Tuesday, May 27, 2008

Bremerhaven

Bremerhaven adalah satu bandar yang terletak ditepi laut sebelah barat Jerman. Jarak antara Bremerhaven dan Bremen tempat kami tinggal hanyalah kira-kira 60 km sahaja. Telah banyak kali kami berhajat untuk mengujungi bandar ini, tetapi asyik tertangguh. Padahal banyak kawasan-kawasan yang jauh telah kami lawati. Akhirnya baru-baru ini pada hujung minggu kami berkesempatan untuk melawat bandar ini. Ada tiga cara untuk ke sana dari Bandar Bremen ini. Pertama melalui jalan laut iaitu menggunakan cruise dari belakang kediaman kami. Kedua dengan keretapi, yang ini kami semua mempunyai semester tiket yang melayakkan untuk tambang percuma. Ketiga menggunakan jalan darat iaitu bas atau kereta. Kami telah memilih menggunakan jalan darat untuk ke sana. Perjalanan sejauh 60 km itu hanya melalui kawasan ladang di kiri kanan jalan. Kawasan perindustrian memang agak kurang di Bremenrhaven ini, sebab itulah mungkin bandar ini terkenal sebagai bandar yang mempunyai kadar pengangguran tertinggi di Jerman.

Memandangkan kami sampai di situ pada hari minggu, maka bandar tersebut agak lengang kerana semua kedai tutup pada hari Ahad. Bremerhaven tidaklah sebesar mana, tetapinya disebabkan lokasinya di tepi laut menjadikan ianya agak begitu menarik. Di sini jugalah tempat berlabuhnya kapal-kapal samada perlancungan atau perdagangan. Antara tempat tarikan di sini adalah zoo yang menempatkan haiwan-haiwan yang hidup di kutub.
Pelabuhan persinggahan kapal di Bremerhaven
Salah sebuah kapal untuk pelancung
Restoran di jeti
Bangunan hotel yang agak unik, menghadap ke laut, menaranya di buka kepada sesiapa pengujung untuk naik dan melihat seluruh bandar Bramerhaven
Sesat beberapa kali semasa mecari masjid di kawasan itu
Ternyata di Bremenhaven mempunyai masjid yang agak besar, walaupun tak sebesar masjid Fatith di Bremen tetapi sudah cukup menggambarkan kekuatan masayarakat islam di bandar itu

6 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Kagum.

Ada mesjid juga di sana ya? Alhamdulillah.

KAMATO said...

BP, masjid ada dimana2 di setiap bandar di Jerman ini. Di Humburg saja ada 75 masjid - memang kagum

Penoreh Getah said...

masjid mcm pejabat kerajaan.. cantik..

muadzlife said...

lawanya mesjid :)

KAMATO said...

penoreh getah, rekaan dalam masjid itu pun cantik

muadzlife, harap2 pengisiannya pun cantik juga

Public opinion said...

Bremerhaven ialah tempat Von Trapp, watak utama dalam filem the Sound of Music akan dihantar untuk melapor diri sebagai pegawai tentera laut kerahan dalam pasukan Kriegsmarine