Kenduri arwah dan doa selamat menjelang Ramadhan sudah menjadi lumrah, terutama di kampong-kampung. Masa ini di kampong kadang-kadang sehingga 4 buah rumah kenduri dalam sehari. Lepas zohor, asar, magrib dan isyak. Kira-kira bulan ni tak payah masak, kenduri setiap hari. Emak kat kampong masuk je Syaaban dah buat kenduri. Yang istimewanya kampong Ijok masih menggunakan nasi Ambeng. Satu tradisi masyarakat Jawa. Satu dulang adalah untuk 4 orang, sekor ayam pun telah dibelah empat untuk satu dulang. Kebiasaannya mereka-mereka yang hadir tak jamah pun, terus bahagi kepada empat bahagian untuk di bungkus dan di bawa balik. Mereka hanya menjamah makanan ringan yang lain seperti buah, kuih muih, bubur dan lain-lain lagi. Kewangian aroma daun pisang pembungkus nasi ambeng ini menjadikan ianya cukup menyelerakan, dan bungkusan inilah yang di tunggu-tunggu oleh anak-anak apabila ayah mereka hadir majlis kenduri. Kebiasaanya emak di kampong akan menyediakan 25 dulang yang melibatkan 80 hingga 100 buah rumah. Mudahkan, tak payah susah-susah sedia pinggan mangkuk.
Hujung minggu baru ni aku pulak mengadakan majlis serupa di rumah, minggu terakhir sebelum Ramadhan. Tapi taklah buat nasi ambeng. Jemputan melibatkan kareah surau Ikwan dan surau Al-Islah yang dianggarkan 400 orang. Agak penat juga sesekali masak untuk ramai begini. Mujur ada beberapa orang jiran membantu. Menu cukup ringkas iaitu ayam goreng berempah, gulai kawah daging, sayur goreng campur, ikan masin dan ulam. Manakala pencuci mulut seperti buah, agar-agar, karipap, kuih lompang dan kek cokelat. Non-stop menyediakan kesemuanya ni dari pagi sehingga magrib, memang memenatkan tapi seronok dan puas hati.
16 comments:
samalah kita bro. org jawa mmg x boleh tinggal nasi ambeng kan. kat kpg asu pun masih ada lagi kenduri2 yang hidang nasi ambeng.
Asuhara, tu la kadang2 trfikir saya nak bawak tradisi nasi ambeng tu kat taman
Surau kami pun buat majlis kenduri sempena Ramadan , sini biasa sembelih lembu masak gulai ( kari ) .
Berselera nampak nasi ambeng tu , yummy :)
Silversarina, Sesekali kena nasi ambeng ni memang sedap
alhamdulillah, tradisi mulia masih diamalkan :)
manjlara, masih lagi ada tradisi tu kat kampung saya
blom penah rasa lg nasi ambeng. hehe
serius .. kecur air liur saya tengok gambar nasi dengan ayam2 kat atas tu .. dah lah tengah lapar :~
selamat menyambut ramadhan en kamato :)
masy, sekarang ni ada setengah kedai dah jual nasi ambeng
izariza, salam ramadhan jua
belum pernah rasa nasi ambeng lagi
salam ziarah & slmt berpose
nasi ambeng ni mengeratkan silaturrahim kan? Makan ramai-ramai satu dulang.
Teringat kat rumah makcik yang selalu buat nasi ambeng ni. Menu di tempat kami biasanya nasi putih, ayam masak merah, sayur goreng, aseng garem (rasanya macam tu la sebutannya) dengan mee hoon goreng. Pencuci mulut epok-epok dan lengkong.
rozita, selamat berpuasa juga
khairyn, itula yg biasanya...memang dibuat dengan nasi putih sahaja
wah nasi ambeng... teringin nak rasa..
hantar sini sikit boleh?
hehehe
amboi makk aaiiii, sodapnyer!!!!!
salam ramadhan :)
kulna,nanti kalau buat saya jemput
maksu, salam ramadhan jua
Jgn lupa jemput org yang dekat.... Keluarga JPK mkn nasi ambeng. Kat Ganu x ade nie.....
Post a Comment