Saturday, October 29, 2005

Hari Kecermelangan

Hari ni merupakan Hari Kecermelangan Zahirudin untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Agama. Satu sebelah petang dan satu lagi sebelah pagi. Nasib baik tak serentak. Kedua-dua program di rasmikan oleh Adun Bangi Dr Amran Kasimin.
Untuk Sekolah Rendah Zahir dapat 2 hadiah, iaitu tempat kedua bagi kelas tahun 2 dan anugerah pelajar terbaik subjek Matematik. Tahun lepas pun dia dapat no 2 juga, masih tak boleh mengalahkan Selvin anak guru besar. Tapi itu pun dah kira ok, sebab masa peperiksaan hari tu dia demam.
Bagi Sekolah Agama pula Zahir dapat 4 hadiah, iaitu tempat kedua untuk tahun 2 dan pelajar terbaik dalam subjek Al-Quran, Feqah dan Ahlak.
Image hosted by Photobucket.com
Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Baru Bangi
Image hosted by Photobucket.com
Sekolah Rendah Agama Al Hidayah

Thursday, October 27, 2005

Sibuk

Lepas raya ni Jabatan calonkan untuk aku ke Jerman. Sekarang ni tiket, beg dan program dan pun ada, yang jadi masalah adalah passport. Passport aku baru je mati. Pagi ni pergi Imegresen Kajang, tapi bila kami sampai lebih kurang 11 pagi, pegawai kaunter tu bagitau nombor dah habis. Esok pagi pagi kena pergi lagi sekali.

Balik kerja aku terus ke rumah anak yatim Mahaad Tahfiz Darul Fuqaha di Sungai Merap bagi tujuan membawa mereka meraikan berbuka puasa. Tepat jam 6 aku dah sampai tempat tu. Ikut perancangan sepatutnya 4 van datang ke sini termasuk aku punya, tetapi yang lain masih tak sampai. Bila aku call semuanya masih dalam perjalanan sebab jalan jem teruk. Kesemua anak yatim yang ada di sini adalah seramai 30 orang. Aku ambil keputusan bawak dulu satu group. Penuh unser aku, 11 orang..

Majlis berbuka, khatam Quran, tahlil, tarawih dan penyampaian derma pada anak yatim, ibu tunggal, petugas surau dan warga taman yang sakit berjalan lancar. Sumbangan derma tersebut adalah dari badan koperat, individu dan kutipan tabung surau. Walau bagaimanapun memandangkan hari ini merupakan hari kerja, persiapan agak kelam kabut. Penyediaan makanan berbuka juga disediakan secara bergotong royong. Menu nasi beriani, daging, rendang dan acar. Rasa memang boleh tahan sebab disediakan oleh pakar beriani gam Batu Pahat. Aku terpaksa bertindak sebagai pengerusi majlis secara bidan terjun, ini disebabkan S/U surau ada masalah yang tidak dapat dielakkan. Beberapa orang VVIP dan penyumbang utama turut dijemput bagi menyampaikan derma.

