Syukur hari ini aku berkesempatan untuk kali pertama ke Masjid Besi yang pertama kali mengadakan Solat Jumaat. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau dikenali Masjid Besi adalah kedua besar selepas Masjid Putra. Kontraktor yang bertanggungjawab ke atas pembinaan masjid ini adalah Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB). Segala kemudahan yang disediakan memang memuaskan. Pemandangan di kiri kanan masjid memang menajubkan. Mengikut maklumat yang disediakan banyak aktiviti-aktiviti telah di rancang di masjid tersebut. Inila satu-satunya masjid yang mempunyai 2 tingkat tempat letak kereta di bawah masjid, seolah seperti di komplek membeli belah. Yang tak seronoknya apabila semua jemaah keluar serentak dari bangunan itu, exit di tempat letak kereta menjadi sesak sehingga kita terpaksa menunggu lama sebelum dapat dari komplek itu.
Pemandangan dari sisi masjid
7 comments:
oh oh saya nak tepek juge gambar masjid besi .. dah lama ambil tapi masih terperap dalam kamera :)
izariza, ni pun cuma gambar pakai phone je
salam
jgn mula mula penuh
lama lama kosong ...
wah..canggih tul masjid nikan..dan cukup2 mewah dan mengagumkan
:)
Salam..
Tak sampai lagi saya masjid ni..Insyallah,,teruja rasa nk sembahyang kt sini,dekat jer tu dgn sekolah saya..
Wah, canggihnya masjid ni, ada peluang nak jugak solat di sana nanti InsyaAllah.
pb, harap2 gitula
syahbandar, memang agak canggih juga kemudahan yg disediakan
cikgumas, boleh sesekali singgah tu
silversarina, kalau dtg sini bagitau
Post a Comment