Tuesday, September 08, 2009

Singgahsana

Petang semalam aku menerima jemputan dari sahabat untuk berbuka di Singgahsana PJ. Boleh tahan juga berbuka di situ. Yang pastinya walaupun zaman gawat, meja tetap penuh. Ia bukan saja di dikunjungi orang islam tapi ramai jugan bukan islam yang turut berbuka.

Kumpulan Rabbani menggamat suasana. Zul telah pun menjadi penyanyi utama Rabbani menggantikan arwah Ustaz Asri. Boleh tahan jugak suaranya, standing dengan suara arwah. Zul ni sebenarnya sebelum ni adalah pengadun suara kumpulan itu. Setelah semua ahli di uji suara, namun tiada yang boleh standing dengan suara arwah, maka beliau telah menawarkan diri untuk di uji. Ternyata beliau mempunyai suara yang baik, kalau tak sama dengan suara arwah pun, sekurang-kurangnya menghampiri sama.

7 comments:

pB said...

salam

minggu lepas aBear berbuka di sana

KAMATO said...

tak ikut sekali ke?

silversarina said...

Pernah berbuka di sana lama dulu , memang Rabbani every year tak ketinggalan menghiburkan pengunjung di bulan Ramadan, terasa hilang suara merdu arwah :(

Mak Su said...

saya bajet buka posa kat umah aje ler, sebab kamato tak pelawa ;)

MULAN said...

tu la.. kata nya gawat tapi macam tak je.. semua tempat penuh dengan orangramai berjamu & shopping raya..

NBK466 said...

Ta pasti sore Zul tuh sedap x sbb lum pernah dengar tapi sore den leh tahan gak..he.he.he..

KAMATO said...

silversarina, patah tumbuh hilang berganti, memang susah nak cari pengganti suara macam arwah

maksu, berbuka di rumah itulah yang sebaiknya

mulan, ye la... kalu pergi mana supermarket semua penuh

nbk, boleh la test uji suara tu