Fikir, renung dan tenguk

Dipetik dari kata-kata Pakar Motivasi Dr HM Tuah
Hampir setiap bangsa di dunia mengalami saat-saat kegemilangan mereka sebelum berakhir oleh peperangan atau kemunduran. Pemodenan yang bergerak pantas banyak meninggalkan bangsa yang malas terpenjara oleh kemiskinan dan kedaifan. Ambil bangsa Rom sebagai contoh. Siapa tidak kenal tentera Sparta yang diwujudkan oleh pemerintah Roman untuk mengekalkan kekuasaan Rom di jajahan-jajahan takluknya. Dulu, Rom ditakuti, dihormati tetapi apabila tempoh kegemilangan itu tidak disesuaikan dengan perubahan yang berlaku, ia akhirnya ketinggalan. Jangka hayat tentera Rom sebagai penguasa dunia telah berakhir. Demikian juga Jepun, China, Parsi, India, Monghul, Normandy dan beberapa bangsa lagi di dunia. Cuma kita mungkin tertanya-tanya, apakah bangsa Melayu telah menempuh zaman kegemilangan mereka? Jika sudah bila dan era apa? Jika belum bila dan kenapa begitu lambat sekali?Kejayaan Rom cukup menarik untuk kita fikir, renung dan tengok. Melalui novel “Original” dan “Enrique Mengundang Jauh” saya telah membawa anda menjelajahi keseluruhan Itali. Dulu negara ini terkenal kuat, sekarang ia agak ketinggalan dari sudut perekonomian. Mujur ia masih memiliki beberapa kesan sejarah penting seperti Pisa, Colliseum, kehidupan air di Venice dengan Gondola dan sebagainya, jika tidak Itali bukanlah seorang negara yang boleh dibanggakan pada hari ini.Dan mungkin anda setuju, dari sinilah munculnya Piaggio. Apa itu Piaggio? Piaggio ialah nama pengasas industri scooter pada tahun 1884. Seawal itu seorang rakyatnya bernama Rinaldo Piaggio telah memulakan industri perkapalan, seterusnya disambung oleh anaknya Encico Piaggio untuk membina empayar scooter dengan jenama Vespa dan Piaggio.Musnah oleh Perang Dunia Kedua, Itali muncul memulakan sejarah baru dengan lambakan scooter di seluruh dunia. Bermula dari tahun 1946 hinggalah hari ini apabila teringat scooter kita akan teringat Itali. Pada tahun 1952, ahli kelab Vespa di seluruh dunia mencapai 50,000 orang. Pada tahun 1996, sewaktu Vespa menyambut ulang tahunnya ke-50, terdapat sebanyak 15 juta scooter terjual di seluruh dunia. Hari ini saya turut menjadi pemilik Piaggio terbaru dan termoden X9 tulen dari Itali dan termasuk dalam ahli kelabnya yang mencecah 30 juta orang.Sebagaimana Jepun, Amerika, Korea, Taiwan dan China dengan inovasi mereka yang tidak pernah berhenti, Vespa, Piaggio, Gilera dan Derbi dari Itali terus menguasai dunia dalam industri pemotoran beroda dua. Keperkasaan tentera Sparta yang telah berakhir itu nampaknya telah dikembalikan oleh keunggulan jenama dari Itali ini. Biar bagaimana hebat dan banyaknya produk serupa wujud terutama di Jepun, Korea, Taiwan, China dan tidak terkecuali dari negara kita sendiri, sesuatu yang datang dari Itali tetap unggul, malah nyata berprestij.Kalau ada bangsa yang boleh melanjutkan jangka hayat kegemilangan mereka hingga ke hari ini sesuai dengan gaya hidup dan keperluan masa kini, itulah Itali dengan Piaggionya. Mari dapatkan semangat Piaggio untuk membina bangsa kita pula sebab andainya kita masih belum menempuh saat-saat gemilang begitu, masanya telah lama sampai. Cuba fikir, renung dan tengok.

Saturday, October 22, 2005

Berbuka puasa di surau

Hari ni turn aku buat majlis berbuka puasa kat surau untuk penduduk taman. Mulanya cadang nak order catering, tapi piker-pikir baik masak sendiri. Bab menu ni pun satu hal. Last-last ambik yang paling mudah dan ringkas iaitu ayam masak merah, labu masak lemak, kacang panjang goring, ikan terubuk Sarawak, ulam dan sambal belacan disamping buah dan agar-agar. Mulanya susah juga nak agak, sebab ramai yang balik kampong. Sediakanlah jugak untuk 100 orang makan (10 kilo beras). Alhamdullilah semuanya berjalan lancar. Habis semuanya

Friday, October 21, 2005

Abang Hasmi

Hari ni Abang Hasmi dari Naim Candera datang. Sebuah sarikat kontraktor kelas A yang cukup berwibawa di Sarawak. Aku memang agak rapat dengan Abang Hasmi ni, walau pun tak ada sebarang urusan rasmi tapi kalau dia datang Putrajaya ni dia memang cari. Kadang-kadang bukan apa Cuma nak pekena the tarik je. Semangat sebagi kawan cukup tinggi. Kali ni dia datang direct dari Miri dan bawak buah tangan kuih lapis Sarawak dan buah kurma. Kalau tenguk dari segi bungkusan kurma tersebut, nak makan pun sayang. Agaknya bungkusan kurma dari kotak kayu tu berkali ganda mahal compare harga kurma tu sendiri. Kadang-kadang dia sanggup bimbit beras bukit dari Sarawak nak bagi kat aku. Cuma aku je yang malas nak contact dia kalau pergi Sarawak sebab dia ni pelik sikit. Kadang-kadang kat Miri, kadang-kadang kat Sarikei, kadang-kadang kat KL dan kadang-kadang kat Indon. Dia ni jenis banyak cawangan….. Adik dia CEO Naim cukup marah dengan dia ni, tapi nak buat macamana dah jenis dia macam tu.

