Saturday, June 10, 2006

Perlawanan Pembukaan

Seperti yang dijangkakan sebahagian besar penduduk German, pasukan mereka menang bergaya perlawanan pembukaan mengalahkan Costa Rica 4-2. Philipp Lahm menjaringkan gol pertama tuan rumah dan dua gol menerusi Miroslav Klose yang merupakan pemain Warder Bremen dan gol keempat buat tuan rumah menerusi Torsten Frings tiga minit sebelum perlawanan tamat. Costa Rica pula menjaringkan dua gol menerusi Paulo Wanchope. Jaringan pemain pertahanan Lahm melakukan sepakan lencong yang menakjubkan terus ke penjuru kanan jaring menewaskan penjaga gol Costa Rica, Jose Porras adalah antara jaringan yang terbaik perlawanan ini.
Perlawanan pembukaan memperlihatkan suasana persekitaran di sini amat berbeza. Jalan raya yang biasanya sibuk menjadi sunyi. Trem yang bergerak mengikut masa nampak lengang tanpa penumpang yang berpusu seperti biasa. Mungkin masing-masing tertumpu depan TV. Sehingga kelewat tengah malam masih kedengaran lagi sorak-sorak meraikan kemenangan.

4 comments:

maklang said...

maklang tak minat bola le..tapi officemate memang rajin jaga malam sebab tengok bola. tinggal dengar cerita je laa

Syikin said...

oh...4-2 rupanya...saya ingatkan 3-2. gol akhir tu saya dah misslah..

asalnya tak mo tengok, dah tgk pulak..

KAMATO said...

maklang, tq singgah... cita bola ni 4 tahun sekali..

syikin, oooo minat bola jugak ye..

NBK466 said...

Rasanya players German jerk antara yg dah biasa dgn bola WC baru nie...