Thursday, May 08, 2008

Pendidikan di Jerman

Mengapa belajar di Jerman? Pertanyaan ini cukup sukar dijawab. Ada bermacam-macam alasan mengapa Jerman dipilih sebagai negara tujuan menyambung pelajaran. Kualiti pendidikan di Jerman, Jerman sebagai pusat teknologi dan sains di Eropah, pengalaman di peringkat internasional, dan bahasa Jerman itu sendiri adalah alasan-alasan utama mengapa mahasiswa asing datang ke Jerman untuk belajar. Kos pembeljaran yang murah juga merupakan salah satu sebab mahasiswa memilih Jerman untuk menyambung pelajaran. Kerajaan dan dan masyarakat Jerman mengamalkan sistem sosial demokrat yang menjamin semua warganya layak untuk mendapatkan pendidikan. Pendidikan merupakan hak setiap warganya, sehingga kerajaan Jerman menanggung hampir seluruh pembiayaan untuk pembelajaran. Pendidikan dari sekolah rendah sehingga ke program kedoktoran di berikan percuma bagi rakyat nya.

Sistem pendidikan di Jerman agak berbeza jika di bandingkan dengan Malaysia atau negara-negara lain seperti USA, UK dan Australia. Di Jerman terdapat 3 katagori universiti:

  • Univerität dan Technische Universiät (TU). Sistem pendidikan di universität ini lebih berorientasi pada teori dan research. Peratus untuk pengajaran teori mencapai 80%-90% dari kurikulum pembelajarannya.
  • Fachhochschule (FH) dalam Bahasa Inggris dikenal dengan University of Applied Science. Di universiti ini kandungan kurikulum antara teori dengan amali adalah seimbang. Peratus perbandingan antara teori dengan amali sekitar 60% teori dan 40% amali termasuklah latihan internship di industry.
  • Berufsakademie (BA) dalam Bahasa Inggris di kenal dengan University of Cooperative Education. Universiti ini merupakan bentuk kerja sama antara university dengan industry. 60% daripada kandungan latihannya adalah latihan di industri.

Insyaallah satu masa nanti akan ujud Universiti Kemahiran Malaysia di negara kita yang menggunakan konsep yang diamalkan dinegara Jerman ini di mana amali merupakan teras utama kurikulum pembelajarannya.

Beberapa orang anak melayu mencuba nasib di bumi Jerman ini

Artikel di salah sebuah universiti di Jerman

24 comments:

zino said...

bergulung lidah nak sebut nama universiti tu.. belajar nya dalam bahasa apa ya? tapi jerman dengan bahasa jawa lebih kurang je kot hehe

Public opinion said...

Sesetengah negeri di Jerman mengenakan yuran pengajian yang minima manakala di sesetengah negeri yang lain menyediakan pendidikan percuma. Cabaran yang bakal dihadapi oleh pelajar ialah kos sara hidup di antara 500 Euro hingga 750 Euro sebulan. Satu lagi cabaran ialah asas bahasa Jerman. Namun visa pelajar membenarkan pelajar bekerja selama 3 bulan dalam setahun. Saya rasa lebih ramai pelajar Malaysia boleh mendapat pelajaran di IPT Jerman sekiranya mereka didedahkan tentang bagaimana caranya untuk berbuat demikian seawal mungkin. Sekarang ini tidak ramai pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran dengan belanja sendiri.

muadzlife said...

mmg seronok di Jerman. Walau hny sekejap sy disana..tp benar2 mendapat manafaat, belajar tentang kehidupan yang lebih civilised...hiks...makan pun x susah sgt..

heheheh harap2 ofc sana jemput lg lah saya...

anyway, many things that we learned bila berada dirantau org, sistem pendidikan yg secara lansung mempengaruhi pembawaan akhlak an cr pemikiran kita.

Anonymous said...

Salam Kamato,
Terima kasih kerana penjelasan ni. Ada juga tertanya2 di dalam hati kenapa sampai ke Jerman. Kini sudah pun terjawab. Alhamdulillah.
Semoga beroleh kejayaan yang di sitakan.

KAMATO said...

zino, first degree bahasa jerman, tapi master ke atas boleh bahasa Inggeris

public opinion, memang diakui kos sara hidup agak tinggi di sini, terutama untuk sewa rumah, kualiti pembelajaran memang tak boleh di pertikai, cuma bahasa yg menjadikan kurang student kita ke sini

muadzlife, ok.....di sini, macam jugak negara europe yg lain, makan tak jadi hal, bahasa yg agak sukar

zabs, terima kasih doa itu

CikguZue said...

Di europe ini, kebanyakan pendidikannye turut menitikberatkan amali/presentation, dr sekolah rendah hinggalah yg lbh tinggi. Berbeza dgn M'sia, lebih berorientasikan peperiksaan dan sistem penghafalan...
Sesuatu perlu dilakukan dlm sistem pendidikan kita.

