Tuesday, September 01, 2009

Ayam Panggang

Di Bandar Baru Bangi terdapat sekurang-kurangnya lima pasar Ramadhan. Namun begitu dua tempat yang begitu popular ialah di belakang PKNS dan di seksyen 16 (rancangan Samsul Ghau-ghau). Kedua tempat ini memang cukup meriah dan menjanjikan traffic jam yang dasyat. Nak cari apa jenis makanan memang ada kat tempat ini. Di belakang PKNS ayam panggang madu adalah antara gerai yang diminati setiap tahun. Pelanggan sanggup beratur panjang dan menunggu sekurang-kurangnya setengah jam sebelum mendapat yang di hajat. Tak tau apa sebenar tarikannya, pada hal tempat lain ada juga ayam panggang tapi tak perlu la beratur macam tu.


Pelanggan sanggup beratur panjang

14 comments:

cikgu mas said...

salam..

tulah BB bangi ni,kalau pi gak musim ramadhan ni,berbuka dalam kereta mkn roti dgn jem lah...

selalulah datang umah mr Kamato,tapi tersipu-sipu nk ketuk pintu,baru hari ni berani sbb nampak ayam panggang..

salam ziarah mr kamato..umah CM kt pekan dengkil..

Mak Su said...

memang sohih sedap tu, tengoklah betapa sabarnya pelanggan2 beratur tunggu giliran

MULAN said...

woooo.. panjang gitu beratur.. mesti sah sedap tu..

KAMATO said...

cikgu mas, pintu tak berkunci pun, tak payah ketuk2, masuk je...

maksu, diakui memang la ada rasa

mulan, saya dah beli, memang boleh tahan sedap dia

Ajzie said...

amboiiiiiiiiii ramai nyaaaaa.. sodap sgt ker????

Izariza said...

en Kamato, saya ingat ini semua gara-gara air singlet hahahaahahaha :D

pB said...

jala mas , ada ke Bro???

Nunn said...

rezeki orang berniaga tu la kot...

cikdinz said...

sedap banget. dah lama tak singgah sana....

blackpurple @ jowopinter said...

Wah! Macam menarik...

ZLAA said...

Salam kamato,

Berbuka dgn ayam madu ke hari ni?

silversarina said...

Wah, sure sedap betul ayam panggang madu, siap berbaris panjang lagi . cakap pasal ayam panggang nak cari lah petang ni ( pagi lagi ni ..hihi ).

manjlara said...

sedap bebenor ke ayam panggangnya tu? leh la try nanti. erm.. tapi tgk barisan pjg tu, kena pikior 10 kali gak nih..

KAMATO said...

ajzie, yap memang sedap

azariza, tapi diakui ayam dia memang sedap

pb, jala mas kat ktan pun kadang susah nak cari, sini lagi la

nunn, ya la....rezeki untuk raya

cikdinz, bila nak singgak...

BP, kadang kita beli seba ramai yang beli

zlaa, pernah juga beli ayam dia ni

silversarina, sesekali makan sedap juga

manjlara, cuba la