahawa masyarakat kita bergantung kepada pekerja asing. Walaupun, rakyat Malaysia tidak mahu anak-anak mereka bekerja sebagai buruh binaan, pembantu rumah, pelayan restoran, aktivit pembinaan masih perlu terus berjalan.
Disebabkan saling bergantung antara satu sama lain, antara Malaysia dan pekerja asing, kita perlu cuba mewujudkan sistem yang menguntungkan kedua-dua pihak. Sementara mengharapkan kualiti daripada pekerja asing, kita juga perlu waspada, perbaiki kualiti sebagai majikan dan layan pekerja asing dengan baik. Pihak berkuasa perlu mengawal keadaan dan mencegah kejadian yang tidak diingini. Mungkin agak terlambat untuk bertindak, apabila keadaan sudah tidak dapat dikawal.

11 comments:

Izhal said...

pasti En. Kamato dah terdengar perkataan GAIJIN, iaitu perkataan jepun bermaksud bangsa asing...

masalah gaijin di malaysia ini pun dah lama saya perhati sejak tahun 1998 dulu... yang dari negara susah tu kesian pun ada benci pun ada rasanya di hati saya... ramai juga dari tanah besar cina sdatang sekitar tahun 2000... di serdang 2-3 kali juga depa datang menjual barang2 sewaktu saya di kedai sedang makan... tak lupa juga ada expat atau gaijin kaya dari negara2 barat yang memang menjadi kroni sesetengah pihak dan menikmati kehidupan amat mewah di bumi kita...

bagus betul artikel ni, harap2 ramai yang akan mengambil tindakan dalam menangani proses imigrant ni... boleh masuk dalam social problems of globalisation jugak ke depa ni??? ke dalam akta keselamatan dalam negara?

ontahsapo said...

minggu lepas, aku baru ke agensi utk maid saya yg baru, dan kini pelbagai syarat baru yg ada....

WRA said...

cuba pergi area kota raya sinar kota & mydin area pada hujung minggu....kita pasti akan ditenggelami....ramai geng mereka dari kita.....menakutkan....

zino said...

ini cerita malaysia.. dah balik ke? hehe

KAMATO said...

izhal, tu la kita juga beringat jangan sampai satu masa depa control kita

OS, mungkin jugak prosudur untuk mengetatkan kemasukan, tapi pembantu rumah masih tak kenakan CE

alex, mana2 tempat bandar besar memang macam tu, sekarang dah merebak bandar kecil pulak....

zino, masih kat german.... tapi masih ikuti akhbar msia hari2.

Lan Rambai said...

tinggal di taman perumahan baru seperti aku memang merisaukan. mereka-mereka ini masih ramai utk pembinaan fasa-fasa yang seterusnya. pecah rumah, maid lari ke hutan etc sering berlaku. Syukur rumah aku tak pernah dimasuki.. mungkin sebab lokasinya di tengah2 taman. jauh utk melarikan diri ke hutan barangkali.

Ajzie said...

Memang betul kata lan rambai. Rasanya kalau ke pasar mlm pun lebih banyak kaum mereka dari org kita rakyat Msia. Menakutkan kalau pergi sorang2 kadang2.

Rie said...

MEREKA DAH BUKA GERAI MAKAN. KEDAI JAHIT, JUAL KAIN KAT MASJID INDIA. DAH KUASAI EKONOMI KITA AGAKNYA...

KAMATO said...

lan, baru ni kami serbu pasangan indon baru pindah ditaman kami, dia kata surat nikah tertinggal, esok dia akan bagi, tapi keesokan jugak dia belah dari rumah tu...

ajzie, saya risau gak... dah njadi macam kampung depa

esis, komuniti diorang dah ramai..jual sama depa pun dah boleh hidup, sebenarnya penguatkuasaan yg paling penting..mungkin kita terlampau bagi muka

blackpurple @ jowopinter said...

Kebergantungan kita kepada rakyat asing memang susah nak elak... selagi rakyat kita masih mahukan macam itu... Apa nak buat orang kita mana nak kerja2 tak glamour contohnya macam attendant pam minyak sekarang....? kerja sektor pembinaan jauh sekali........

KAMATO said...

BP, situasi kita sekarang memang dalam delima.....memang orang dah tak mau kerja kerja yg tak glamour tu