Foto ni simple tapi mengandungi beribu makna. Terharu, pilu, sedih, sukur dan macam-macam lagi. Anda semua tenguk rasa bagaimana?
Oleh itu sama-sama lah kita berusaha untuk mencari keberkatan atas harta yang amanahkan kepada kita dengan:
Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.
Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.
Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal
Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.
Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.
Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.
Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.
Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi.
Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat.
14 comments:
salam
saudara komato
keikhlasan amat penting dialam segala pekara..... jaga hati... amat penting
sangat menginsafkan..
Salam Komato..
Terimakasih atas ingatan...
Wslm
salam..
semua yg encik kamato senaraikan amat benaaarrr belaka...
senang di dunia belum cukup menjamin bahagianya di akhirat..
susah di dunia tidak semestinya berakhir dengan kesusahan di sana nanti..
kena berusaha utk seimbang kedua-duanya... kejar akhirat dgn berusaha keras di dunia...
tidak tinggalkan dunia semata-mata kerana akhirat, takut dinamakan kufur nikmat!..
semoga kita semua berakhir dengan Husnul Khatimah.. dan digtempatkan bersama hamba2 yg soleh/solehah.. amiinn...
Salam komato
Itulah gambaran kasih abang pada adik..semasa susah..sob..sob
Tapi bila adik senang...bagaimana kasih dia pada abang...pulak..
Bukan harta di pinta..tapi khabar berita..dan kunjungan mesra ....sebagai mengenang jasa...
Jom kita berkongsi kesenangan yang ada kepada insan2 yang telah berjasa kepada kita dan yang lebih memerlukan pertolongan kita
...hati bahagia lebih baik dari harta benda kekayaan dunia...
klu yg kaya terlebih kaya hingga lupa akan org d luar sana tapi bila yg daif tersgt lah daif...hingga tiada yg sudi memandangnya.
salam kamato
sekiranya konsep bersedekah dan berzakat dpt dijalankan sebaik mungkin, mungkin tiada umat islam yg semelarat sebegini
kaedah dlm pengurusan zakat sekarang ini juga harus diteliti dan diperbaiki sebaik mungkin agar setiap pemberian sampai ke pihak yg sepatutnya menurut Islam
alhamdulillah, jadikan amalan bersedekah sebagai amalan harian dan zakat yg wajib jgn ditinggalkan
insyallah
saya dh siapkan sebuah n3 utk esok hari berkaitan konsep bersedekah sebagai perkongsian bersama
Salam komato..
Perkongsian peringatan yang baik...tahniah...
salam kamato,
gambar itu bermakna sekali. Sedarlah insan, tangan yang memberi lebih mulia drpd tangan yang menerima.
Salam Kamato,
TK atas peringatan ini.
Assallamualaikum KAMATO,
Bagaimana masyarakat sekeliling/yang hampir sanggup melihat suasana begini..
Semuga kita menginsafi setiap nafas yang diberi..
Semuga kemakmuran dikecapi bersama.
Walau hanya sekadar potret, terasa sayu dan pilu di hati...
Runtun hati den as a father melihat gambar ini...
oohh.. sayu nya hati...
Post a Comment