Nampak gaya serangan wabak H1N1 ini semakin hari semakin serius. Setiap hari bilangan yang mati semakin bertambah. Apakah sebenarnya aktiviti pembendungan yang kita lakukan sebenarnya kurang berkesan. Mula-mula dulu hanya 1 kematian sehari, sekarang sudah 8 orang sehari. Bilangan yang mati kerana virus ini sudah menjangkau 32 orang. Sesuatu tindakan drastik perlu dilakukan segera bagi membendung penyakit ini daripada terus merebak.
Apakah sebenarnya dengan menutup sekolah-sekolah berasrama yang telah dijangkiti sebenarnya boleh membendung jangkitan, ataupun sebenarnya manambah lagi meluas jangkitan.
Kenapa tak diwajibkan sahaja semua orang memakai topeng semasa berada di kalayak ramai terutamanya kawasan tertutup seperti LRT, pusat membeli-belah, panggung wayang, masjid dan lain-lain lagi.
Pihak berwajib perlu mengeluarkan fatwa hukum sembahyang dengan memakai topeng ataupun fatwa kelonggaran berjemaah kiranya disahkan positif H1N1.
Pekeliling khusus untuk semua agensi perlu di keluarkan bagi tujuan membendung jangkitan.
9 comments:
Tulah, memang gerun dibuatnya . Virus yang sukar dibendung dari merebak. Tutup sekolah bukan cara penyelesaian sebab memasing akan bergerak keluar jugak dan bertembung orangramai . Mungkin dengan bagi antiviral secara percuma kepada setiap rakyat walaupun yang belum dijangkiti mungkin boleh membendung H1N1 .
ni pun seriau kat perlis sbb kena attend karnival sains 2009.. sbb ramai benor orang di keliling esp yg tak reti2 nak batuk & bersin tutup mulut..
keadaan seolah2 tidak terkawal.. sesuatu perlu di lakukan segera..kadangkala perkara ni perlu di paksa kan..
silversarina,bagus juga kalau dapat percuma antiviral, kat swasta sekarang ada 2 jenis, RM 60 atau RM 100.
mulan, pakai je mask....
zino, org kita kalau tak paksa tak buat
bahaya kannns..
yang kena balik selepas asrama or insitution tutup tu pulak bukan ada kesedaran nak duduk diam2 kat rumah En. Kamato .. depa merayap sana sini .. tu yang jadi makiin teruk :(
p/s; homeopathy adad sediakan ubat untuk mencegah hinggapan virus H1N1 .. sekadar berikthiar .. Allah jua yang memperkenankan :)
en_me, memang bahaya....
pakkamaru, terima kasih singgah
izariza, terima kasih maklumat tu
bdk umah sy pon dah kene H1N1 tp doc just bg dia mc seminggu. lps seminggu klu demam lg, nmpknye kitorg serumah kene kuarantin la gamaknye huhuhuh
masy, kita sama-sama la jaga supaya tak merebak
Post a Comment