Sunday, June 04, 2006

Trip ke Flensberg

Tepat jam 8 pagi kami bertolak dari ITB Bremen. Kali ni kami dapat kederaan MPV Merchedes, agak selesa sedikit. Pengurus kami, Tostern jadi driver. Sesekali bagus juga kita jadi tuan, Mat Salleh jadi kuli. Kami dah pesan don't drink when you drive. Dia jawab Don't wory, I drink first, after that I drive!. Mat Salleh sorang ni pun dah rosak sejak berkawan dengan kami. Perjalanan menuju Neumunster menggunakan motorway agak lancar cuma traffic jam sebelum memasuki turnnel. Kami sampai di tempat yang dituju tepat jam 10.30 pagi dengan perjalanan sejauh 140 km. Sebenar kami lewat setengah jam. Company pertama yang kami lawat ialah Sauber Danfoss. Syarikat ini mengeluarkan berbagai product motor electromakanikal bagi kegunaan berbagai jentera berat. Ianya di ekspot ke seluruh dunia. Menggunakan hightech sepenuhnya. Jumlah pekerja 650 org dan hanya 40% sahaja blue collar. Semua blue betul-betul high skill.
Pukul 1.30 kami bertolak ke Flensberg untuk lawatan industry company seterusnya iaitu Krones AG Werk Flensberg iaitu syarikat membuat mesin pencuci botol. Sambutan syarikat ini kepada kami diluar dugaan. Bendera Malaysia berkibar di pintu masuk syarikat ini. Tempat parking tersedia juga ditag dengan bendera malaysia dan MLVK. Kerja-kerja utama syarikat ini adalah metal fabrication. Semuanya menggunakan teknologi modern. Walaupun aku pernah mengajar bidang ini dulu tapi ada sebahagian mesin tak pernah aku lihat.
Pukul 6 petang kami checkin di Sankelmark. Hotel ini terletak di satu kawasan perkampungan. Suasana begitu tenang dan sunyi. Ianya dikelilingi pokok-pokok rimba. Dibelakang hotel tersebut terdapat satu tasik yang cukup cantik.
Photobucket - Video and Image Hosting
Tasik di belakang hotel
Pukul 7.30 petang kami bertolak ke rumah Pengarah ITB di Kluesrieser iaitu 20 minit dari tempat penginapan untuk jemputan program Barbeque. Prof Spottl sudah menunggu bila kami sampai. Dia ni jugaklah supervisor aku. Sebelum tu memang kami dah tanya samada daging halal atau tidak. Dia kata dia beli daging di kedai muslim turki. Dia pernah duduk 6 tahun di Arab Saudi dan 2 tahun di Malaysia. Oleh yang dekian dia dah biasa dengan masyarakat islam. Layanan yang diberikan memang memuaskan. Macam-macam makanan yang disediakan, sampai tak larat nak makan. Pukul 10.45 malam baru kami balik ke hotel.
Photobucket - Video and Image Hosting
Barbeque di rumah Pengarah ITB
Hari kedua (Jumaat)
Selepas sarapan di hotel kami terus ke Berufliche Schulen untuk lawatan seterusnya. Tempat ni merupakan tempat untuk melatih pekerja mahir. Kawasan agak besar, juga dikelilingi rimba hijau. Boleh menempatkan sehingga 3600 pelajar. Taklimat di sampaikan oleh pengarah institut di biliknya. Sarapan pagi juga telah disediakan, tetapi kami tak boleh nak isi memandangkan kami telah mengambil sarapan di hotel. Agak memenatkan juga berjalan di kawasan institut ini memandangkan kawasan yang cukup luas dan berbukit. Walaubagaimanapun suasana hijau dan landkap yang menarik agak melegakan pandangan. Kami meninggalkan institut tersebut tepat jam 12 tgh dan terus menuju ke bandar untuk mencari masjid bagi solat Jumaat. Kami cuba dapatkan maklumat masjid di sini melalui internet. Cuma ada satu sahaja masjid di sini berbanding 27 di Bremen. Mungkin tak ramai masyarakat Turki di sini. Hanya sekitar 50 orang sahaja jemaah pada hari tu. Mujur ada jugak ada jemaah menjual kebab kat situ, boleh jugak kami mengalas perut.
Photobucket - Video and Image Hosting
Taklimat di Berufliche
Selepas sembahyang kami terus menuju ke IHK-Flensburg iaitu chamber of commerce and industry bagi kawasan utara Germany. Sambutan yang diberikan agak memuaskan. Kami diberikan 2 setengah jam taklimat di sini. Kami jugak dapat maklumat masalah yang dihadapi bagi menggalakan training di industri adalah sama di antara Malaysia dan German. Walaubagaimanapun chamber di sini memainkan peranan penting berbanding di negara kita. Banyak perkara yang boleh diperolehi di sini yang mungkin boleh membantu research kami. Lewat petang barulah balik ke hotel. Kebetulan ada live Germany dan Sepanyol, sempat jugak tenguk walaupun tak sampai habis.
Photobucket - Video and Image Hosting
Bersama pegawai di Chamber of Commerce
Malam kami menerima kunjungan DG ITB di tempat penginapan. Tujuannya kali ni adalah untuk membincangkan persiapan terakhir proposal sebelum memasuki comitte pada akhir bulan ini. Perbincangan tamat pada pukul 10.30 malam. Mungkin jugak hari ni merupakan aktiviti rasmi terpanjang yang pernah kami lalui sejak datang ke sini.
Hari ketiga (Sabtu)
Hari merupakan hari cuti, oleh tiada program rasmi yang dirancang. Kami bebas bergerak ke mana yang kami suka. Mark Timm seorang kakitangan di Berufliche dan pernah belajar di GMI bertindak sebagai pemandu pelancung. Pukul 8.30 pagi mula bergerak. Kami merancang untuk ke sempadan Denmark. Denmark adalah antara negara Europe yang agak kurang selamat untuk kenegara tersebut tanpa dokumen yang sah. Hari kami menjejakan kaki ke bumi Denmak.
Photobucket - Video and Image Hosting
Border Germany dan Denmark
Selepas itu melawat ke city center Flensburg. Bandar ini terletak di tepi laut dan mempunyai pelabuhan yang cukup menarik. Kami jugak sempat melawat satu tempat industri membuat boat kayu. Banyak boat/kapal berlaboh, sebahagian dari mereka ke sini adalah untuk turut serta pertandingan meminum wine. Pelik betul dia orang ni. Bandar ini memang agak kurang selamat kalau kita berjalan seorang diri. Terlalu ramai pemabuk di sini.
Photobucket - Video and Image Hosting
Port di Bandar Flensburg
Selepas itu kami bergerak ke Gluckburg untuk melihat satu castle dan kami berpeluang untuk masuk ke dalam. Setiap bilik dan kelengkapan masih tejaga dengan rapi. Tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar, tetapi aku berjaya jugak mencuri snap tanpa flash. Selepas itu Mark Timm membawa kami ke sebuah pantai, agak pelik di sini untuk mandi dipantai kena bayar 2 euro.
Selepas itu kami meneruskan perjalanan untuk mengunjungi satu lagi tempat bersejarah iaitu satu lagi Castle di namakan Scoloss Bottosh. Walaubagaimanapun kali ini kami ambil keputusan untuk tidak masuk ke dalam. Seterusnya kami melawat satu lagi kawasan bersejarah yang berusia lebih 800 tahun iaitu Viking. Di sinilah kita dapat melihat bagaimana puak-puak viking membina kubu dan menggunakan strategik untuk memonopoli kawasan kesekeliling.
Photobucket - Video and Image Hosting
Watak Viking

