Tuesday, May 13, 2008

Cruise Waser River

Hari ini 12 May merupakan hari cuti umum bagi seluruh German. Cuti ini sempena sambutan Whit Monday. Di Germany, Whit Monday (German: Pfingstmontag) dikenali sebagai Holy Day of Obligation for Roman Catholics. Banyak juga negara-negara di Eropah menggelarkan Whit Monday ini sebagai "the second day of Pentecost" ataupun "the second Whitsun".
Sempena cuti umum ini kami mengambil kesempatan menaiki cruise menyusur sungai waser. Sebagai pelajar kami mendapat diskaun tambang. Itula keistimewaan pelajar di sini. Bas dan tram memanglah percuma. Banyak panorama indah sepanjang pelayaran yang memakan masa 75 minit itu. Daripada bermula di kawasan Bandar yang banyak mengandungi struktur bangunan berumur beratus tahun, cruise juga menyusur kawasan kampong yang masih menggunakan kincir angin sebagai sumber elektrik dan seterusnya menyusur kawasan pelabuhan dan juga kawasan perindustrian di Bremen ini. Sesungguhnya Waser River masih digunakan sebagai sistem pengangkutan utama industry tempatan di Bremen ini.

Restoran terapung di jeti
Bangunan belakang itu la tempat kediaman kami

Menyusur kawasan pelabuhan

Menyusur kawasan perkampungan

13 comments:

silversarina said...

salam,

Seronoknya dapat naiki cruise melancong di sana... bila baca semua entries kamato tentang Jerman teringin betul nak ke sana, harapnya suatu hari saya dapat berada di bumi Jerman .

KAMATO said...

silversarina, insyallah stu masa tu sampai la sini...

arsaili said...

salam..teringat join river cruise kat "the romantic Rhine river"...bole nampak castle kat atas bukit..Marksburg Castle klu tak silap yg di bina 1200+

CikguZue said...

naik cruise berapa bayarannye gaknye,ye? best la...
harap boleh sampai ke sana satu ketika nanti...

zabs said...

Salam Kamato,
Alangkah baiknya jika bas dan LRT di KL ini percuma. Tentu semua orang akan tinggalkan kereta di rumah dan tidaklah jam di sana sini.

asuhara said...

salam org di Jerman...

have a nice day!

Mak Su said...

apa sejarah whit monday tu?

tokasid said...

Salam Kamato:

Saya sering terpesona dgn negara jerman sejak di bangku sekolah rendah lagi ketika belajar Ilmu Alam.

Dan saya di fahamkan Spring serta Summer di sana amat menarik.

Journal saudara ini membuat hati terlonjak2 ingin berziarah ke sana.InsyaALLAh ada rezeki sampai saya ke sana walau utk seminggu pun jadi lah.

Penoreh Getah said...

aku rasa sg. klang, di sekitar KL pun harus dinaik taraf mcm ni.. mampu menambah baik pembentukan ekonomi negara.. cewahh.. hahaha

muadzlife said...

best nya jalan2...whit monday tu apa??

butaseni said...

wow,best bro.setelah ditukar ke RM brapa?

Sri Diah said...

Salam En Kamato;
Sungguh teruja saya membaca entri2 sepanjang di Jerman ini. Paling terpikat dgn bangunan2 lama melebihi 500 tahun itu dan air membiru di sepanjang laluan cruise. Anak muda dan wanita di sana bagaimana? Semoga terus menulis, saya tetap membacanya. Menanti, bilakah dapat rezeki ke sana. InsyaAllah.

KAMATO said...

Arsaili, memang seronok cruise di rhine river tu… saya juga pernah merasa sekali

Cikguzue, tambang 7 euro sorang

Zabs, setuju…dan mungkin masa tu LRT tak mampu untuk menampung semua penumpang…..

Asuhara, salam kembali

Mak su, whit Monday tu asal nya cuma sambutan hari terakhir isnin pada musim spring

Tokasid, salam kembali….. memang agak mempersona time2 gini

Penoreh getah, bagus cadangan tu… tapi air tu macam the tarik, takt orang nak naik

Muadzlife, sekarang dah jadi perayaan keagamaan katholik…..

Butaseni, tambang 7 euro je, kalau tukar rm memang tak berani nak naik he he..

Sri diah, di Bremen ini antara kawasan di German yang terdapat kawasan bangunan yang dipelihara dan berumur lebih 500 tahun, yang bagusnya semua bangunan masih beroperasi sebagai kedai2