Ahad seperti dirancang kami mengunjungi UTHM Batu Pahat. Terserempak Prof Jai dan Dr Wahid, sempat bersembang dan sindirannya agak sinis. Almaklum report tak siap lagi. Pendaftaran Along agak lancar. Saudara Ropi kebetulan telah seminggu di sana dan mengunjungi aku di kolej Along. Kami sempat bersama menikmati ikan merah masak asam penas di sebuah restoran di Parit Raja, memang mengancam. Ikan tu hanya di masak apabila terima pesanan, memang fresh. Terima kasih Sdr Ropi kerana membawa kami ke restoran tersebut. Lain kali insyaallah aku datang balik restoran tu. Selepas melengkapkan keperluan asrama Along, kami kembali ke kolej. Tak lama lepastu adik sekeluarga datang dari Pasir Gudang untuk menemui kami . Selang beberapa minit kemudian terima call pulak dari anak saudara dan abang ipar dalam perjalanan dari Skudai untuk ke Terengganu. Kami bertemu dan berkumpul di salah satu gerai durian di Pekan Air Hitam. Kami memulun durian sampai semua tak larat nak makan. Seterusnya kami berkonvoi ke Tangkak dan berpisah mengikut haluan masing-masing. Hajat untuk ke Pedas bagi mendapatkan ikan salai untuk di hantar ke Mekah terpaksa di batal kerana yang ada hanya sembilang salai, sedangkan mereka menghendaki haruan salai.
Dan hari ini di Putrajaya aku dikunjungi tetamu istimewa, blogger yang sekarang menetap Australia. Terima kasih Arsaili kerana sudi bersama makan tengahari bersama dan terima kasih atas cenderahati tu. Aku amat-amat menghargai pemberian mu.

Cenderahati dari Australia