Sunday, July 06, 2008

Minum Petang

Petang Sabtu iaitu minggu terakhir kami di Bremen ini, kami telah berhasil mengumpulkan semua pelajar di Bremen ini di kediaman kami untuk minum petang. Sekitar 20 orang kesemuanya. Alhamdulillah semuanya dapat berkumpul. Mereka-mereka ni macam pangkat adik atau pun anak-anak.
Menu minum petang ini agak simple iaitu roti canai, kari ikan tenggiri, meehon sup dan bubur kacang sahaja. Sebanyak 5 kilo tepung telah diuli dan menghasilkan 61 keping roti canai. Kami mula menyediakan menu ini mula jam 3 petang dan siap kesemuanya jam 6 petang dengan menggunakan 5 dapur serentak. Alhamdullilah semua siap sebelum tetamu sampai. Tepat jam 7 ptg mereka sampai dan dan bersurai sebelum magrib iaitu jam 9.30 malam. Seronok tenguk dia orang makan. Sekurang-kurangnya penat menyediakan makanan berbaloi. Moga mereka-mereka ini akan success dalam pelajaran masing-masing.

Sedia untuk di tebar
Sebahagian yang hadir

14 comments:

CikguZue said...

bila boleh rasa roti canai kat sana yea...hehehe...
makan2 sempena apa ni,yea...apepun memang sedap makan ramai2 kan.

zino said...

mesti menjadi kenangan manis buat tetamu...

kakau TT kamato sediakan roti canai best jugak ni hehe

tumismenumis said...

Huhu.. ini dah boleh jadi pembuat roti canai yg profesional dah ni

KAMATO said...

cikguzue, bila nak datang?

zino, kalau TT kat sini no hal ...boleh kita buat roti canai

mazudi, hehe tebar suka2 je...

ZABS said...

Salam Kamato,
Bertuah adik2 tu dapat abang2 yang prihatin, walaupun dalam jangka masa yang singkat saja.
Semoga selamat berangakat pulang.

asuhara sue said...

wah bestnya menjadi adik2 di sana!
semoga dimurahkan rezeki mu bro!

KAMATO said...

zabs, saja jumpa dia orng sebelum balik

asuhara, mudah-mudahan

Unknown said...

roti canai session lagi, terbaek! nak balik dah ke bang?

Mak Su said...

kari ikan tenggiri? nak cikit

MySkills said...

Wow... hebat. Roti canai tu simpan dalam balang, letak atas siling hotel, catat no bilik. Nanti kalau ada member2 pergi boleh ambil.. perhangat sikit, bolehlah makan heheh.

Blog ni pun bagus....Web aku sampai sekarang tak siap (dah dua kali sambung bayar hosting)

Bye/iffli

PINATBATE said...

Selamat kembali ke tanah air ..

Tokyo BLUE said...

saya tahu tebar!! yey! nk tunjuk skillx nih!

kuIna said...

huhuhu roti canai lg... leh pos ke email sy?

arsaili said...

salam..bila balik....have a safe journey home ye