Sunday, May 17, 2009

Mamak

Aku menghadiri satu bengkel yang memaksa untuk bermalam 2 malam di salah satu hotel di tengah Bandar Melaka. Setiap malam selepas jam 11 malam, apabila kerja dah selesai aku bersama beberapa rakan akan bersantai pekena teh tarik di kedai mamak tak jauh dari hotel. Malam kedua kami berenam di kedai tersebut. Kami memilih untuk duduk di kawasan tak berbumbung. Berbagai topik di bincangkan Tapi topi paling menyeronokan pasal mamak. Kawan aku kata kalau masuk kedai mamak di Cyberjaya jangan mintak yang pelik-pelik. Sehinggakan mintak pinggan kosong pun pekerja tu tak tau nak bagi, sebab dalam menu yang tauke dia ajar tak ada menu pinggan kosong.

Nak dijadikan cerita malam tu tengah kami minum tetiba ada burung melepas dan jatuh atas meja (ada juga burung tak tidur malam). Kami panggil pekerja dan mintak lap meja. Selepas 5 minit tak datang jugak. Selepas tu kami panggil sekali lagi pekerja restaurant tu dan mintak lap meja tu. Hasilnya sama juga, tak jugak dibuatnya. Akhirnya kami panggil bos dia, barulah menggagau bos dia lap dan ganti air lain. Kesimpulannya mungkin pekerja mamak tu ingat lap meja tu sebagai menu untuk dipesan atau pun tauke dia ajarlap meja dengan istilah lain.

8 comments:

Anonymous said...

Salam Kamato,
Mungkin juga dia nak ngelak buat kerja. Buat2 tak fahamlah.
Kalau dia prihatin, dia tentu boleh refer dengan bos diakan?

silversarina said...

Salam,

Memang betul tu, saya pernah didatangi pekerja kedai mamak ambik order sampai 4 kali, suami saya kata kalau datang sekali lagi ambik order nak je bagi penumbuk kat mukanya ...hihi.

Masy said...

manual utk pekerja2 dia tu x lengkap kot hehehehehe

Mulan said...

maakkkk aaiii.. sambung makan situ ka..?

Sri Diah said...

Salam Tuan Kamato;
Teruja saya membaca catatan ke Tanah Suci. InsyaAllah saya dan suami akan menuruti jejak tuan ke sana.

p/s di Sydney hari tu makan masakan melayu di Kasturi Restauran dekat Chinatown.

Izariza said...

En Kamato,

Errr masa mintak 'order' tu tak buat gaya ngan tangan sekali ke .. body language normally helps .. hehehe

Ajzie said...

hihihi.. lepas makan baru dia akan lap meja tuh En Kamato..

Itu yg diajar tuh yg diikut nya..Jujur betul tuh? Boleh dikata kan jujur ker tuh.. kihkihkih

KAMATO said...

Pak zab, mungkin juga....

silversarina, itu mamak, walau pun banyak kerenah, pelanggan berbagai bangsa tetap ramai

masy, kalau bagi manual pun dia orang bukan boleh baca he he

mulan, sambung minum sambil bincang...

sri diah, kasturi restoran memanglah restorant di sydney, tapi tak sehebat malaya restorant, cuma harganya yang agak mahal.

izariza, tak mau pakai basa isyarat sebab saja nak tenguk di paham ke tidak

ajzie, itu namanya jujur tak bertempat