Friday, June 16, 2006

Kaunter Imigresen

Hari ni kami terpaksa pergi ke pejabat Imigresen di sini bertujuan untuk menyambung visa untuk beberapa hari lagi. Kami tiba tepat jam 8 pagi dan apa yang kami lihat adalah di luar jangkaan kami. Queue begitu panjang sekali. Apa yang menyedihkan tempat beratur di luar bangunan dan dipisahkan dengan jeriji besi. Terasa seolah-olah seperti banduan. Suasana di tempat beratur juga amat tidak selesa, puntung rokok mesepah di sana-sini. Kebetulan pagi ni hujan renyai. Jauh berbeza jika dibandingkan di tempat kita. Tak sangka sebuah negara yang maju macam ini perkhidmatan pelanggan di pejabat imigresen masih jauh ketinggalan. Setelah beratur lebih setengah jam dalam hujan, kami masih tidak bergerak. Akhirnya kami ambil keputusan untuk balik dan datang semula lain kali. Mungkin inilah satu-satunya kaunter paling teruk di Bremen ni. Kami juga difahamkan mogok di kalangan pekerja pejabat tersebut keranan menuntut kenaikan gaji juga telah berlaku sehari sebelum itu.
Photobucket - Video and Image Hosting

9 comments:

Izhal said...

heheh... VISA ni menyusahkan betul kan... mak aiii teruknya imigresen sana... sebab mogok tu kot... kalo tak sure lancar...

Rie said...

ishhh aku bayangkan kat malaysia teruk. kat sana pun tak efisyen juga.

zino said...

ingatkan semua indah je kat sana ada jugak yg teruk rupanya.. hehe

Lan Rambai said...

extend beberapa hari? bila balik ke malaya ni sebenarnya?

ontahsapo said...

tu lah dier...hujan batu di negeri orang kan....takder pejabat lain ker kat situ...? teruk betulll ker sebab world cup gak...?

NBK466 said...

Jgn2 yg beratur kek luar tuh nak beli tiket WC tak Kamato? He..he..he..

FaEzHussain said...

Tuan kamato,
kalau di London, nak sambung visa, jam 2-3 pagi org dah start q. siap bawak sleeping bag u. queue berjam2 tapi segala urusan beres dlm 1/2jam, dan passport dapat balik dalam 3 minggu. banding dengan buat melalui university, queue takde, tapi lebih lama nak tunggu passport sampai balik ke tangan.

KAMATO said...

izhal, isnin nak pegi lagi..kalau tak selesai jugak nampak mgaya kena make official la..

esis, agaknya mana2 pejabat imigresen sama je kot.. tapi sini teruk betul la...

zino, kita lagi ok....

lan, extend 3 haji je...kira2 final WC dah kat malaysia la...

nbk, tiket.....? tak usah nak dapat..

dr faez, dah cuba jugak melalui university tapi lambat...

OS, mungkin gak... ramai sangat pelancung kat sini sekarang ni...

Ajzie said...

emmm kat sini ok aje. Tp masa plak problemnya . Mereka buka dari kul 8am sampai 11.30am aje setiap hari. Sama mcm German Embassy di Msia jugak lah. Anyway org tak ramai coz kampung aje kot.

Kalau tgk pic Kamato nih..emmm mmg teruk ler..sama mcm nak buat pasport terhad masuk Spore. Tp still ok lagi if compare yg ini coz kat Msia beratur dalam bangunan lagi.