Wednesday, June 21, 2006

Cerita Visa lagi

Sebelum kedatangan kami ke sini kami telah memohon visa di Germany Embasy, walaubagaimanapun kami hanya di berikan visa untuk 28 hari sahaja, itu pun hanya single entry sedangkan kami kami perlu duduk di sini 3 bulan. Bila kami tanya pegawai tu bagitau kami boleh sambung dan ubah kepada multiple entry kat sini. Rupanya agak sukar untuk berurusan di sini, terlalu banyak birokrasinya. Sepanjang kami duduk sini, walaupun hanya menggunakan single entry kami dah singgah banyak negara europe, semua main tawakal je. Agak mudah traveling kat di europe sebab takda imigresen di border. Berbalik kepada cerita visa, baru-baru ni kami pergi balik ke pejabat imigresen setelah cubaan pertama tempohari gagal. Kali ni pukul 6.30 pagi kami dah sampai, masa tu Torsten dah pun tunggu. Sekali lagi kami beratur panjang di kawasan tak berbumbung dan amat tidak menyelesakan. Nak dijadikan cerita gerimis pulak. Masing-masing dah tak selesa, sedangkan pejabat bukak lambat lagi. Menurut soarang kawan, kalau di Malaysia sudah tentu kita kena kutuk oleh pejuang hak asasi manusia dan dilaporkan di badan dunia kerana layanan ke atas pendatang asing atau orang luar yang tak sewajarnya. Kami cuba tanya Torsten takda ke cara lain untuk kita dapat special kes. Dia jawab tak tau.... ah memang naya la, kena lipat cukup-cukup la mamat tu. Dah la kita belajar sini bayar mahal macam tu pun tak boleh urus. Bukannya lama sangat nak sambung, 3 hari je. Itu pun sebab prosudur universiti. Akhir kami ambil keputusan untuk tidak sambung visa, kekadang kena ajar jugak mat salleh ni, lain kali dia beringat kalau berurusan dengan Malaysian. Lagi pun program ini program kita, apa yang boleh dia buat. Sekurang-kurangnya group akan datang mudah sikit. Kami terus menghubungi pejabat mas dan mintak awalkan penerbangan termasuklah urusan transport dan hotel di Jedah. Alhamdullilah semuanya dipermudahkan dan semua urusan selesai. Lewat petang kami dimaklumkan pihak ITB telah membuat appoitment khas dengan pihak imigresen. Boleh pulak... hari tu awal-awal tak mau urus. Semuanya dah terlambat, adalah lebih baik kami ambil keputusan balik awal sebelum berlaku perkara pelik dengan kerenah birokrasi kat sini. Hari ini juga pihak ITB menawarkan penghantaran buku-buku ke Malaysia dan juga trasport dari guess house ke airport. Mungkin jugak dia rasa bersalah.

8 comments:

NBK466 said...

Datang balik ke bumi Germany tak Kamato? 2nd round WC dah nak mula nie...he..he..he..

KAMATO said...

nbk, dtg balik nanti.... 2nd masih kat sini tapi final kat msia dah...

zino said...

kamato
nak tau apa mat salleh kata (reader's digest) pasal malaysia konon nya KL ni ibukota ketiga paling biadab di dunia 35 bandaraya yg di kaji..

macam le mereka tu bagus sangat..

ontahsapo said...

abis bila kau balik ni...? pastu pergi balik kan..? tak sempat nak kirim salam kat ballack dan klose...

Izhal said...

cayalah kamato!!! biar padan muka mat saleh... saya pun bab visa-visa ni cukup meluat... budak2 undergrad sini punyalah takut, kalau nak dok sehari je lepas visa mati pun dpa tak berani... kalau saya biar jelah... takkan dia nak hukum gantung mandatori pulak...

zeed said...

membuat lawatan balas.. saya di jalan 3/2K .... encik kamato katner plak??

blackpurple said...

Ni kang balik Malaysia for good ke bang?

Macam2 jugak kareneh biokrasi ni kan? Ingat kan kat sini jer macam tu...

KAMATO said...

zino, bercakap jugak dengan beberapa org german yg pernah dtg msia & mereka tak percaya report tu

OS, dah nak balik la ni...

izhal, memang pun visa ni menyusahkan kita... tapi kalau ada blacklist nak masuk balik nanti banyak cengkadahnya

zeed, saya seksyen 5, seberang sungai

BP, silap gaya sini lagi birokrasi