Friday, May 23, 2008

Basikal

Basikal sudah menjadi pengangkutan utama di German, malah juga di negara-negara lain di Eropah ini. Lebih-lebih lagi cuaca panas pada masa ini. Biasanya penunggang basikal ini akan mendapat keistimewaan kerana pemandu-pemandu lain akan memberi laluan penunggang basikal ini dahulu sebelum memasuki sesuatu simpang. Lorong khas berwarna merah disediakan tetap untuk penunggang basikal di semua jalan raya. Penunggang basikal ini terdiri dari segenap lapisan, bermula dari kanak-kanak sekolah sehinggalah kepada eksekutif. Malah ramai professor di universiti pun berbasikal datang ke tempat kerja. Di samping menjimatkan penggunaan petrol, ianya mungkin kaedah terbaik untuk bersenam.
Agaknya bila lah budaya berbasikal ini akan terlaksana di negara kita. Ada seorang staff Mint bertaraf pegawai yang berulang-alik dari Mint Bangi ke rumahnya di Bandar Baru Bangi dengan berbasikal sejauh 4 km setiap hari. Disebabkan tiada lorong khas, biasanya traffic akan panjang di belakang basikal tu. Kadang-kadang menimbulkan kemarahan pengguna jalanraya yang lain. Satu masa dulu warga Putrajaya juga digalakkan juga untuk berbasikal, tapi kempen tu tak berjaya. Mungkin tunggu harga minyak naik baru budaya berbasikal ini dapat dilaksanakan. Ataupun tunggu semua menteri datang kerja naik basikal baru orang lain ikut.
Lorong khas untuk basikal disediakan untuk penunggang basikal di semua tempat
Beginilah keadaan tempat letak basikal

16 comments:

::n a s h i q a h:: said...

Malaysia masih negara membangun, jadi egonya pun masih membangun. Ha ha.

Salam singgah.

zino said...

kamato..
berminat nak tau lebih lanjut.. kalau boleh kamato ambil gambar banyak lagi nanti.. terutama di persimpangan ke.. apa ke..

bagaimana agak nya mereka boleh membudayakan berbasikal.. kalau kat malaysia boleh buat macam tu kan bagus.. org malaysia banyak sungguh alasan kalau nak buat apa apa perubahan..

adakah berbasikal utk beriadah atau di guna juga utk bekerja? hari biasa atau hujung minggu saja.. banyaknya benda nak di tanya..hehe

KAMATO said...

bro zino, boleh tak jadi hal....
Sebelum menggalakkan masyarakat kita berbasikal, agaknya infra yng paling penting. Kat sini semua jalan wajib ada lorong khas basikal. Basikal memang diguna sebagai pengagkutan - untuk pergi kerja la. Tapi satu, kat sini tak berpeluh, Kalau kat msia berpeluh kita. Ada sorang kawan dari Johor dah setahun dia duduk sini, walupun dia ada kad boleh naik tram tapi dia tetap guna basikal - boleh pun, dia kata enjoy naik basikal. Amacam buat paper mintak bos hantar ke sini study sisitem basikal dia...he he

KAMATO said...

nashiqah, terima kasih singgah

Zabs said...

Salam Kamato,
Dulu semasa di NZ, saya dapati ramai juga pekerja yang berbasikal atau berjogging ke tempat kerja. Mareka sungguh pentingkan kesihatan.
Di Malaysia kita rasa pelik bila tengok orang berbasikal (kini dah ramai orang asing (Bangla dan Indon) berbasikal di sekitar KL).
Di Cina pula, berbasikal itu perkara biasa je.

zino said...

kamato..
boleh bagi bahan sikit.. boleh zino buat paper tunjuk DB mana tau hehe..

KAMATO said...

Pak Zabs, Diseluruh eropah ni tak asing langsung berbasikal, lebih2 lagi di belanda

zino, boleh...boleh...nak bahan macamana..he he

CikguZue said...

kat wales ni dah ramai juge yg berbasikal dan bermotor superbike time summer.tapi tak seramai kat gambo tu. dan utk sementara saja.

CikguZue said...

anda ditag. sila2la menjawabnye...hehehe

asuhara said...

yup, saya rasa pun:

1. kena sediakan laluan khas
- sbb di M'sia ramai Micheal Schumacher!bahayaaaaa

2. menteri2 kena naik basikal juga
- kan kepimpinan melalui tauladan

3. opis kena ada bilik mandi
- kena mandi pasal bepeluh sakan nak menyampaikan opis!

p/s: berita dah siarkan cerita minyak naik harga kat negara2 jiran skrg nih...alamat x lama lagi, naik ler minyak... bleh lah start kempen naik basikal!

muadzlife said...

hehehheee..mmg bes kat sana.. dlm epot pun boleh berbasikal ;)

indera kencana said...

Macam mana kalau berbasikal nak ke opis yang tinggi kat atas bukit macam di Jalan Duta atau Bukit Tunku..?? Fuuuhhhh.. boleh tercabut lutut tu..

Saya selalu rasa kagum dengan gambar yang abang ambil. Satu, ada gaya tersendiri. Yang kedua, gambar yang abang ambil pun cantik. Abang guna kamera apa?

esis said...

Wah kagum kagum.. ramai naik basikal.. macam saya kecik2 kat kampung dulu..

arsaili said...

salam..berbasikal di negara suhu nya relatively cam aircon memang best..tapi kalau kat malaysia yg panas humid..alahai...berpeluh sakan la... tapi masih bole di implement, sediakan bathroom kat pejabat2...kalau kat negara barat memang bathroom tu apart of facilities...dan sila la pakai mask, sebab air pollution di Msia bole tahan juga, kang nak dapat kecergasan badan, dapat pula respiratory problems such as asthma, bronchitis, pneumonia etc

zino said...

ambik la gambar banyak sikit.. buat modal hehe kalau ada artikel dia org lagi baik.. jangan cakap german dah le.. hehe

KAMATO said...

Cikguzue, wales memang kurang berbasikal berbanding tempat lain di Europe

Asuhara, setuju, tapi yg nyata kita tak mempunyai infra untuk berbasikal

Muadzlife, berbasikal memang di mana2 di Jerman

Indera, kalau boleh kayuh naik bukit tu memang perut takkan boroi

Esis, kita jalan kaki pun tak boleh lalu lorong basikal, memang kena langgar punya

Arsaili, setuju… tapi sebenarnya memang sukar untuk implement kat Negara kita

Zino, insyaallah saya cuba dapatkan