Sekali lagi tulisan ini buat niat apa-apa hanya berkongsi pengalaman kepada rakan yang akan ke Tanah Suci.
Di Mekah kami menginap di Abeer Garden Hotel iaitu kira-kira 300 meter dari Masjidil Haram. Kota Mekah pada masa ini mengalami proses perubahan yang begitu mendadak. Bangunan-bangunan tinggi mencakar langit tumbuh bagaikan cendawan. Malah sebahagian Masjidil Haram juga sedang dalam proses penambahan ruang. Satu kawasan berbukit di sebelah Masjidil Haram yang dulu menempatkan kedai-kedai kini sedang dibangunkan kepada pusat membelibelah dan hotel-hotel mewah. Kalau dulu disini kita boleh jumpa makanan melayu, malah roti canai pun ada. Tapi sekarang semuanya telah di robohkan. Di hadapan pintu King Abdul Aziz naik menara hotel pencakar langit yang sedang rancak dalam pembinaan. Banyak hotel-hotel kecil dirobohkan dan digantikan hotel mewah. Satu langkah yang baik kalau ianya untuk menampung keperluan musim haji. Tapi persoalannya mampukan orang kebanyakan untuk menyewa hotel itu nanti bagi mengerjakan ibadat umrah dan haji.
Kerja-kerja meratakan bukit untuk tujuan pembinaan bangunan sedang giat dijalankan
Bangunan-bangunan hotel pencakar langit ini sedang dalam pembinaan hanya berdepan dengan pintu King Abdul Aziz
Hajar Aswat
Hajar aswat merupakan tempat tumpuan jemaah untuk cuba mengucupnya. Hajar aswat adalah batu yang diturunkan dari surga semasa zaman Nabi Ibrahim. Semasa diturunkan batu tersebut bersinar dan sinaran itulah yang membataskan tanah halal dan tanah haram. Oleh yang demikian sempadan tanah haram adalah ditentukan oleh Allah, bukannya manusia. Adalah disunatkan untuk kita mengucup hajaraswat kerana Rasulullah juga mengucup batu itu, diakhirat batu ini akan mencari sesiapa yang mengucupnya. Sejak Nabi Ibrahim lagi batu ini menjadi rebutan untuk dikucup sehinggalah sekarang. Sebab itulah batu itu bertukar dari kilau menjadi hitam disebabkan pengampunan dosa-dosa manusia yang mengucupnya. Kalau dilihat cara mereka berebut untuk mengucup hajar aswat ini, memang dengan sendirinya boleh melunturkan semangat kita untuk cuba mengucupnya. Ustaz kata pun jangan paksa kalau tak boleh, cukup sekadar melambai dari jauh. Walau bagaimanapun itu azam aku untuk cuba mengucupnya. Hari pertama aku di Mekah aku mendekatinya menjelang waktu asar seperti yang disarankan oleh seorang rakan, aku cuba memasiku barisan tapi tak sampai hajat. Mungkin disebabkan aku sampai agak sedikit lewat, walau bagaimanapun masih berkesempatan solat di belakang imam di multazam. Hari berikutnya ketika jam 3.00 pagi aku mencuba nasib. Kali ini aku bermula di rukun yamani. Aku rapatkan badan pada Kaabah dan bergerak ke depan dengan memegang tali kelambu Kaabah. Pergerakan ku secara tak langsung ditolak dengan sendirinya dari belakang. Aku hanya mengikut harus sambil berzikir, tidak 10 minit aku dah berada tidak sampai 2 kaki dari hajar aswat. Masa ini cubaan cukup hebat, himpitan depan dan belakang cukup hebat. Sebenarnya sejak 3 hari sebelum itu aku mengalami sakit belakang disebabkan silap mengangkat kurma semasa melawat ladang kurma. Biasanya hanya Tuan Hj Ghalip sahaja yang boleh mengurut sakit belakang aku ni, tukang urut lain setakat ini masih tak serasi. Semasa berhimpit itu aku berdoa agar himpitan ini akan mengurangkan sakit belakang aku. Lebih kurang 1 minit lamanya tangan aku hanya boleh mencapai hajar aswat, tapi tak boleh