Thursday, April 30, 2009

Madinah

Memandangkan ramai yang email meminta untuk aku mencoretkan cerita-cerita di Tanah Suci, maka akan aku cuba setakat yang mampu. Bukannya tulisan ini untuk berbangga, jauh sekali menunjuk-nunjuk tetapi hanyalah sekadar coretan yang mungkin boleh di gunakan oleh rakan-rakan yang akan berkunjung ke sana. Walau bagaimana pengalaman di Tanah Suci adalah terlalu peribadi. Ada sebahagian kisah boleh diceritakan dan ada sebahagian tetap menjadi rahsia peribadi.

Tanggal 16 April, aku terdorong sekali lagi untuk berangkat ke tanah suci. dengan menggunakan penerbangan Saudi Air yang bertolak jam 3.00 petang. Begitu ramai sekali jemaah di airport pada petang itu. Masing-masing datang dari berbagai agensi. Beg-beg sandang yang mereka bawa menandakan mereka datang dari berbagai agensi. Aku dan isteri menggunakan khidmat agensi di bawah pengurusan Dato Daud Che Ngah. Sebelum berangkat urusetia agensi telah meminta membawa dokumen rooming untuk semua ahli rombongan. Kenapa aku yang dipilih pun tak tau. Masa ni kami pun tak mengenali lagi semua ahli rombongan.

Sebenarnya perasaan begitu berbeza semasa dalam penerbangan, berbanding penerbangan ke negara-negara lain. Mungkin suasana penumpang memainkan peranan. Hampir keseluruhan penumpang pesawat itu dengn niat yang satu, menjadi tetamu Allah. Walaupun ini bukan kali pertama aku ke Tanah Suci, tapi perasaan tak sabar untuk ke sana begitu meluap. Mungkin perasaan begini turut dirasai oleh semua jemaah.

Di Imigresen Jedah
Sabar, sabar, sabar, itu lah ungkapan yang mampu terkeluar dengan kerenah imigresen di Jedah. Purata untuk mengesahkan dokumen perjalanan adalah 5 minit untuk seorang. Hampir 2 jam setengah tersadai di emigresen Jedah. Kebetulan pulak Hj Mohamad Fatami menunggu aku kat luar. Beliau merupakan anak tempatan, hafiz di Masjidilharam dan telah 3 kali dianugerahkan memasuki Kaabah. Sebenarnya aku membawa pesanan seseorang untuk disampaikan kepada Hj Mohamad ni. Nilainya juga agak besar, lega bila dapat sampaikan.

Perjalanan dari Jedah ke kota Madinah menggunakan bas sejauh 400 km. Berhenti di tengah perjalanan bagi solat dan makan malam. Makan di restaurant Yamman. Hidangannya cukup ringkas tapi sedap. Nasi mandi dalam talam kecil, lauk 3 ekor ikan goreng, tomato dan cili. Set ni dimakan untuk 5 orang. Tak habis pun, kalau Pak Arab agaknya 3 orang pun tak cukup. Hampir waktu subuh baru kami memasuki kota Madinah. Hari pertama di kota ini tumpuan aktiviti hanya di Masjid Nabawi, ziarah makam Rasul dan para sahabat. Alhamdullilah dipermudahkan beberapa kali solat di Raudah. Sukar digambarkan melalui perkataan bila dapat bertasjud dan bertasbih di dalam masjid asal Rasulullah. Banyak boleh diceritakan tentang Masjid Agung ini, insyaallah lain kali.

Masjid Nabawi

Antara tempat-tempat yang dilawati di Kota Madinah adalah seperti berikut;

Masjid kubah - masjid pertama dibina oleh rasulullah di Madinah Munawwarah. Ketika Nabi s.a.w. dalam perjalanan hijrahnya dari Mekah ke madinah, beliau berhenti di rumah Kaltsum ibn al Hidam iaitu dari Bani Amru ibn Auf. Nabi saw mengikat untanya di sini dan mula membangunkan masjid ini bersama para sahabat. Nabi juga bersabda sesiapa yang sembahyang 2 rekaat di masjid ini pahalanya sama dengan pahala umrah. Banyak kisah sahabat di masjid ini termasuklah cerita Abu Lubabah yang mengkianati Rasul dalam membuat perjanjian dengan Yahudi di Bani Quraidhah, dan apabila beliau sedar beliau telah tersedar telah bersumpah tidak akan melakukan apa-apa sehingga ajal atau Allah menerima taubatnya. aBeliau telah mengikat dirinya di tiang masjid ini semala 9 hari sehingga beliau pengsan.