Dilog PB Sarawak

Lepas berbuka aku terus bergegas ke KLIA untuk penerbangan ke Kota Kinabalu, En Mat dah tunggu. Sampai Crowne Plaza Kuching dah jam 12 tgh malam. KP ajak pekena teh tarik. Dia kata 10 minit lagi tunggu kat loby. Nak kata tak nak pun tak boleh, tapi perut dah kenyang sebab dah pekena nasi dalam flight. Kami terus pergi water front, masih ramai lagi orang walaupun dah tengah malam. Order roti john dan fresh oren, macam nak pecah perut nak perabis. Pukul 2 pagi baru balik hotel. Pukul 4 pagi room service dah kejutkan, hantar makanan untuk sahur. Bagus servis hotel 5 bintang ni, sahur hantar ke bilik. Siap berhidang dalam bilik. Lepas tu dah susah nak tidur.

Pagi ni semua orang dikejutkan dengan berita kematian Endon, isteri PM. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Program pagi meeting dengan Mariyama, pakar JICA di ILP Kota Samarahan. Program kursus pembangunan learning material yang diusahakan oleh Mariayam ini ditaja sepenuhnya oleh MLVK. Tengahari balik semula ke hotel. Sebenarnya 3 program serentak diadakan di sini iaitu induksi PPL, induksi PP PPT dan dialog Pusat bertauliah bersama KP. Kesemuanya melibatkan 120 orang. Majlis dialog berjalan lancar. Inilah kali pertama majlis dialog di mana tidak banyak isu yang ditimbulkan oleh semua pengurus pusat. Kesemua program tamat jam 6 petang dan disusuli majlis berbuka di Casablanca. Tepat jam 7.20 kami bergegas ke aiport untuk penerbangan jam 8.30 mlm.

Tuesday, October 18, 2005

Mintak Tolong

Awal pagi jam 8.30, member lama datang ke pejabat. Dia ni wartawan utusan, orang lama. Aku kenal dia ni pun masa aku kat JTR dulu, mulanya urusan resmi, lepas tu jadi kawan baik. Dia ni banyk tolong aku buat promosi free dulu. Kebetulan pulak dia duduk kat Kajang, tapi dah hampir 2 tahun aku tak jumpa dia. Sebenarnya malam tadi 3 kali dia call aku, kebetulan pulak aku balik lewat. Ada meeting lepas terawih dan tak bawak handset. Bila aku call balik 11.30 malam tadi dia kata nak jumpa aku jugak. Tapi bila tenguk dah hampir tengah malam aku suruh je datang ke pejabat. Itu yang pagi-pagi lagi dah sampai kat office. Seperti yang aku jangka, memang sah dia nak mintak tolong. Anak dia buat hal, dah dekat 2 minggu tak datang kelas. Sebenarnya anak dia ni yang aku tolong masukkan ke ILP dulu. Ambik wireman, sekarang dah semester akhir. Ada masalah masa OJT, jadi tak boleh nak ambil exam. Budak tu hilang semangat langsung tak datang kelas, yang risau ayah dia. Aku terus call Lida kat ILP, mintak dia tenguk dan dia mintak member ni datang ILP esok untuk selesaikan...

Meeting JTPAL petang ni mula pukul 5 petang di IOI untuk pembentangan dari bahagian Perancangan mengenai cadangan sistem penilaian baru. Tenguk respon dari EPU dan egensi lain, nampak gaya sistem tersebut perlu di teliti semula sebelum dilaksanakan sepenuhnya. Habis meeting terus berbuka di sini. Semua tempat duduk penuh. Agaknya kalau walk-in memang tak dapat la. Ini la Malaysia, walaupun menteri dah sebut hotel kenakan bayaran terlalu tinggi untuk berbuka, tapi hotel tetap penuh masa berbuka.

