Friday, May 08, 2009

Keistimewaan Kaabah

Berikut beberapa fakta yang sempat saya catat dari ceramah yang isampaikan oleh Ustaz Riduan di Kota Mekah;

Kehebatan Kaabah itu sendiri boleh memberi ketenangan kepada sesiapa yang memandangnya. Dengan merenungnya kita akan lupa segala urusan dunia. Pandangan seseorang akan berbeza apabila melihat kaabah di siang hari dan di malam hari. Pada siang hari Kaabah akan nampak kecil dan rendah tapi pada malam hari ia seolah besar dan tinggi. Untaz Riduan kata itulah kuasa Tuhan. Burung-burung tidak akan terbang di atas Kaabah, kalau ada burung terbang di atasnya bermakna burung itu sakit dan sedang berubat. Burung pun tahu kehebatan Kaabah itu. Kaabah inilah tempat turunnya rahmat di mana 20 bahagian rahmat itu terletak pada sesiapa yang memandang Kaabah, 40 bahagian rahmat yang bersolat di Haram, manakala 60 bahagian rahmat kepada yang bertawaf mengelilingi Kaabah. Satu perkara yang menajubkan, lantai diseluruh dataran Kaabah iaitu tempat bertawaf sentiasa sejuk walaupun pada panas terik.

Tempat-tempat mustajab untuk berdoa
1. Hajar Aswat
2. Multazam (Minta kelepasan dari neraka) - tgh malam sampai subuh, tempat selalu dilalui rasul,
3. Pintu kaabah waktu selepas asar,
4. Tempat Jibrail mengimami Nabi pertama sembahyang batu2 berwarna cokelat
5. Tempat asal makam Ibrahim seramik cokelat bertulis
6. Pancur rahmat di hijir ismail minta dikurnia kekayaan waktu lepas asar sampai magrib
7. Pintu tertutup bila-bila masa, tempat doa orang yang dizalimi (2 meter sebelum rukun yamani).
8. Multazam wanita, minta ampun
9. Makam Ibrahim waktu azan subuh hingga Iqamat (minta bahagia keluarga, rukun, damai, sabar dan rido
10. Telaga zam-zam waktu azan magrib hingga iqamat (minta cahaya ilmu, makrifah)
11. Pintu Bani Saibah (tempat masuk nabi, minta diberikan amanah

Kedudukan tempat-tempat mustajab untuk berdoa

Semoga dapat kembali ke sini semula.....

Sesungguhnya catatan ini hanyalah untuk rujukan peribadi.......

14 comments:

silversarina said...

Betul tu, perasaan yang tidak dapat diucapkan tiap kali melihat Kaabah di depan mata ...semoga kita semua dapat kembali mengunjungi Kaabah ini lagi InsyaAllah.

PG said...

Salam kerinduan tidak terhingga buat kaabah.Lambaianmu sentiasa menggamit.InsyaAllah kita kan ketemu jua.

PG said...

Salam Sedara Kamato,terima kasih kerana ziarah blog saya.Semoga tuan dirahmati Allah

zino said...

terima kasih kerana berkongsi..

dEeWaN said...

Indahnya ciptaan Allah SWT. Betapa tidak sabarnya saya untuk ke sana.
Moga Allah makbulkan permintaan saya. Insyaallah

KAMATO said...

silversarina, hanya Tuhan yg tahu perasaan kita apabila berada di depan Kaabah

PG, insyaallah...moga Tuhan kabulkan niat kita untuk kesana

Zino, bila agaknya kita nak TT

deewan, Insyayalla...sama lah berdoa, saya pun takpernah puas ke sana

Izariza said...

Seronok sekali en.Kamato dapat ke sana lagi .. keerinduan itu sentiasa meruntun hati saya! InsyaALlah jika ada rezeki saya pingin sekali ke sana bersama usami dan anak2 ..

Salam hari ibu utk Mrs. Kamato :)

arsaili said...

salam..bila agaknya saya nak ke sana....teringin sungguh....

Mek Na said...

sesungguhnya sesiapa yg sampai di tanah suci adalah antara mereka yg terpilih...tahniah. dgn berkongsi cerita bole sebabkan org terpanggil nk ke sana.

kuIna said...

terasa lambaiaannya utk berada disana.... trima ksih berkongsi pengalaman ini... sy teringin sangat.

Unknown said...

yaAllah makburkanlah doaku utk kesana

zlaa said...

Terima kasih Kamato sudi berkongsi.

KAMATO said...

Izariza, insyaallah akan sampai satu hari nanti

arsaili, teringn itu sudah seruan cukup untuk ke sana, insyaallah sampai tu nanti

mek na, mudah-mudahan yang membaca mendapat menafaat

kulna, sampai masa akan ke sana jua

penoreh, insyallah sampai tu

zlaa, hanya sebahagian yang mampu di tulis

irfan said...

Assalammualaikum..saya tak pernah lagi sampai ke kota mekah kerana tak mampu dari segi kewangan insyaallah sekiranya saya dah mampu impian utama saya adalah agar dapat menjejakkan kaki ke kota mekah..doakanlah semoga impian suci saya ini tercapai..amin.