Thursday, October 27, 2005

Sibuk

Lepas raya ni Jabatan calonkan untuk aku ke Jerman. Sekarang ni tiket, beg dan program dan pun ada, yang jadi masalah adalah passport. Passport aku baru je mati. Pagi ni pergi Imegresen Kajang, tapi bila kami sampai lebih kurang 11 pagi, pegawai kaunter tu bagitau nombor dah habis. Esok pagi pagi kena pergi lagi sekali.

Balik kerja aku terus ke rumah anak yatim Mahaad Tahfiz Darul Fuqaha di Sungai Merap bagi tujuan membawa mereka meraikan berbuka puasa. Tepat jam 6 aku dah sampai tempat tu. Ikut perancangan sepatutnya 4 van datang ke sini termasuk aku punya, tetapi yang lain masih tak sampai. Bila aku call semuanya masih dalam perjalanan sebab jalan jem teruk. Kesemua anak yatim yang ada di sini adalah seramai 30 orang. Aku ambil keputusan bawak dulu satu group. Penuh unser aku, 11 orang..

Majlis berbuka, khatam Quran, tahlil, tarawih dan penyampaian derma pada anak yatim, ibu tunggal, petugas surau dan warga taman yang sakit berjalan lancar. Sumbangan derma tersebut adalah dari badan koperat, individu dan kutipan tabung surau. Walau bagaimanapun memandangkan hari ini merupakan hari kerja, persiapan agak kelam kabut. Penyediaan makanan berbuka juga disediakan secara bergotong royong. Menu nasi beriani, daging, rendang dan acar. Rasa memang boleh tahan sebab disediakan oleh pakar beriani gam Batu Pahat. Aku terpaksa bertindak sebagai pengerusi majlis secara bidan terjun, ini disebabkan S/U surau ada masalah yang tidak dapat dielakkan. Beberapa orang VVIP dan penyumbang utama turut dijemput bagi menyampaikan derma.

2 comments:

aishah said...

ooo...patutlaa, semalam nampak budak2 pakai serban dlm unser en kamato. kereta aishah kat belakang. tahniah!

KAMATO said...

aishah, ini program kami setiap tahun, penat sikit buat kerja tapi seronok tenguk anak2 tu sama berbuka