KAMATO said...

cikguzue, setuju..... sampai masa sistem kita patut diubah, pemahaman yg penting bukanya hafal

Mak Su said...

ada gaks beberapa org yg tertarik nak hantar anak mrk ke jerman kerana percuma

zlaa said...

Kamato, mana best? Jerman atau UK? Ceritalah sikit. Kot-kot lepas ni boleh study kat sana pulak. Sedar-sedar dah pencen......

KAMATO said...

mak su, memang yuran banyak universiti yg percuma, kos sara hidup tetap kena pikir, agak tinggi compare UK, dan yang agak sukar bahasa

zlaa, cukup la tu phd kat uk, tak payah pikir sini lagi, saya pun entah mimpi apa terpaksa dtg sini. dari segi sistem kalau copare dgn UK memang berbeza. Sini tak guna credit hour, tapi memang praktikal. Sebahagian besar profesor adalah dari industri, so dia orang bukan cuma boleh cakap teori sahaja tapi memang betul2 compitent dari segi praktikal.

KAMATO said...

zlaa, satu lagi mungkin tak ada beza sangat program phd german dan uk, pengalaman saya di uk hanya setakat first degree sahaja. Tapi untuk program phd jika dibanding cara penyeliaan diantara supervisor universiti dalam negeri dan universiti di german memang agak berbeza.

Unknown said...

saya tak tahu bila bang agaknya rezeki saya dapat belajar luar negeri.. angka dah meningkat.. degree pun takde lagi.. macam mana nak pegi luar negerii..

apa pun bang selamat berjaya dibumi jerman.. dan terima kasih kunjungan ke getahbeku..

KAMATO said...

penoreh getah,
Kalau ada kemahuan, semua boleh diusaha, umur bukan penghalang untuk terus belajar

rudy bluehikari said...

slm perkenalan hajimemashite.

entah kapan sy boleh jejak kaki di german. Saya belajar undang2 khusus japanese law di fukushima. ironinya, undang2 jepun banyak diadaptasi dr undang2 german.

khairyn said...

salam kamato

Sebenarnya suka juga sistem pembelajaran di Germany tapi biasalah masalah biasa. Dan sekarang masih terkial-kial belajar bahasa German basic haha.

Hanya pernah menjejakkan kaki ke Munich saja. Entah bila akan ke sana lagi.

Public opinion said...

Mungkin kita boleh mencetus minda pelajar dan mereka yang telah bekerja supaya lebih ramai dapat ke Jerman. Teknik mencari dan mewujudkan funding amat penting.

PrinCeSs NuR said...

hurm..i wish i have a chance to step on Turki's world to see how it is with my own eyes. huhu~

not forget, german too. :))
i met one family from german last time, thy cme to uk.
the kids speak germany!

silversarina said...

Germany memang satu negara yang amat mementingkan pendidikan , bagus kalau Malaysia akan menggunapakai sistem yang lebih kepada kemahiran kerana ianya lebih praktikal menuju negara maju dan negara perindustrian.

KAMATO said...

rudy, memang jepun membangun meniru kemajuan asal dari barat sehingga lah sekarang mereka lebih hebat dari barat

khairyn, tak ramai student malaysia disini, faktor bahasa lah punca utama

princess nurr, so many turkis in Germany, easily we can find turkey mosque in every town in Germany

public, itu lah sewajarnya...langkah2 sewajarnya perlu didedahkan untuk lebih ramai student ke sini

siversarina, pelancaran blue print kemahiran oleh PM baru2 ini antaranya akan merealisasikan universiti kemahiran di negara kita

saya ialah kamu said...

university ape yg bagos kat sana ye? dah lame nak blajar kat jerman. SPM dpt banyak2 A pon tak dapat jgak pergi. ni tengah cuba pergi sndiri. please guide or help anything you can. TQ.

AjelinAjeman said...

Assalam..mohon bantuan ada kenal student atau rkyt malaysia di german.. klu ada mohon bantuan contact no. InsyaAllah saya akn ke dhbw loerrach.. klu ada harp bleh contact saya di nurazlinaazeman@gmail.com

AjelinAjeman said...

Assalam..mohon bantuan ada kenal student atau rkyt malaysia di german.. klu ada mohon bantuan contact no. InsyaAllah saya akn ke dhbw loerrach.. klu ada harp bleh contact saya di nurazlinaazeman@gmail.com

ELLA HARUN said...

Prnh apply dpt blaja kat universitat teknikal dresden.bli tket lps tp kos hoste.. Mak datok mh.. Tpkse taha.. Lbh kpd kemahira..

Unknown said...

Saya berminat Insyaallah saya akan usaha menyambung ke Jerman. Degree saya di hull uk interior design. Setuju uk mmg based on praktikal / presentation. Lepas keje 10 thn Sy belajar food kt Perth dan tinggal di sana 5 thn bersama suami dan anak2. Segala pahit manis mmg saya akui itu lah yg mengejar erti kehidupan. Alhamdulillah semua saya dari degree ke Australia tanggung sendiri.