Wednesday, May 13, 2009

Cerita wali

Solan yang sering di kemukakan apabila kita kembali dari tanah suci adalah; Apakah benda-benda pelik yang dijumpa di sana? Cerita-cerita mengenai pengalaman di Mekah dan Madinah memang banyak, malah kita boleh dapat banyak buku-buku ynag menceritakan peristiwa-peristiwa tanah suci ini. Dan kadang-kadang cerita-cerita ini seakan-akan sama. Sebenarnya apabila kita berada di tanah haram, segalanya berbeza dengan tanah halal. Di tanah haram baru sahaja niat tak baik pembalasan akan datang segera. Begitu juga sebaliknya andai kata kita memohon perkara yang baik dengan iklas, insyaallah kita akan dapat. Oleh itu ianya akan menjadikan kita sentiasa ingat akan setiap perbuatan kita dan juga akan kebesaran Nya. Maka tidak hairan la andaikata kita merasa perkara-perkara yang agak ganjil. Semua kejadian adalah untuk pengajaran dan untuk mengingatkan akan kebesaran Nya. Ramai yang mengatakan di tanah suci semuanya di bayar cash, mungkin ada kebetulannya. Sebagai contoh, mem hanya menyebut “selipar ni kita tinggal ja di sini, tak payahlah bawak balik Malaysia”. Ungkapan itu di keluarkan sebelum melangkah ke masjid. Ternyata apabila keluar dari masjid selipar tu hilang, sedangkan ianya diletak di dalam karung yang agak ganjil dan di tempatkan di rak kasut yang ditetapkan. Dari segi logic nya tak mungkin orang tersilap ambil sebab karung kasut tu di bawak dari Malaysia dan tidak menyerupai dengan yang lain. Tapi kesemua perkara ada hikmahnya.

Saya bersetuju dengan kenyataan Prof Kamil berkenaan sesiapa pun boleh jadi wali di tanah suci. Di Tanah suci semua orang ingin melakukan kebaikan. Sebagai contoh kita sedang duduk dalam saf menunggu untuk waktu solat, tiba-tiba kita rasa dahaga tapi sayang untuk bangun untuk meninggalkan saf. Tetapi tiba-tiba datang seorang hamba Allah menghulurkan kita segelas air zam-zam. Mungkin kita akan segera menganggap hamba Allah itu wali atau malaikat. Mungkin juga hamba Allah tu manusia biasa yang nampak kita keletihan lalu menghulur segelas air, atau memang betul wali, Allahualam.Sebagai contoh lagi kita berada hampir dengan Hijir Ismail, tetiba kita ternampak seorang tua berbongkok berdiri memegang tembok dengan pandangan sayu ke arah Hijir Ismail. Mungkin dia berniat untuk masuk tapi dengan keadaan jemaah-jemaah yang berebut begitu mungkin dia tak mampu untuk masuk. Dengan niat ikhlas sambil memohon kepada Allah kita pimpin tangan orang tua itu untuk masuk Hijir, dan dengan pertolongan Nya laluan dipermudahkan malah tetiba ada ruang kosong disediakan untuk orang tua itu solat sunat. Agaknya apabila dia balik ke kampong halamannya, orang tua itu akan kata ada wali bantu dia untuk masuk ke dalam Hijir Ismail.

Semuanya bergantung atas niat kita, kalau niat kita ikhlas untuk membantu orang lain, kita akan diketemukan perkara-perkara yang mendorong untuk kita membantu. Misalnya ramai jemaah cuba untuk solat sunat sehampir mungkin dengan Kaabah terutama di kawasan multazam, kadang-kadang mereka ini solat di celah-celah orang bertawaf. Adalah baik nya jika kita boleh membantu dengan membenteng untuk mengawal jemaah yang sedang bersolat ini dari di rempuh jemaah yang sedang bertawaf. Dan sudah tentu peristiwa sebegini akan menjadi ingatan kepadanya kerana dia di kawal oleh seseorang semasa bersolat dan sebaik selesai solat orang itu pun berlalu. Ini lah maksud kita pun boleh dianggap wali bila di tanah suci. Apapun segala tindakan kita untuk kebaikan adalah atas kehendakNya dan dalam masa yang sama mungkin ada yang memohon perlindungan dan bantuan dari Nya. Sebab itu kita sering mendengar cerita-cerita dari Mekah yang mengatakan mereka di bantu oleh seseorang dan kemudian orang itu menghilang. Mungkin betul yang membantu itu wali, atau mungkin hanyala manusia biasa yang di beri petunjuk untuk membantu, Allahualam.

9 comments:

pB said...

naper x bls sms ??

KAMATO said...

pB, dah reply dah...sorry lewat sikit balas

silversarina said...

Rasanya setiap insan yang ke sana ada kisah tersendiri , samada yang manis mau pun yang pahit, segalanya diberi cash oleh Allah, itu saya amat setuju.Ada setengah orang sampai takut nak ke sana takut ditimpa sesuatu yang tak baik akibat dari sifat jahatnya masa di tanahair, tapi dia lupa yang Allah Maha Penerima Taubat dan Maha Penyayang.

PG said...

Salam Saudara Komato..
Semoga dirahmati Allah..
Sesungguhnya semua itu Rahmat Allah..

asuhara sue said...

membaca buku Prof. Kamil buat hati meronta2 nak ke sana juga...

bro. doakan saya ya! hajat nak membawa emak skali tahun hadapan.

Mulan said...

alhamdulillah.. moga impian ku terlaksana jua. tapi dah pi umrah masa belasan tahun dulu, kena buat haji pulak ke? hati meronta ingin ke sana..

Mak Su said...

kamato,

topik sama plaks, wali :)

KAMATO said...

silversarina, semua kejadian itu walau dibayar cash ianya ada hikmat disebaliknya

PG, amin

KAMATO said...

asuhara, insyaallah sampai tu nanti

mulan, hj tu sebaiknya

naksu, sama tak serupa