Facebook ni rupanya alat terbaik untuk mengesan sahabat-sahabat lama. Dengan facebook ini kami bekas pelajar TIKL 80/81 dapat berkumpul malam minggu baru-baru ni. Selepas tamat tingkatan lima semua bawak haluan masing-masing, masa tu mana la ada handset, email pun takda. Maka terputusla hubungan kami. Dah 30 tahun baru kami dapat berjumpa semula. Dari segi fizikal 100% berubah, paling nyata rambut dan perut.
30 tahun dulu kami pernah terlangkupkan tray kat dewan makan sebab disedia ikan busuk, sampai ke sudah tak pecah rahsia sapa mulakan dulu.
Ada yang pernah kena tumbuk kat perut oleh penolong pengetua sebab curi-curi tenguk TV
Ada yang lari bertempiaran dikejar warden sebab lepaskan mercun roket ke asrama sekolah sebelah.
Ada yang pernah kena denda sebab nakal.
Namun begitu nakal-nakal kami dulu tak pernah pun menyusahkan orang. Sekarang Alhamdullilah semuanya dah jadi orang. Semuanya dah berjaya dalam kerjaya masing-masing. Dah ada yang bergelar Profesor, dah ada yang berjaya dalam perniagaan, dah ada yang berjaya sebagai kontraktor, dah ada yang mempunyai syarikat sehingga 250 pekerja dan ada jugak tu setiap hari duduk padang golf.
nota: kepada pengunjung-pengunjung blog ini, mohon maaf tak sempat kunjung balas, sejak kebelakangan ni terasa amat sibuknya
16 comments:
salam from Makkah...
bestnyer dapt jumpa kengkawan lama...
cl teringin sangat....
waslam
Salam Kamato
Akak Agak lagi 5 thn semua akan pakai
songkok aji la..yer..
Sebab masa nii...masih muda belia lagi..
Amin..
Wslm
manzlie, tu la..... memang seronok jumpa kawan lama ni, borak dari malam sampai pagi pun tak habis
kak su, betul la..... 5 tahun lagi mungkin semua pakai kopiah sebab nak tutup kepala botak atau nak tutup rambut uban he he....
alla yang tikl 82/83 tak leh join ke?...tanya aje..hi hi hi..
salam kamato,
mmg seronok dpt brjumpa kwn2 lama...sy pun dah dpt jumpa kwn lama di FB cuma x kesempatan jumpa.
sonok kan. sy pon dapat kesan kawan2 skolah rendah, best2
carik balik gambar2 lama dan buat perbandingan dulu dan sekarang.. best oooo... hehehehe....
sekarang ramai ber-fb.. tapi bagus sbb erat kan silaturrahim.. dengan yg lama tidak berjumpa...
Salam,
Berjumpa kawan lama, nostalgia lama, tapi dengan fizikal baru..
Seronoknya kalau dapat jumpa kawan-kawan!!!
boxhouse, kalau nak join apa salahnya
zue, memang seronok jumpa kawan lama ni
safiudin, bagus juga fb ni kalau kena tujuannya, tapi yg salah guna pun banyak juga
masy, jumpa kawan lama memang seronok, kena pulak cerita semua zaman dulu2
mulan, betul la, bukan senang nak kesan kawan2 lama ni
nadz, terima kasih singgah sini
Post a Comment