Monday, October 17, 2005

Sembang petang

Hari ni balik awal sebab ada appoiment nak jumpa Dr Che Hassan di UKM untuk dapatkan tandatangan dia sebagai referees. Tepat jam 4.30 aku dah sampai bilik dia, dia pun dah tunggu. Hajat dihati lepas tu nak ke library cari bahan untuk buat proposal, sementara tunggu Zahir keluar sekolah. Tapi bila dah jumpa Dr C. Hassan ni, sembang tak sedar sampai pukul 5.30 petang. Itu pun sebab Zahir dah call. Macam-macam topik keluar.Yang best semasa kami berborak, Dr Ahmad Kamal Dekan Fakulti Mech Eng masuk. Bila dia nampak aku dia tenung lama. Lepas tu dia kata ’kat mana kita jumpa?’. Aku pun rasa-rasa macam kenal. Memang selama aku kat UKM ni pun tak pernah aku jumpa dia, tenguk gambar ada la. Lepas tu dia tanya umur aku berapa. lepas tu dia kata `ini mesti dulu UTM'. Memang sah 21 tahun yang lepas memang kami sama-sama di UTM, tapi dia ambik petroleum. Dulu memang dia ni best student. Sekarang dah jadi dekan. Lepas tu rancak lagila kami berborak....library pun entah ke mana. Walaubagaimanapun proposal Phd ke KUITO perlu aku siapkan malam ni jugak, sebab esok nak kena submit.

Saturday, October 15, 2005

Family Mission

Berikut adalah satu pernyataan misi sebuah keluarga yang terdapat didalam buku Dr. Stephen Covey yang berjudul `The Seven Habits of Highly Effective Families’:
`Our FAMILY MISSION :
To always be kind, respectful and supportive of each other,
To be honest and open with each other,
To keep a spiritual feeling in the home,
To love each other unconditionally,
To be responsible to live a happy, healthy and fulfilling life,
To make this house a place we all want to come home to.

Mungkin ramai diantara kita yang merasakan misi keluarga Islam amatlah jelas, iaitu untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT yang seterusnya menjanjikan kebahagian hakiki dunia dan akhirat. Namun mengapakah misi tersebut seolah-olah kabur dan tidak dikongsi bersama oleh setiap ahli keluarga, hinggakan sering terdapat anak-anak yang telah diberikan didikan dan asas agama yang cukup, masih sanggup melakukan maksiat dan perlanggaran terhadap perintah Allah? Amatlah penting supaya misi ini sama-sama dihayati oleh setiap ahli. Untuk dapat menghayatinya, ahli-ahli keluarga haruslah merasakan misi itu datang dari mereka sendiri dan bukannya semata-mata digariskan melalui kuasa veto seorang bapa atau ibu. Sebagaimana juga proses menghasilkan penyataan misi bagi sebuah organisasi perniagaan, ahli keluarga juga haruslah sama-sama menyumbang untuk membentuk pernyataan misi yang unik untuk keluarga tersebut.

Friday, October 14, 2005

Kerenah pelanggan

Hari ni memang agak sibuk, tiga kali meeting. Dalam tengah meeting tu pun ramai visitor nak jumpa. Entah berapa kali turun naik. Kadang-kadang susah juga pejabat dua floor ni. Sejak kebelakangan ni ramai pelanggan yang pelik-pelik datang. Biasanya datang bawak masalah. Dah tersepit baru datang mintak tolong. Nak ditolong pun susah, tak ditolong pun susah. Kalau tak tolong pun sebenarnya tak jadi masalah, sebab mereka dah melanggar peraturan. Dan mereka-mereka ni sanggup jumpa sampai ke peringkat no 1 asalkan hajat mereka terlaksana. Sehingga dalam keadaan tertentu kebijaksanaan pegawai amat diperlukan untuk menyelesaikan masalah. Arahan perlu dilaksana dan dalam masa yang sama juga prosudur perlu dipatuhi. Dalam setengah keadaan arahan atasan juga tidak boleh dilaksanakan disebabkan syarat dan prosudur yang ditetapkan. Dan kebiasaannya pelanggan yang tak mengikut prosudur ni lah yang akan berjumpa sehingga ke peringkat atasan.

