Sudah lama Kamal tak terlibat sebagai panel penemuduga pengambilan jawatan baru. Bukanya tidak ditawarkan, tetapi Kamal yang menolak kerana setiap kali menjadi panel beliau terpaksa travel seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Tetapi apabila urusetia mengatakan kali ni panel hanya tertumpu di Lembah Klang sahaja, Kamal terpaksa menerima.
Seperti jadual yang ditetapkan pagi tu Kamal memandu kereta menuju ke tempat temuduga untk bertugas sebagai panel. Dia sedar tempat letak kereta pejabat tempat temuduga tersebut amat terhad, oleh itu beliau mengambil keputusan untuk pergi lebih awal. Dalam perjalanan beliau mengambil keputusan untuk mengisi minyak. Terlalu banyak kereta di stesen Petronas pagi itu. Kamal berbaris menunggu giliran untuk mengisi minyak. Apabila tiba gilirannya tiba-tiba sebuah kereta proton wira memotong barisan dan masuk ruang pam minyak yang kosong itu. Kamal terkejut dengan tindakan pemandu itu, bukannya pemandu itu tak nampak sepatutnya giliran beliau untuk mengisi minyak. Kamal hanya bersabar dan memerhati kereta tersebut dari dalam kereta. Keluarlah pemandu wira tersebut masuk ke dalam kaunter bayaran. Selepas itu keluarlah penumpang kereta itu dan bersedia untuk mengisi minyak. Seorang pemuda yang berpakaian kemas berkemeja biru. Muda sedikit daripada pemandu tadi, mungkin juga adik kepada pemandu kereta tersebut. Sambil mengisi minyak pemuda tersebut cuma menjeling ke arah Kamal, tak ada pun pemuda itu nak angkat tangan. Minta maaf jauh sekali, seolah-olah perbuatan pemandu keretanya itu tak melakukan sebarang kesalahan. Tiba-tiba Kamal rasa terpanggil untuk berkata sesuatu kepada pemuda itu. Dia keluar dari kereta dan menghampiri pemuda itu yang sedang mengisi minyak. Pemandu kereta itu masih belum keluar, mungkin membeli sesuatu atau ke tandas. Lalu Kamal berkata kepada pemuda itu “Pesan pada pemandu kereta ni, lain kali belajar menghormati orang lain. Semua orang beratur, kenapa perlu potong q”. Pemuda tersebut hanya diam membisu tetapi menjeling tajam ke arah Kamal. Kamal masuk semula dalam kereta, hatinya puas, sekurang-kurangnya beliau telah pun sampaikan pesan. Beliau juga sedar bukan salah pemuda yang menjadi penumpang kereta itu. Kalau dia bercakap terus kepada pemandu kereta itu mungkin boleh berlaku pergaduhan. Tak lama selepas itu pemandu kereta itu datang dan mereka bergerak dari situ. Kamal meneruskan mengisi minyak, perasaan geramnya masih ada, namun begitu beliau tetap bersabar. Dalam hatinya berkata angkara pemandu wira itu beliau dah terlewat 5 minit.
Kamal sampai ke tempat temuduga tepat pada masanya. Beliau segera menemui urusetia untuk mengambil senarai calon. Beliau dimaklumkan seramai 25 orang perlu di temuduga pagi itu. Kamal segera ke bilik rehat untuk bersarapan. Telah menjadi tradisi di pejabat itu semua panel penemuduga disediakan sarapan dahulu sebelum memulakan tugas. Kebetulan Dato’ pengerusi panelnya telah pun ada dalam bilik rehat itu. Sambil minum Kamal berbincang dengan Dato’ pengerusi strategi temuduga dan kreteria calon bagaimana yang beliau kehendaki.
Sampai masa temuduga, segalanya berjalan lancar. Seorang demi seorang calon masuk. Masa yang diambil untuk setiap calon lebih kurang 20 minit. Sampai giliran ke 16 tiba-tiba pemuda berkemeja biru di stesen minyak tadi yang masuk. Muka pemuda tersebut terus berubah apabila melihat Kamal menjadi panel penemuduga. Kamal cuma tersenyum dan cuba melupakan peristiwa di stesen minyak tadi. Dengan professional Kamal terus menyoal pemuda itu tanpa sebarang niat untuk mengenakan pemuda itu. Namun begitu pemuda tersebut tidak dapat menyembunyikan keresahan pada wajahnya. Beliau nampak gelisah dan gugup, semua jawapannya serba tak kena. Sebaik sahaja pemuda itu keluar dari bilik temuduga, Dato’ pengerusi bersuara “Apasal calon ni teruk sangat, lain yang ditanya lain yang dijawab, macamanalah beliau nak jadi pegawai”. Kamal hanya tersenyum………. Hatinya berkata kalaulah pemuda ini dapat jawatan ini memang rezeki dia la.....