Masjid Qiblatain - masjid yang mempunyai dua kiblat, disinilah Rasullulah mendapat wahyu kiblat ditukar ke arah masjidilharam semasa sedang mengimamkan solat Zohor. Perintah tukar arah kiblat ini disebut dalam surah Al-Bakarah ayat 144. Ianya terletak di di lembah Aqiq di Jln Khalid ibn Walid.

Mujamma’ Malik Fahd (Percetakan Mushaf al-Quran) – Mujamma ini di bawah pengurusan Kementerian Urusan Islam, wakaf dan Dakwah. Setiap tahun hasil terbitannya mencapai 10 juta naskah. Akan di edarkan samada dalam atau luar negeri sebagai hadiah dari Raja Fahd. Setiap pelawat yang melawat tempat ini akan dihadiahkan senaskah Al-Quran. Walaubagaimanapun wanita tidak dibenarkan melawat tempat ini. Hanya Al-Quran dari tempat ini sahaja yang boleh di bawa masuk ke Masjid Nabawi dan Masjidilharam.

Perigi Salman al farisi, bersebelahan perigi ini terdapat bekas ladang kurma dimana disinilah kali pertama kurma di tanam di mana sebanyak 360 batang telah di tanam di sini termasuklah yang ditanam oleh Syadina abu Bakar.

Masjid 7 atau masjid al-fath. Nama al-Fath di gunakan untuk rangkaian masjid-masjid di Gunung Sai iaitu masjid al-Fath, Masjid Salman al-Farisi, Masjid Ali, Masjid Umar, Masjid Saad dan Masjid Abu Bakar. Tahun 1424H, sekitar kawasan ini dibangunkan masjid besar iaitu masjid Khahdaq yang merangkumi beberapa bahagian Masjid al-Fath.

Wadi mubaroq - air tak pernah kering sepanjang tahun - tempat pertemuan rasul dengan sahabat selepas perang tabuk.

Masjid al-Fash, Disinilah terjadinya dimana tikar masjid yang dibuat dari daun kurma telah dibakar dan disapu pada badan Rasulullah bagi mengubati luka. Ianya terletak hampir dengan Jabal Uhud. Bangunan asalnya telah dihancurkan dan hanya tinggal beberapa bahagian dari dinding bahagian timur, barat dan selatan sahaja. Mihrad mujawwaf masjid ini masih kelihatan. Dari masjid ini akan Nampak gua Uhud iaitu tempat persembunyian Rasullah. Syadina Ali yang bertanggung jawab membawa Rasulullah ke gua ini. Di situ masih terdapat tempat duduk Rasulullah, Ali, Abu Bakar dan Omar

Kesan Masjid al-Fash


Di sinilah Rasullulah sujud sukur, yang peliknya kawasan ni begitu harum. Bila ditanya pada ustaz Anuar kenapa wangi, dia cuma senyum.


Kesan Tapak Kaki Rasullullah


.......bersambung

9 comments:

PINATBATE said...

owhh..sekarang org perempuan tak boleh masuk Mujamma’ Malik Fahd ker?
kenapa yer..
Alhamdulillah saya berpeluang masuk bersama rombongan (hampir separuh perempuan)..tapi dah lama ..tahun 1995..Quran yg saya dapat di sana masih digunakan sampai hari ini..syukur

silversarina said...

Alhamdulillah , syukur dapat juga terubat rindu pada Kota Madinah dengan n3 ini . Thanks for sharing.

Anonymous said...

Salam Kamato,
Alhamdulillah. Harap dapat baca sambungannya lagi.
Andalusia kan nama syarikat tu?

zino said...

salam kamato
semuga sampai kesana satu hari nanti..

chinta said...

salam,
harap dipanjangkan umur untuk sampai ke tanah suci Mekah.

dEeWaN said...

Salam. Hujung bln ni kwn ofis sy kn buat umrah gak. Sy nk suwo dia snggh kt pcetakan mushaf ni....Suami dia blh msk, nk tau nape wnita x dbnrkn msk. Smgat nyer bila dpt baca citer dr kamato ni....tak sbr rsanya nk pegi. Moga ada citer lagi ya.....

Masy said...

sambung sambung

kuIna said...

doakan moga sy akan sampai kesana suatu hari nanti..

KAMATO said...

pinatbate, tak taula sebab apa wanita sekarang tak dibenarkan masuk, mungkin mereka kuatir ada yang tak boleh sembahyang

silversarina, hanya sekadar barkongsi, tak pernah puas melawat tempat ni

Pak Zabs, betul la tu.......

zino, insyaallah, kalau kita TT kat sana lagi best.....

chinta, insyallah sampai nanti

deewan, dengar cerita tak sama dengan merasainya

masy, kalau rajin tulis ada lagi kot....

kulna, insyaallah sampai satu hari nanti