Thursday, October 13, 2005

Member lama

Hari ni bengkel perjawatan yang disertai oleh sebahagian besar pegawai MLVK. Target bengkel ni pada mulanya bertujuan untuk menyiapkan sepenuhnya permohonan perjawatan bagi penyusunan semula jawatan MLVK. Setiap bahagian dikehendaki membentangkan cadangan masing-masing di depan KP. Walaubagaimanapun sehingga petang masing-masing bahagian masih tak dapat melengkapkan sepenuhnya cadangan jawatan yang dipohon.

Berbuka puasa di Marriot. Walaupun hari ni bukannya hujung minggu, tetapi waktu berbuka di sini tetap penuh. Bukan saja orang Melayu, tetapi tak kurang jugak ramai bangsa Cina dan India turut berbuka. Inilah keistimewaan rakyat Malaysia. Mungkin masing-masing ingin ambil kesempatan kerana biasanya bulan ni hotel menyediakan berbagai juadah. Kalau difikirkan kadang-kadang tak berbaloi pun berbuka kat hotel ni. Harga dah la mahal, makan tak banyak mana. Nak makan pulak kene beratur. Berbuka kat rumah juga la yang paling baik.

Sebelum balik terjumpa member lama. Sama-sama study masa kat UTM dulu, tapi dia best student. Aku cuma takat paras hidung je. Kebetulan dia sama-sama berbuka disini. Walaupun dah lama tak jumpa, muka tetap macam dulu. Sekarang dah jadi orang kuat TNB. Elok juga ada member macam ni, senang sikit kalau nak mintak tolong nanti..

Wednesday, October 12, 2005

Berbuka di Carcosa Sri Negara

Biasanya kalau terima jemputan majlis berbuka, aku akan cuba toloak dengan cara baik. Tetapi jemputan seorang kawan ni memang tak mampu aku tolak. Sebelum Ramadan lagi dia dah booking mintak aku datang. Member ni sebenarnya school mate masa aku kat TIKL dulu. Selepas tu masa di college aku duduk serumah di Ulu Kelang.

Majlis berbuka di adakan di Carcosa Sri Negara. Ini masuk tahun ke 10 berturut-turut dia mengadakan majlis berbuka puasa di Carcosa. Bukan calang-calang orang sebenarnya yang boleh mengadakan majlis di sini. Entah ilmu apa yang dia pakai pun tak tau. Kalau kita tanya sebab apa dia pilih Carcosa, dia akan jawab Carcosa adalah bangunan terakhir British serahkan kepada negara kita, oleh itu dia rasa bangga bila dapat berbuka puasa di bangunan bersejarah ini. Majlis yang diadakan agak formal. Dimulakan dengan ucapan, cabutan bertuah dan penyampaian cenderahati. Sekitar 60 orang hadir sebagai jemputan. Yang silapnya aku tertinggal kad jemputan, jadi tak berpeluang untuk cabutan bertuah. Sejak kebelakangan ni bisnes kawan aku ni pun semakin berkembang. Masuk tahun ni dah 11 tahun terlibat sepenuhnya dalam busines in training. Pengalaman sebagai lecture di UM satu masa dulu telah diguna sepenuhnya untuk mengendalikan program latihan dalam human resources. Program yang dibuat bukan saja dalam negara tetapi sudah sampai di peringkat antarabangsa.

Konsep ala barat bangunan Carcosa ini masih dikekalkan. Segala perhiasan dalaman bangunan ini begitu mewah sekali. Kalau berjalan terasa kabet tebal satu inci. Dining set yang digunakan juga antara yang termahal. Semua peralatan dalam bilik bersadur emas, termasuklah juga semua kelengkapan dalan bilik air. Kadar sewaan sebilik adalah RM1500 satu malam. Memang kena pikir banyak kali kalau nak bermalam. Tempat ni jugak merupakan tempat persinggahan bagi jemputan kenamaan luar negara. Kedudukan Carcosa di atas bukit yang dikelilingi oleh hutan menjadikan kawasan ini begitu tenang dan nyaman. Kadang-kadang tak sangka kita berada di tengah-tengah kota raya KL.

