Sungguh cepat masa berlalu. Cuti hujung minggu 2 hari seperti masih tak cukup. Rasanya aktiviti ku dalam dua hari begitu padat, antaranya
Joging lepas subuh
Ambik along di Batu Pahat
Basuh LORI
Basuh kereta
Hantar angah untuk aktiviti sekolah di Putrajaya
Jemputan kenduri doa selamat lepas magrib
Jemputan kenduri cukur jambul lepas isyak
Ikut sarahan Ustaz Solihen di masjid Kajang
Hantar Zahir di SMS Ceras
Ziarah emak di Ijok
Lawat kebun sawit
Kuliah magrib mingguan di di Langat Jaya
Lebih kurang 600 orang hadir setiap minggu di masjid Kajang bagi mendengar sarahan dari Tn Hj Ustaz Solehin
Hari minggu tempat basuh kereta memang penuh, mujur jadi ahli shine, mudah sikit. "LORI" ni begitu berjasa pada diri dan keluarga ku. Nak usung apa pun cukup mudah. Banyak sungguh kenangan bersamanya. Malah aku pernah tidur dalam lori ni masa out-sattion. Masa tu ada satu majlis di Kuantan. Semua hotel penuh, last-last aku parking kat masjid, lipat kerusi belakang dan tidur. Tak pernah bermasalah sepanjang usianya. Namun begitu selepas usianya mencecah 6 tahun, LORI ni agak sedikit sensitive. Ada saya barang yang mintak diganti
Huh……kalau di polish masih nampak serinya
Banyak cobaan menjaga sawit ni. Sekarang ni hampir seluruh sawit di kampong diupah kepada pekerja Indonesia. Atas sebab itu juga pencuri yang kutip buah kat kebun di siang hari pun orang kampong ingat pekerja Indon, sebab pekerja sering berubah dan mereka tak kenal. Ini la resiko yang dihadapi pekebun kecil, bila harga sawit turun masalah nak bayar upah pekerja. Bila harga sawit naik pencuri pulak rajin sukarela kutip buah.
14 comments:
mmg byk brjasa 'lori' ni kannn.
biasanya bila dah byk brjasa...mesti ada sakitnya...tuan puye lak dah brkira2 nak cari pengganti.
salam.
Salam K,
Dulu kebun sawit pun bekas tanah sawah padi ke?
Di kampong saya Felcra yang uruskan untuk orang2 kampong tukar dari tanam padi kepada kelapa sawit. Lama dah dan dah dapt hasil pun. Alhamdulillah.
hehehe..
tak baik panggil dia 'LORI'
merajuk dia karang!!!
Assalamualaikum KAMATO
saya ingatkan tadi lori betul
kesian dia
he he
Wassalam
salam..
mak mertua bagi kat hubby 3 ekar tanah... utk tanam kelapa sawit katanya..
tapi.. kami tak tau nak wat ape ngan kebun tuh!!.. huhuhuhu....
- nak ternak kambing boer lahh.. buleh buat kambing golek tiap2 kali raya.. hahaha...
kereta pon sensitip kekadang.. kena jaga sayang2 jugak..
Salam Komato
Alhamdulillah...kehidupan kita terisi dengan pekara2 yang tidak melalaikan...penat hari ini adalah ibadah untuk hidup kita di akhirat nanti...
zue, tak terpikir nak cari pengganti, khdmatnya masih diperlukan
zabs, kat kampong saya sawit ni asalnya dulu getah atau kopi
DrSinga, panggilan tu panggilan manja
Rozali, harap dia tak merajuk... dah memang kepalanya bentuk lori
kaktiny,saya cadangkan tanam sawit ikut seperti cadangan orang tua, dalam masa yang sama buat kandang kambing dalam kebun sawit, ramai sebenarnya yang buat gitu
mulan, tu la.... agaknya dia pun dah penat
muhamad hilmi, ia la.... dalam kita sibuk urusan dunia, akhirat pun kita tak boleh tinggal
Post a Comment