Majlis khatam Quran Taman Langat Jaya yang berlangsung di surau Al Islah berjalan dengan jayanya. Majlis tersebut bermula selepas waktu Asar. Berbuka beramai-ramai di Surau dan seterusnya berterawih. Selepas terawih penyampaian sumbangan untuk anak-anak yang bertadarus, anak-anak yatim, ibu tunggal, imam dan sumbangan duit raya untuk semua anak-anak dalam taman. Anak-anak la yang paling seronok dalam majlis ini. Majlis di sambung dengan Qiamulail ke esok paginya. Berikut beberapa foto majlis tersebut hasil rakaman puteri ku.
Aku hanya sempat berada di penghujung majlis, selepas berbuka di Ijok aku terus berkejar untuk ke majlis ini.
9 comments:
Salam En Kamato,
bila dah khatam ni maknanya ramadhan semakin berengsut pergi .. sedih pulak rasanya :(
Alhamdulilah.
Sedih dengan perginya ramadhan.
ramadan dah ke penghujung nya.. semuga kita di temukan dengan ramadan yg akan datang..
suka tgk budak2 join mende2 macam nieh. ada budak2 yg tak suka..haii..itu lagi menyedihkan.
tp dah nak raya kita nieh ye...adoii...sedihnya. ramadhan nak berlalu dah!
izariza, harap kita jumpa ramadhan lagi tahun depan
ajzie, semua sedih bila ramadahn berakhir
zino, insyaallah
chery, terima kasih singgah
alhamdulillah
Sama macam majlis tahunan yang didakan di surau dekat rumah kami, tahun ni cuma izzat yang pegi majlis tu sebab kami masa tu hantar Maya ke airport .
Kanak2 yang paling seronok sebab masing2 dapat duit raya , yang mengikuti tadarus ( umur 7-15 tahun tahun ni dapat RM50 sorang ) , yang lain2 dapat RM10 sorang . Yang tak best tu lepas majlis dah dengar bunyi2 mercun dalam kawasan perumahan ...ggrrrrr .
syukur semua dpt disempurnakan.
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN
*Tiada kesalahan yang sengaja dilakukan dan tiada kesalahan yang tak dapat di maafkan.
salam
bersama kita bentuk generasi yng mencintai al quran
Post a Comment