Aku berkesempatan untuk memberi ceramah dalam satu kursus yang di anjurkan oleh I-Smart Educare di ibu kota baru-baru ini. Dalam banyak-banyak peserta kursus yang hadir, seorang darinya agak terserlah. Pertamanya kerana beliau agak berumur jika dibandingkan dengan peserta yang lain. Keduanya beliau sentiasa aktif bertanya dan memberi pendapat sepanjang kursus. Semasa rehat aku cuba mendekati untuk mengenali lebih lanjut. Beliau merupakan pemilik dua salun kecantikan yang terkemuka di ibu kota. Malah beliau memiliki pusat latihan dalam bidang kecantikan bagi melatih belia-belia yang berminat.
Bila beliau mengatakan umurnya telah pun mencapai 63 tahun, aku agak terkejut kerana dari raut wajahnya seolah-olah beliau dalam lingkungan lewat 40an. Aku tanya apa rahsia awet muda. Katanya tak ada sebarang rahsia, cuma katanya kita perlu sentiasa ceria, senyum selalu. Dia menceritakan bagimana dia mula menceburi diri dalam bidang dandanan bermula dari rumah sehinggalah berjaya ketahap sekarang. Rupanya beliau bukan calang-calang, suaminya adalah bekas pegawai di Petronas dan beliau merupakan kerabat diraja Perak. Aku cuba berseloroh, “Kebiasaanya wanita seusia hajah ni cuma duduk di rumah bermain dengan cucu”. Katanya dia macam wanita yang lain bermain dengan cucu, malah anaknya juga mengikut jejak beliau. Kebetulan masa itu anaknya juga turut menjadi peserta kursus. Katanya selagi beliau mampu, beliau akan menurunkan ilmu kepada yang berminat.
Sebenarnya secara peribadi aku kagum dengan semangat wanita ini, walaupun telah berusia lebih dari 60 tahun tapi masih berusaha untuk mengembangkan sayap perniagaannya dan bersemangat untuk menurunkan ilmu kepada yang berminat.
11 comments:
usaha tangga kejayaan..Kagum dengan semangat sebegitu..
bagus tu kalau ada ilmu jangan sorang sorang kongsi kongsi lah....
Mesti dia seorang yang tabah dan kuat daya juang untuk terus berjaya . Dalam pada kita menyampaikan ilmu dapat juga kita belajar dari para peserta , Alhamdulillah.
saya juga kepingin nak jadi wanita yang sebegitu... tapi tak tau la mampu ke tak... huhuhu...
kene kuat semangat n sihat tubuh badan. lg satu kene minat n bersungguh2. cayalah hajah!~
wow! hebatnya nenek itu.
maksu, memang hebat nenek tu...
masy, betul tu, kesihatan itu yg utama
sastri, insyaallah mampu..
silversarina, kadang seronok juga bagi ceramah orang luar ni, bolempa macam2 orang
nunn, ni nak kongsi la...he he
ajzie, memang kagum dengan semangatnya
Bestnya jk sya jd sepertinya. Ada segala-galanya. Tidak bakhil dgn ilmu yg beliau ada. Agknya mcm mana sya nk bhubung dgnnya
mesti mukanya macam hety koes endang :D
salam kembali untuk aku hehehehe
salam..kagum, dalam hidup kita kena berfikiran positive,sentiasa mengerakkan minda agak sentiasa ceria, muda, sihat...salute!
Deawan, nak contact dia ke….
butaseni , ada la mirip2…he he…
arsaili, cuma kadang2 sukar untuk ceria sepanjang masa
Post a Comment