Sunday, May 16, 2010

Broga

Hujung minggu sekali lagi aku mendaki Bukit Broga. kali ni pergi bersama along dan angah. Kami sampai di situ jam 6.30 pagi, tapi semua tempat parking dah penuh, akhirnya terpaksa parking jauh di tepi jalan dan terpasa berjalan kaki. Ramai yang mula mendaki seawal jam 4 pagi, tapi kena la bawak lampu suluh. Sebelum sampai kawasan bukit kita terpaksa melalui belukar dan kadang melalui tebing yang curam.
Apabila selesai pendakian di kawasan belukar, kita akan jumpa bukit yang hijau tersergam. Suasana sebegini bermula selepas subuh lagi.Ramai yang datang pagi untuk beriadah, berjoging sambil menikmati penoramah indah. Di awal pagi gabungan warna-warni alam menjadikan suasana cukup mempersonakan.Berada di puncak kedua bukit tersebut. Sebenarnya untuk berada di atas sekali kita terpaksa melalui tiga puncak.Ramai yang berehat di puncak pertama.
Turun dari bukit. Biasanya suasana beratur begini hanya di panggung wayang atau di pejabat imigresen. Ini dalam belukar pun ramai orang.Terpaksa melalui tebing yang agak curam.Tuan kebun sawit ni dah tak peduli pokok kelapa sawit dia, kutipan duit parking pun dah cukup.

22 comments:

atuk said...

Assalamualaikum KAMATO

teringinnya saya

suatu hari kita set untuk daki gunung Broga
nak melihat keindahan ciptaan Allah

Wassalam

KAMATO said...

Rozali, bagitau bila nak pergi, saya tak jadi hal, insyallah boleh join

nadz said...

Assallamualaikum KAMATO,
Kat mana Bukit Broga ni?
Cantik sekali pemandangannya..
jelas gambarnya.
macam ada rombongan pulak ke situ.
Terima kasih
w/salam

mama ju said...

Salam Sdr Kamato


Terimakasih kerana maklumat ini,tak tau pun saya. Tak sangka ya org sgt ramai!

KAMATO said...

nadz, kat semenyih je

KAMATO said...

mama ju, berajat nak pergi bagi tau le, boleh saya jadi pandu arah

rezeki said...

salam kamato

ramainya umat hehehe

kalau hari biasa (bukan hari minggu) tentu tak sesak

KAMATO said...

Rezeki, hari biasa memang takda orang naik, kalau orang tak ramai tak seronok pulak he he...

hayati hamzah said...

Salam Kamato...
Kalau dari Hway Lekas dia akan exit ke Mantin ke?

rosli said...

Salam Kamato,

Mmg cantik, hope one day boleh ke sana bersama you ...office mate saya pun kata cantik....

KAMATO said...

Kalau dari highway lekas, exit semenyih, dari situ terus ke brogra

KAMATO said...

rosli, jom bagitau je bila.....

Dr Singa said...

wahhh...
sekali laaaagi!!!!
:)
eksesaisssss...

Masy said...

dok tgk je org pi bkt broga ni. hopefully ade laa peluang sy nk gi sane nanti huhu

zue said...

salam kamato,
bukit broga deket umah mak mertua zue...x tahu pulak ado org panjat bukit ni...ramai nyer..

balik kg sok...nak siasatlah.

Mak Su said...

pegi lagi ker? alamak...... camner nak join? or camner nak pegi sendiri? kat semenyih kan.....

KAMATO said...

DrSinga, cuma untuk tujuan keluarkan peluh

KAMATO said...

masy, bila nak pergi bagitau la, boleh kita berlumba sapa sampai ats dulu he he

KAMATO said...

zue, bagus tu... boleh la sesekali naik

KAMATO said...

maksu, yela... kat semenyih la tu, kalau nak tenguk orang ramai pergi hujung minggu

YB said...

Salam kamato,

macam kat indon pulak nampaknya.

Ayah Zain said...

salam kamato

dulu masa muda-muda biasa jer naik gunung ledang, la ni tak tahu larat ke idak lagi.

terasa nak join juga tuh