Wednesday, August 26, 2009

Berbuka Puasa

Satu keistimewaan di Negara kita. Setiap kali bulan puasa Bazaar Ramadhan tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Setiap taman pasti ada Bazaar Ramadhan. Masa ni la nak cari makan apa pun ada di jual. Kuih yang jarang kita jumpa pada hari-hari biasa pun akan muncul. Kepelbagaian jenis makanan ini memang menggugat keimanan pengunjung untuk membeli. Yang menariknya bazaar ni bukan sahaja dikunjungi masyarakat melayu tapi juga bangsa lain.

Hotel-hotel dan restoran juga berlumba-lumba mengiklankan pakej-pakej berbuka puasa. Sesetengah tempat perlu booking dulu, kalau nak walk-in memang tak ada tempat. Begitu mewah negara kita, bulan puasa seolah-olah seperti pesta makanan.

Sesuatu yang amat menghairankan juga apabila melihat sesetengah orang yang ketika berpuasa kelihatan amat lesu dan tidak bermaya, tetapi apabila tiba sahaja waktu petang untuk membeli juadah, badan yang lesu tadi sudah menjadi cergas dan kuat. Lantas, pelbagai juadah dibeli sehingga melebihi keperluan yang sepatutnya. Mereka membeli juadah bukan lagi mengikut keperluan, tetapi mengikut nafsu sehingga berlakunya pembaziran yang banyak. Tidak kurang juga terdapat dalam kalangan masyarakat Islam yang menjadikan waktu berbuka tidak ubah seperti suasana ‘pesta makan’. Sebenarnya ajaran Islam tidak pernah melarang umatnya untuk membeli makanan. Cuma ajaran Islam mengajar kita supaya berbelanja secara bersederhana setiap masa, termasuk sewaktu berbuka puasa. Kita sebenarnya bukan 'hidup untuk makan', tetapi 'makan untuk hidup'. Apabila konsep 'hidup untuk makan' dijadikan pegangan, keadaan ini menyebabkan berlakunya kelalaian hingga melampaui batas berbelanja. Tidak cukup dengan juadah yang dimasak di rumah, dibeli lagi makanan di bazar dan pasar Ramadan secara yang berlebihan.

Suasana berbuka puasa di bumbung masjidilharam - foto ehsan dari Saudara Azlee dari Kota Mekah

Berbuka dengan rutab, tamar atau air adalah sunnah Nabi. Rutab adalah kurma yang masak dan tidak dikeringkan, ia lembut dan manis. Tamar pula ialah kurma yang dikeringkan seperti banyak terjual di pasaran.
Anas Malik berkata: “Rasulullah SAW berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab. Jika tiada rutab, Baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, Baginda akan meneguk beberapa teguk air.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Sama-samalah kita berusaha untuk tidak melakukan pembaziran di bulan mulia ini

9 comments:

khairyn said...

Salam
Berbuka di tanah air seronok sebab dapat berhimpun satu keluarga tapi saya rasa terasa lebih kemanisannya bila berpuasa di perantauan :)

Iftar di masjid memang selalu dihidangkan dengan rutab dengan kuah bijan. Kemudian solat maghrib berjemaah baru sambung balik makan. Biasanya makanan sumbangan dari duit orang ramai dan kadang2 sumbangan makanan dari komuniti muslim kat sini.

Makan sama-sama dengan muslimah dari merata dunia Islam. Rasa terharu sangat-sangat :)

sorry terpanjang plak komen ni hahaha

KAMATO said...

khairyn, memang seronok sesekali berpuasa di tempat oarng, dengan syarat di situ ramai komuniti muslim

pB said...

salam Bro ...

time puasalah kurma ni laku ...

time puasalah , orang yang tak pernah meniaga kuih , meniaga

tu yang kuih muih , semacam jer rasa dan bentuknyaaaaaaaaaa

Izariza said...

salam en Kamato,
saya jarang nak beli kuih muih di pasar ramadhan tu .. rupa je sodap tapi rasanya tak seindah khayalan haha .. buat sendiri lagi best, puas makan ;)

.. rindukan Kaabah ..

Mak Su said...

ikutlah yang sunah, itulah yg terbaik utk kita :)

Kassim Selamat said...

Salam ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa.

KAMATO said...

PB, tu la masing2 nak cari duit raya

izariza, masak sendirilah yang paling baik

maksu, betula la tu...

Kassim selamat, salam ramadhan jua

puteriii said...

Betul itu.... bila di masjidilharam kita berbuka dengan rutab memang sedap dan minum air zam zam selepas tu terus solat maghrib berjemaah. Alhamdulillah tak terasa lapar & dahaga. Siapa2 berkeampuan untuk pergi ke sana...eloklah disegerakan. Semoga saya juga berpeluang berpuasa disana.Amin

KAMATO said...

puterii, insyaallah saya pun rindu sangat dengan kaabah