Tuesday, October 11, 2005

Lawatan UTM

Lawatan pagi ni ke UTM Jln Semarak bagi membincangkan program kerjasama bagi tujuan peningkatan kualiti PLV. Sejak aku meninggalkan universiti ni 20 tahun yang lepas, sekarang ni baru aku berpeluang masuk kampus ni balik. Dah banyak perubahan tapi bangunan lama masih macam tu jugak. Lawatan kali ini boleh dikatakan berjaya. UTM bersedia membentuk program khas di peringkat ijazah dan diploma pengajar vokasional khusus untuk pengajar-pengajar di Pusat Bertauliah MLVK. Program ini jika diluluskan nanti akan memberi ruang kepada pengajar yang tidak mempunyai ijazah uutuk memperolehi ijazah mereka. Prof-prof yang hadir kesemuanya memberi sokongan dan bersedia untuk mengujudkan kurikulum dengan kadar segera.

Saturday, October 08, 2005

Egg Tat

Sejak dua tiga minggu yang lepas, setiap Sabtu ada tugas rasmi. Minggu ni tak tak ada sebarang aktiviti luar. Pagi ni sempat cat 2 bilik air. Dah lama mem suruh buat, hari ni baru sempat.

Sebelah petang cuba resepi egg tat dari Bahtiar. Terima kasih Bahtiar. Memang sedap kueh tu. Along dan Angah pun semangat tolong nak buat. Walaupun mungkin tak secantik Bahtiar buat, tapi kira ok juga la. Malam bawak ke surau untuk juadah lepas tarawih. Rasanya tat tu habis awal compare juadah yang lain.

Image hosted by Photobucket.com
Egg Tat

Friday, October 07, 2005

When you change

WHEN you change your belief
You change your expectation

• WHEN you change your expectation
You change your attitude

• WHEN you change your attitude
You change your behavior

• WHEN you change your behavior
You change your performance

• WHEN you change your performance
You change your LIFE

Mengurangkan Tekanan

Tips Mengurangkan Tekanan oleh Ustazah Norihan

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an
Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur.

3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja.

8) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya

Wednesday, October 05, 2005

Jem gile

Hari pertama puasa, seperti yang dijangka jalan jem teruk. Masa pegi kerja takla teruk sangat, cuma bila masuk area Putrajaya baru mula sangkut. Bulan posa ni aku ambik waktu W2 iaitu masuk pukul 8 dan balik pukul 5 pm. Biasanya aku ambil W3 - balik pukul 5.30, tapi disebabkan waktu buka agak awal terpaksa balik awal. Rupanya bukan aku sorang yang ambil keputusan macam ni, mungkin sebahagian besar warga Putrjaya. Yang paling ketara masa nak keluar office, Daripada tempat parking sehingga keluar komplek Parcel D je dah memakan masa 15 minit. Lepas tu sepanjang jalan sehingga ke Bandar Baru Bangi, jem teruk. Di persimpangan BBB, walaupun traffic light dah hijau tapi masih tak boleh bergerak disebabkan traffic jem. Bila aku congak, aku mengambil masa selama 1 jam 25 minit untuk bergerak dari opis di Putrajaya ke Bandar Baru Bangi yang jauhnya cuma 22 km. Inila hari paling teruk dalam sejarah aku berulangalik kerja. Puasa tahun lepas pun takla sampai macam ni. Aku rasa ada beberapa perkara yang menjadi penymbang keadaan ini. Pertama banyak taman baru dibuka di BBB. Kedua banyak pejabat baru dibuka di Percint 2 dan juga Parcel E dan ketiga waktu berbuka agak awal jadi masing-masing balik serentak. Aku ada 2 pilihan untuk mengatasi masalah ini. Pertama ambik waktu W1, masuk kerja 7.30 pagi dan balik sebelum pukul 5. Ataupun pergi kerja naik motor, gerenti tak jem punya. Yang susahnya sekarang ni musim hujan.