Gambar Hiasan - Senja di sebuah warung di tepi pantai di KK
19 comments:
salam kamato,
heheh, macam biasa dengar dan lihat jer. tapi kat mana yer
AZ... ha ha, memang tempat biasa orang datang berkunjung
Salam,
dalam apa keadaan sekali pun...kita perlu menghormati hak orang lain...hidup ini ada timbal balik...ada pantulan
thanks..
taj, itula hakikat kehidupan, kadang2 sekejap Tuhan dan bagi petunjuk
Salam komato..
Terima kasih n3 yg baik...semoga menjadi tauladan..pada kita semua..
Taj timbal balik...yess betul tu..kejap jer...biar kita beralah sikit tetapi bukan tanda mengalahkan..sebalik kita memberi pengajaran pada yg salah..tak da faedah...berebut, dan berbuat perangai yg bukan2 lebih2 lagi sesama manusia..
kalau ikutkan sakit hati sebab org potong q kat Malaysia negaraku tercinta ini, boleh kena sakit jantung! wahai orang Malaysia, tolonglah berubah!<---mcm rintihan hati pulak bro!
Salam Kamato,
Dalam masa bekerja dari tahun 1986 hingga 2010, dah terlalu ramai calon saya temuduga samada untuk biasiswa dan masuk kerja, cuma sekarang ni jer saya mudah terasa hati dengan mereka2 yang dah kerja....pandang dan jeling jer kita ni, tp ada segelintir yg masih hormat pada kita.
Entahlah....sehingga skrg saya masih ingat pada panel yg temuduga saya dulu, kalau terserempak saya akan tegur mereka dan berborak jika ada masa, saya diajar oleh mak bapak saya hormat orang lebih tua dan ingat jasa mereka....generasi muda skrg ni...terlalu ramai yg nak cepat, kurang respek dan mudah lupa jasa orang lama.....entah kenapa?.
Allah Maha Adil
Assalamualaikum KAMATO
Alhamdulillah
Allah telah balas di dunia
moga ada kesedaran pada pemuda berkemeja biru
Wassalam
salam kamato
alhamdulillah, kamal dpt bertindak secara profesional
tulah, zaman sekarang
kalau kita lihat terutama pemandu2 yg kurang bersopan, selalu nak potong q
kalau dia nak cepat , org lain pun nak cepat juga
saya puji sikap pemandu2 di negara luar yg lebih berhemah dan bertimbang rasa berbanding negara kita
semasa memandu di SA, saya juga mendapati pemandu2 sungguh berhemah di jalanraya
org kita, dpt je stereng, lupa segala sopan santun
dan saya paling marah jika jumpa pemandu2 yg suka potong q
shami2, memang betul kalau semua orang ada sikap mengalah, dunia akan aman
asuhara, tua la... kalau nampak orang potong q, kita kesabar je la, harap la pemandu tu ada emergency, kalau tak kita juga yg tension
rosli, memang lain org dulu dgn budak2 baru sekarang, kat opis saya sama, kadang2 budak2 sekarang ni selisih bahu pun tak tegur sapa
pinatbate, apa terjadi pun semua kehendak Nya
rezeki, saya setuju sangat, pemandu di barat jauh lebih baik jika banding di negara kita, masa saya belajar di wales dulu saya pernah part time bawak bas college, seronok rasa.... semua orang berdisiplin
Assallamualaikum Kamato,
Mama pun kecewa sangat dengan insan-insan yang suka potong Q
leih-lebih lagi kalau yang berkereta besar dan mahal..mereka pandang seposen ja kat kita yang dah lama berQ ni
Allah maha penyayang...ada siang dan ada malam..
yang penting..kita sabar.
paling pntang dgn org2 suka potong q ni...mmg nak kena sound je.
nadz, itu la kat malaysia ni, highway pun org potong q kat emergency lane
zue, betul la tu..... kalau tak mereka tak sedar
Post a Comment