Cerita ini mungkin boleh kita jadikan tauladan
Beberapa tahun dahulu,Ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia .
Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid. Pada suatu Hari, selepas Imam tersebut membayar tambang Dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan Wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang Wang 20 sen tersebut.
“Perlukah aku memulangkan 20 sen in?“, Imam tersebut bertanya kepada dirinya.
“Ah… syarikat bas in dah kaya… setakat 20 sen in.. Nak beli tosei pun tak cukup“, kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng Dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti Dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan Wang 20 sen tersebut.
“Tadi kamu beri saya Wang baki terlebih 20 sen“, kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.
“Owh… terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen in.. Kan sedikit je nilainya“, pemandu bas tersebut berkata.
Imam tersebut menjawab, “Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang Muslim saya wajib berlaku jujur“.
Pemandu bas tersebut tersenyum, Dan berkata, “Sebenarnya saya sengaja memberi Wang baki yang lebih sebanyak 20 sen in, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam“.
Imam tersebut turun dari bas Dan seluruh jasadnya menggigil Dan kesejukan.
Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, “Astaghfirullah! !!, Ampunkan daku Ya Allah…. Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!..
23 comments:
Assalamualaikum KAMATO
Subhanallah
betapa sucinya Islam
Wassalam
salam from makkah
masyallah....
waslam
Salam,
Betapa orang menilai kita..
Alhamdulillah
Rozali, ya... islam itu memang hebat
manzlie, semoga kita semua di lindungi Allah
nadz, mudahmudahan iman kita tetap terpelihara dan sama2 kita tingkatkan
salam
pB suka cerita ini
salam akhi kamato...
Alhamdulillah iman dan amal imam tu , telah menghalang syaitan dr dia tergoda...hanya kerana 20 sen ...
masyaAllah , sebagai panduan untuk kita semua...
salam kamato
sebagai iktibar dr cite tu, janganlah kita gadaikan agama kita dgn apa jua sekali pun
tk krn berkongsi cerita ini
Salam Kamato,
Amalan ..Imam tu yg menghalang nya dari mendengar bisikan syaitan..alhamdulillah..bukan 20 sen yg menjadi ukurannya tapi perbuatan tersebut yg akan diambil kira, tak kira besar atau kecil amaun nya..
mesti Malaikat yg tahan imam tu utk menoleh - sebagaimana malaikat Jibrail menahan Nabi S.A.W daripada bangun dari rukuk semata-mata menanti Saidina Ali berjemaah subuh bersama..
.... dan iman dia membuatkan dia berpaling memulangkan semula duit itu... Alhamdulillah...
Benar, kita tidak pernah tahu bagaimana "iman" kita kan di uji.. tidak hanya oleh Allah.. tetapi oleh masyarakat sekeliling atau yg berlainan agama.. Allahu Akhbar..
begitu seorg iman diuji begitu cuma 20 sen apa lagi kita ni...masyallah.
salam,
Alhamdulillah Imam itu masih diplihara oleh Yang Maha Kuasa , betapa harga diri manusia memang boleh dinilai dengan wang 20 sen itu .
thanx for sharing.. moga iman kita sentiasa kukuh & teguh, untuk dicontohi & dihormati oleh umat yg lain..
PB, saya pun suka....
ummi, itu la.. manusia biasanya lupa diri pasal duit ni....
rezeki, setuju.... dalam apa situasi pun kita wajib jaga keharmonian agama islam
kak sidah, selagi kita menjaga solat dengan ikhlas, insyallah kita dilindungi
kaktiny, semoga kita juga dilindungi dari melakukan perkara yang tak elik
zue, setiap manusi tak terlepas ujian seperti itu, hanya iman penyelamat
silversarina, moga kita juga dilindungi dari Nya daripada cobaan2 seperti itu
mulan, harap2 begitu la....amin...
menarik sekali tuan kisah ini .. ringkas namun menusuk jiwa. terima kasih ;)
Post a Comment