Wednesday, June 14, 2006

Lawatan lagi

Lawatan ke Daimler Chrysler iaitu satu company yang cukup terpengaruh dan terkenal di German ini adalah seperti yang aku duga. Syarikat ini membuat, memasang dan menjual kereta Merch . Presentation yang di gunakan sama seperti yang digunakan masa aku datang sini tahun lepas. Malah yang sampaikan presentation juga orang yang sama masa aku datang sini dulu. Cuma sekarang ni kami dimaklumkan syarikat dalam proses untuk mengurangkan pekerja atas desakan ekonomi. Hakikatnya ekonomi negara German ni dah semakin merudum. Kadar pengangguran semakin meningkat, sesetengah tempat seperti di Bremenhaven kadar pengangguran meningkat sehingga 25%. Kadar cukai pulak makin meningkat.
Lawatan ke Technisches Bildungszentrum Mitte iaitu sebuah pusat latihan yang sebahagian besar latihan menggunakan Dual Training System amat berhasil. Institut ini tidak menyembungikan sesuatu. Banyak perkara kat sini yang boleh membantu research aku. Taklimat yang diberikan bukan saja menerangkan perkara-perkara positif mengenai Dual Training System, tetapi juga perkara-perkara negatif yang sukar kita temui di tempat lain. Kita sentiasa didedahkan perkara-perkara yang positif di negara maju ini untuk kita contohi, tapi sebenarnya ada masalah yang kita tak nampak. Bukan semestinya sistem yang negara maju ni buat dan berjaya di sini boleh kita contohi bulat-bulat. Culture mereka amat berbeza dengan kita. Kajian teliti perlu dibuat untuk kesesuaian negara kita.
Apahal pun sebelah petang, Jessica Blings, supervisor aku datang bilik aku dan congrate kat aku... ini bermakna proposal aku dah clear dan boleh masuk board.
Photobucket - Video and Image Hosting
Perbincangan di Technisches Bildungszentrum

10 comments:

Lan Rambai said...

Tahniah atas proposal yang telah diterima.. masuk board apa ek?

ontahsapo said...

tahniah jugak dari aku cik kamato....tapi tak sangkakan tempat buat merc pun terpaksa kurangkan pekerja, aku ingat benda mcm tu berlaku dekat negara dunia ketiga jer...tapi isu paling best kat m'sia...gula terpaksa dikurangkan...hehehhe

NBK466 said...

Daimler Chrysler pun ada keluarkan kete jenamanya sendiri kan? Tak salah mmg kete2 HIGH END ler... teringin nak tgk gambarnye kat sini...

Kaklong Syikin said...

TAHNIAH..TAHNIAH..

Saya pun baru dpt berita yg dah blh ambil tesis utk buat correction.lega.

Rie said...

tahniah bro. kat sana buang pekerja. kat sini xde buang pekerja gak.

zino said...

tahniah proposal di terima.. baru le boleh balik malaysia.. hehe..

Izhal said...

wah, omedeeto gozaimasu (congrats) jugaklah... :)

Edoras said...

Thanks for visiting my Blog and Fotopages..;-)

U r lucky to travel a lot of places too..

blackpurple @ jowopinter said...

Tahniah bang...Tak sia-sia la...

Sambil-sambil belajar, melihat tempat orang...merasa kehangatan WC secara live lagi.... he he he..

KAMATO said...

lan, terima kasih

OS, lepas kita jangan makan gula, tenguk apa jadi

syikin, baru semangatkan buat correction

esis, orang sini takde kerja pun ada elaun

zino, tak sabar nak balik pun..

izhal, thanks...

edoras, thanks for visit..

BP, terima kasih...takda peluang lagi live WC