Tuesday, May 25, 2010

Air Mata itu Anugerah

Aku menerima email dari seorang sahabat yang menceritakan kisah Imam dan anaknya yang aku kira amat sesuai untuk kita kongsi bersama. Ceritanya begini...

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini iserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang
Gambar Hiasan

21 comments:

aznaz said...

salam from Makkah...


alahmdulilah...satu cerita yang penuh bermakna bagi kita semua untuk di jadikan tauladan dan iktibar...

mekasih atas apaparan ini...


waslam

kak su said...

Salam Kamato...

Terimakasih diatas info yg diberikan...

Alhamdulillah... Allah maha berkuasakan...

Wslm

boxhousestudio said...

Salam Kamato

kerana memahami..benar..biarkanlah air mata itu menitis. Air mate itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang...(kenangan terkini BHS baru mengerjakan Umrah bersama-sama keluarga..so airmata masih menjadi teman paling setia..)...Terima kasih

rezeki said...

salam kamato

sesungguhnya Allah sgt sayang akan setiap hambaNYA tapi ada hambaNYA yang tak sayang kepad Allah

jadikan iktibar dan pengajaran

KAMATO said...

manzlie, cerita untuk kita ambik pengajaran

KAMATO said...

kak su, sekadar berkongsi yang boleh

KAMATO said...

boxhouse, ye la.... menangis kerana kebesaran Allah itu satu tangisan yang terbaik

KAMATO said...

rezeki, semoga kita sentiasa di lindungi Allah

taj said...

Salam Kamato,

mmg benar, air mata saya menitis membaca n3 ini...subhanallah, sungguh bertuah mempunyai anak spt itu..satu anugerah Allah yg tidak ternilai...dan air mata juga adalah anugerah...bila kita menangis rasa diri dekat dgn Allah...

alhamdulillah

KAMATO said...

taj, menangis mensyukuriNya memang cukup bernilai

shami2 said...

Salam Komato..
Jom kita membentuk peribadi kita dan anak2 seperti itu....
Taj...menangis kita kerana memahami akan kebesaran Allah dan kita berada disekeliling orang2 yg sejalan...menuju arah kehidupan yg kekal..cuma masa dan amalan saja yg akan memisahkan kita ..

mama ju said...

Aslkm Sdr Kamato

Terharu sangat dengan cerita tu..
Ganbar kat bawah tu pulak begenang air mata melihatnyam..Terukan menulis.

Mak Su said...

sungguh indah

Kaktiny said...

Allahu Akhbar...

.. dan saya biarkan air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang...

... semoga tiada hati umat islam yg beku, sombong dan bongkak..
yg kedekut menitiskan air mata taubat, air mata syukur, air mata insaf, air mata gembira, air mata sedih, air mata munajat kepada Yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang!!..

zue said...

tak semena2 air mata sy pun mengalir dgn sendiri. begitu terharu dan insaf akan cerita ini.

hayati hamzah said...

Salam...saya pun ada menerima emel yg sama so sama2lah kita mengambil pengajaran dan iktibar darinya.

Masy said...

bergenang airmata sy baca cite ni T_____T

insaf2

Unknown said...

Subhanallah, Maha Agung Allah swt....

Bertuah makcik yg mendapat hidayah dr Allah swt, bertuah adik yg dipilih oleh Allah swt dan bertuah ibubapa adik tu yg dikurniakan oleh Allah swt anak yang soleh dan baik hati...

Memang banyak iktibar dari kisah ni... Terima kasih berkongsi cerita hebat dgn kami....

Mak Su said...

sekadar nak kongsi khabar, saya dah pi bkt broga, dah letak gambar, tak larat, penat :)

Mulan said...

thanx.. thanx for sharing..

dEeWaN said...

Salam. Terasa semacam jer bila saya baca cerita tersebut. Kadang-kala kita lupa nikmat yg Allah berikan pada kita. Moga menjadi pengajaran buat kita bahawa tiap yg blaku ada hikmatnya.