18 comments:

Izhal said...

ITB tu apa?

font untuk hari kedua tu kecil sangat.

KAMATO said...

Izhal, salah satu fakulti di uni-bremen

zino said...

seronok JJCM di sana ya..

KAMATO said...

zino, JJCM sambil kerja...hehe

FaEzHussain said...

Tuan kamato,
wah bestnya, rombongan sambil belajar.
amcam demam piala dunia di germany?
di sini, suhu demam semakin hangat...apatah lagi sejak england tunjukkan performance yg baik semasa friendly games tempoh hari, tapi yang pasti they've to train harder for their penalty kicks

KAMATO said...

dr faez, sini pun tak kurang hebat, dah demam teruk, mana2 cerita bola, baru ni pun frendly games germany menang dengan colombia 3-0, lagi bersemangatla... sekarang ni semua sooping complex promosi barangan world cup.

Syikin said...

mmg lawatan sambil belajar sungguh.

ni persiapan utk proposal phd en. kamato ya? buat dlm kumpulan ke phd en kamato ni?

KAMATO said...

syikin, bidang sama - dual training system, tapi tajuk masing2 berbeza

blackpurple said...

Best la kalau dapat meronda mcm tu bang....

Manager jadi driver pulak ekk... hehehe

KAMATO said...

blackpurple, sesekali ronda seronok jugak....

Shami said...

Buat kunjungan balas, hemmmmm macam2 komato cerita...jauh berjalan luas pandangan.

KAMATO said...

shami, bukan jalan saja....kerna terpaksa...

ontahsapo said...

wah best jalan2 tgk tempat orang...dah lama aku idam nak buat cam ni, tapi takda rezeki lagi....teringin sungguh....

KAMATO said...

ontahsapo, insyaallah ada la rezeki tu nanti...

Lan Rambai said...

Takder aper nak komen... kecuali aku jelez tgk blog-blog yang citer pasal perjalanan/pengalaman kat negeri owang puteh ni ekekekeke. Bilalah aku nak rasa sendiri :((

KAMATO said...

lan, mai sini tenguk world cup

NBK466 said...

Tak de port mancing yg menarik ker situ? he.he..he..

KAMATO said...

nbk466, susah nak mancing kat sini, kena ada lesen, ikan kecik kena masuk balik..... banyak cengkadahnya