Pertemuan kami 5 keluarga di Hotel Abber Garden di Tanah Haram kira-kira hampir 2 tahun yang lalu telah menghasilkan satu ikatan siratulrahim yang cukup rapat sehingga kini. Selama 2 minggu di Tanah Suci setiap lepas subuh, isyak dan zohor kami akan bersama-sama di meja makan. Sehinggakan kalau salah seorang di antara kami tak ada masa tu kami akan tertanya-tanya. Rupanya pertemuan itu tidak habis di Tanah Suci sahaja, sehingga kini kami masih saling berhubung antara satu sama lain. Mereka ialah Zul dari Kulai, Wak Mispan dari Banting, Jas dari Kajang dan Rashidi dari Cheras. Hubung kami rapat bagaikan adik beradik. Baru ni Wak Mispan buat kenduri kahwin anak dia, dan alhamdullilah kami dapat berkumpul untuk konvoi bersama ke Banting. Kenangan bersama di Tanah Suci, menikmati keenakan chiken mandy datang kembali. Moga persahabatan ini akan terus berkekalan.
Tak semua orang berpeluang melihat photo di atas ini
Rindu sangat untuk ke sini
10 comments:
Salam Kamato...
yelah pertemuan dan seterusnya terjalin persahabatan di Tanah Suci, sememangnya meninggal kesan dalam hati...
taj pun mengalaminya, sahabat yg rapat di sana akan kekal bila balik ke mesia...
itulah ukhwah fillah...alhamdulillah
kerana apa? kerana kita berkongsi satu rasa, satu cinta, satu rindu, satu tujuan..segalanya satulah
kerana cinta pdNYAlah, maka kita berada di tanah sucinya...
wallahualam
bestnya! Subhanallah
Assalamualaikum KAMATO
saya pun masih berubung dgn seorang jemaah sehingga sekarang, kawan satu bilik di Madinah dan Makkah
Alhamdulillah
Wassalam
taj, setuju, sahabat jumpa di tanah suci, satu haluan satu tujuan
asuhara, kebesaran Tuhan
rozali, harap terus kekal persahabatan itu
salam
alhamdulillah
ikatan ukwah dan silaturahim yg berpanjangan
begitu juga saya dgn rakan2 masa pegi umrah dan haji dulu, masih berhubungan
salam kamato,
pertemuan di tanah suci memang satu pertemuan yg indah, persahabatan yg terjalin pun kekal berpanjangan..sampai di tanah air persahabtan akan tetap rapat..ini akak alami sendiri..rasa macam saudara..tu la saudara sesama islam yg Allah galakan..semoga persahabatan kekal abadi..insyaallah.
Salam Kamato,
Persahabatan yg dijalin kerana Allah akan tetap segar wpun dah bertahun2 berlalu.
InsaAllah.
rezeki, semoga terus berkekalan hubungan itu
kak sidah, mudah-mudahan persahabatan itu kekal berpanjangan
aki, terima kasih singgah di sini
Post a Comment