Tuesday, October 04, 2005

Lawatan ke Pasir Gudang

Memandangkan appointment dengan CMCK di Pasir Gudang di buat jam 2.30 ptg, maka lawatan ke tempat tu dirancang menggunakan kenderaan pejabat. Bertolak pukul 8.30 pagi. Berhenti sekali di kawasan rehat Seremban untuk alas perut. Pukul 12 tengahari dah sampai depan kilang. Terus call HR personal bertanya samada boleh terima kami awal. Dia kata tak jadi masalah dan minta kami terus masuk. Masa tu baru teringat lawatan ni jugak patut disertai oleh pegawai dari ILPPG. Call pengarah, tapi ada meeting. Minta sambung ke unit kawalan teknikal, mujur dapat cakap dan minta pegawai berkaitan untuk hadir masa tu jugak.

Perbincangan berjalan lancar, pihak syarikat menunjukan minat yang baik untuk turut serta dalam program SLDN ini. Pihak syarikat juga menyedari kesan-kesan yang timbul akibat terlalu bergantung kepada pekerja asing. Lepas makan tengahari, pukul 2 ptg bertolak balik. Driver bawak sampai 150km/j, pukul 4.30 dah sampai Putrajaya.

Monday, October 03, 2005

Dewan Perniagaan Melayu Penang

Kalau naik flight awal pagi memang kalut sikit, memang tak sempat subuh kat rumah. Terpaksa subuh di KLIA. Seperti biasa suasana setiap pagi di KLIA di pintu masuk untuk berlepas agak sibuk. Mungkin disebabkan banyak penerbangan di buat di awal pagi. Ada 2 lane, setiap lane beratur lebih kurang 100 kaki. Sesuatu perlu di buat oleh pihak pengurusan agar orang ramai tak perlu berbaris panjang. Kalau dilihat dari suasana mata kasar, air tansport dah jadi popular di kalangan masyarakat kita. Itu sebab Air-Asia boleh untung berjuta. Tapi sebab apa MAS boleh rugi? Pukul 9.30 dah sampai Dewan Perniagaan Melayu di Leboh Pantai, sedangkan meeting start pukul 10.30. Sempat dulu pekena roti bakar madu di Church Street. Roti bakar di sini memang agak famous. Kalau dilihat gerai sengkek je, tapi mamak tu nak menang tangan bakar roti. Bakar dengan arang, memang sedap.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Hj Faudzi Naim – Vice Pecident PMCCM dan dihadiri oleh wakil dari MARA, PERDA, ICU, EPU, wakil industri dan 4 buah sekolah. Hasrat Dewan Perniagaan untuk memperkenalkan sistem aperantis adalah amat baik, dan mereka ingin bekerjasama dengan MLVK untuk mengujudkan sistem yang lebih concrete pada masa hadapan. Mereka juga bersedia untuk menjadikan SLDN sebagai satu platform untuk digunapakai oleh ahli dewan. Dewan bersedia untuk berkerja lebih rapat dengan MLVK bagi memastikan program latihan yang dijalankan akan lebih berkesan. Mesyuarat ditangguhkan jam 12.30 tengahari. Sempat lunch bersama En Yusoff Azudin, CEO Centrojaya Sdn Bhd dan juga Yam Trading. Dia juga vice president bekas pelajar MARA. Semangat beliau untuk menaikan bangsa melayu begitu kuat. Sebelum balik dia sempat bagi sebotol jus pala keluaran syarikatnya, cuba dulu baru tau katanya.

Saturday, October 01, 2005

Dialog CEO

Dialog CEO berjaya sepenuhnya walaupun sedikit perubahan pada saat akhir. Mulai bulan ini flight pagi dari KL ke alor Setar telah pun dihentikan. So Tim Menteri terpaksa turun di Bayan Lepas. Pukul 10.30 baru dia boleh sampai di Alor Setar. Program asal perasmian sepatutnya pukul 9.15 am. Taklimat SLDN terpaksa diadakan dulu dan perasmian ditangguhkan pukul 11.00 pagi. Yang agak menjadi kucar-kacir sedikit bilamana press terus masuk ke bilik menunggu bila nampak Timbalan sampai, sedangkan esco Kedah masih mendengar taklimat FMM. Sidang akhbar berjalan lancar, dan lewat petang ni Faezah dari Berita Harian call aku untuk pengesahan maklumat yang Timbalan keluarkan.
Image hosted by Photobucket.com
Sebelum Dialog
Image hosted by Photobucket.com
Semasa Dialog
Image hosted by Photobucket.com
Pegawai Petugas