mengucupnya. Aku hanya diam dan mengharap mereka-mereka menolak ku kedepan. Mulut tak berhenti menyebut Allah. Tiba-tiba saja muka ku berada dalam mangkuk hajar aswat. Alhamdullilah walau hanya sedetik aku dapat juga mengucupnya. Keesokannya dengan kuasa Tuhan, sakit belakangku pulih sepenuhnya, walaupun tak tahu sebenarnya ianya baik sebab himpitan ataupun sapuan minyak oleh mem. Tapi apapun ianya kehendak Allah. Keesokan harinya aku sengaja solat asar di bahagian atas, tujuan adalah untuk mengetahui masa paling sesuai untuk berbaris mengucup hajaraswat. Sebenarnya setiap waktu asar imam akan berada di makan Nabi Ibrahim, oleh itu pegawai yang bertugas akan meleraikan perempuh-perempuh untuk mengucup. Yang tinggal hanyalah kepada yang berbaris. Seperti yang dirancang keesokan harinya 45 minit sebelum masuk waktu asar aku dah sampai di dataran Kaabah. Aku terus mencari barisan, masa tu kedudukan ku dalam barisan yang telah melengkung kira-kira 60 kaki dari hajaraswat. Pegawai bertugas masih belum meleraikan perempuh-perempuh tersebut. Kira-kira 10 minit sebelum azan, petugas mula meleraikan perempuh dan-menghalau keluar dari kawasan itu. Selepas itu hanya yang beratur dapat mengucup. Alhamdullilah kali ini aku dapat mengucup sepuashati dan terus masuk ke saf tak jauh dari imam. Hari berikutnya aku menggunakan kaedah yang sama, dan aku berjaya lagi dan begitulah seterusnya. Oleh itu kepada sesiapa yang akan ke sini dan berajat untuk mengucup hajar aswat gunakanlah kaedah ini. Insyaallahakan berjaya, tapi apa pun bergantung kepada keizinan Nya. Malah apabila berjaya menyucup nya, kemungkinan kita bersolat asar berdekatan Kaabah adalah cukup besar. Ini memudahkan kita terus ke Hijir Ismail sesudah solat asar. Pada masa ini Hijir Ismail masih ditutup, ianya dibuka sebaik sahaja solat jenazah bermua. Oleh itu apabila kita sudah berda di depan hijir, sebaik sahaja habis solat jenazah kita akan berada di Hijir Ismail. Sesungguhnya solat 2 rakaat di Hijir Ismail adalah sama seperti solat di dalam Kaabah.
Beginilah keadaan manusia di setiap lorong apabila selesai solat 5 waktu
bersambung........
7 comments:
thanks for sharing. Ralit membacanya. Ternampak-nampak lorong dan baru. Bercambah rindu saya nak ke sana.
Satu panduan yang baik untuk kaum lelaki mengucup hajar aswat . Dulu saya bawak anak kecik senang juga diberi ruang untuk mengucup tapi kena pergi bukan time peak, lepas buat umrah lepas subuh.
Nampaknya Mekah tak pernah sunyi dari lautan manusia tak kira bila.
cikmilah, semua orang akan rindu nak ke sana
silversarina, itula keistimewaan kota itu, tak pernah sunyi 24 jam
Salam Kamato,
Alhamdulillah. Semoga semangat solat berjemaah di Masjid ini, dapat kita kekalkan walau di mana kita berada. InsyaAllah.
Satu panduan yang praktikal di ikuti untuk tujuan mengucup Hajar Aswad itu...
Salam Bro K
alhamdulillah kerana mendapat kesempatan untuk ke sana lagi ...
walaupun bukan musim haji , kota mekah tak pernah sunyi ...
pak zabs, terdetik juga kalaulah kat negara kita pun orang berduyun2 gitu pergi masjid setiap waktu kan bagus
pb, alhamdullilah...memang kota mekah tak pernah sunyi, malah bilangan pengunjung pada bulan ni dah macam musin haji
Salam. Tq 4 info. Bagi sy ni yg x pnh smpai, blm nmpak citer d cni tp bg meka yg dh pnh smpai sronok dgn plbagai prubahan n nk pegi lg. Tlg doakn sy supaya sy akn ke sana.
Post a Comment