Friday, June 23, 2006

Trip Bersama Prof Looser

Semalam 21 Jun adalah tarikh bersejarah iaitu colloquium bagi research kami. Inilah majlis yang paling digeruni ramai researcer kerana terpaksa membentangkan proposal depan public. Kebetulan semua profesor setiap bahagian hadir. Menurut Prof Spottl inilah crowd paling ramai dan mereka semua tunggu sehingga habis setiap kami present proposal. Kebetulan pulak Prof Looser, expert German yang pernah duduk 5 tahun kat Malaysia turut hadir. Dia ni banyak membantu. Alhamdullilah semuanya selesai dan semuanya berpuas hati.
Dan hari ni kami hari ini ada program khas sehari berjalan sambil berbincang dengan Prof Looser di Humburg. Pihak ITB menyedakan kenderaan khas untuk kami. Program hari ni adalah permintaan dari Prof Looser sendiri dan beliau meluangkan masa satu hari untuk bersama kami. Beliau sekarang ni bertugas di Oman. Beliau bercuti untuk balik ke German semata-mata untuk berjumpa dengan kami dan untuk memperkenalkan Humburg sebenar. Katanya jugak untuk membalas budi sepanjang beliau duduk di Malaysia.
Perjalanan dari Bremen menggunakan autoban memakan masa selama satu setengah jam. Walaupun kami dah banyak kali datang ke Humburg, tapi inilah trip yang betul-betul kami mengenali sebenar bandar ini. Humburg adalah bandar pelabuhan terbesar di German. Kami berpeluang satu jam menyusuri sungai menggunakan feri pelancung dan bergerak di celah-celah kapal laut yang berlabuh. Satu pengalaman yang cukup menajubkan. Pelabuhan di sini merupakan satu tempat tarikan pelancung. Banyak kapal-kapal yang dijadikan hotel dan restoran. Kami juga sempat turun ke turnel dibawah sungai tersebut yang berukuran panjang 500 meter. Turnel tersebut di buat pada tahun 1911. Tak boleh bayangkan macamana pada masa tu teknologi dia orang dah boleh buat turnel seperti itu.
Selepas itu kami melawat St Michaelis dan naik menara bangunan tertua itu untuk menikmati pemandangan seluruh bandaraya Humburg. Lewat petang kami menyusur jalan di sepanjang sungai sehingga lah sampai di Blangkanese iaitu sebuah kawasan penempatan elit di lereng bukit dan mengadap ke sungai, memang menarik. Malam kami keTreeneweg untuk menerima jemputan makan malam di kediaman Prof Looser, Fantastic Dinner.
Photobucket - Video and Image Hosting
Menyusur pelabuhan dengan feri
Photobucket - Video and Image Hosting
Pemandangan Humburg dari Menara St Michaelis
Photobucket - Video and Image Hosting
Kawasan Kediaman di Blangkanese
Photobucket - Video and Image Hosting
Rumah rehat pegawai kerajaan
Photobucket - Video and Image Hosting
Cantik tak?....susah nak dapat peluang snap macam ni..

11 comments:

Syikin said...

subhanallah..cantiknya gambar terakhir tu..rezekilah dpt snap..

tahniah..tahniah..

saya pun dah slamat jumpa supervisor tu..alhamdulillah

zino said...

banyak kenangan yg akan di bawa balik nanti..

Izhal said...

hahahahah mula2 ingatkan En. Kamato bengang ngan sorang prof ni so panggil dia loser... hahahahha... rupa2nya nama dia... sat no nak gelak sikit lagi... hehehe...

nampaknya geng blog saya dua orang lagi dah nak siap belajar... you and syikin :) Alhamdulilllah...

gambar last tu mmang lawa betul... Alhamduilllah dapat snap ye dak??? sebab-musababnya saya kata cantik...
1. backgroundnya simple tak ada distraction...
2. unique, silauan mentari di air tanpa mentari kelihatan di langit...
3. subjectnya di tengah2 dan baik... badan kapalnya silhoutte dan layarnya jelas...

gambar ni juga sesuai kalau mode sephia atau black and white sebab memang tak banyak warna dalam gambar ni... mungkin sebelum tukar ke monoton, boleh ditinggikan sikit white level dan contrast untuk dapatkan effect silau lebih... heheh...

soalan...
pemandangan membelakangkan mentari time ni tak ambil ke???

KAMATO said...

syikin, dekat 15 minit termenung tepi sungai tu nak tunggu scene yang cantik, lepas tu bateri pulak kong... lupa pulak bawak spare bateri, tu yang geram betul tu....

zino, memang banyak pahit dan manit...hehe

izhal, saya ni baru je clear proposal.. tapi kira express jugak la, biasanya orang lain buat proposal 1 tahun, kami 3 bulan je, lepas ni baru nak collect data...masih jauh lagi
pasal photo tu memang tak terpikir langsung nak guna black & white atau spehia, sebab nak tunggu sampan layar tu lalu pun dah satu hal, tapi apa hal masih tak puas hati lagi gambar tu, tak sempat membelakangkan matahari sebab bateri dah kong

Izhal said...

shoot always in color, jangan shoot in bnw mode or sephia... sebab nak colorize impossible...

bila upload dalam pc untuk develop baru tukar jadi bnw or sephia dan adjust2 color tone... sebelum hantar kedai nak print apa2 gambar pun boleh ditouchup guna apa2 program yang sesuai... zaman filem dulu tak leh nak touchup sesenang zaman digital, sebab nak kena masuk bilik gelap dan main bahan kimia... la ni pakai click ouse je... heheh...

express betul tu, 7 bulan cut short... gempak...

blackpurple said...

Menyusur permukaan air memang lebih seronok dari menyusur permukaan konkrit dan aspal !

Gambar terakhir tu memang mempesonakan...!

ontahsapo said...

memang tak sabar aku nak ke sana tahun depan..insyaallah....

esis said...

best la blajar kat sana. aku pon bercita2 nak pegi europe nih. insyaallah. amin.

Ajzie said...

Seronok nya jalan2 masa sommer. Kami di Baden Wutterberg semua tgh berjuang exam..hingga mid July..

KAMATO said...

izhal, jumpa kat bangi nanti, banyak benda nak belajar dgn izhal ni pasal photo...

BP, banyak lagi gambar matahari jatuh tu.. cuma kadang2 susah nak dpt peluang macamtu kat sini

OS, ok kita jumpa sini tahun depan...

esis, insyaallah...amin

ajzie, good luck utk en abang..kami dah nak balik, bulan 9 ni 5 orang lagi akan datang

babydiana said...

cantik2 gambar tu... ntah bila saya dpt kesana agaknya