Monday, May 19, 2008

Catatan di Kota Berlin

Hujung minggu kami berpeluang untuk megunjungi kota Berlin. Jarak anatara Bremen dan Berlin sekitar 450 km. Kami telah sepakat untuk memandu sendiri. Hampir jam 4.30 petang jumaat baru kami mula bertolak. Kali ni kami berpeluang menggunakan kenderaan Merc A180. Kali terakhir aku memandu sebelah kiri kira-kira 2 tahun yang lepas. Sesekali memandu sebelah kiri memang agak mencabar. Highway pada petang itu agak sibuk, mungkin disebabkan hujung minggu. Walaubagaimanapun sesekali jalan lengang, kederaan yang kami bawak meluncur sehingga 190 km/j. Kami menjangkakan jam 9 malam kami akan sampai, tapi perjalanan kami terganggu di sebabkan berlakunya kemalangan di lebuhraya tersebut. Keadaan traffic begitu teruk sekali. Hampir jam 11 malam baru kami memasuki kota Berlin. Kami terus menuju ke rumah seorang pegawai, yang bertugas di Jerman ini untuk bermalam di rumahnya. Ternyata kawasan kediamannya begitu strategic. Kediamannya betul-betul menghadap dewan teater yang begitu terkenal di sini. Di dewan ini jugalah pernah berlangsungnya festival filem peringkat antarabangsa dan juga red carpert. Bila ku tanya berapa harga sewa rumah, En Lah tu kata 3000 euro sebulan. Ini bermakna lebih kurang RM 15 ribu untuk sewa rumah saja sebulan. Itulah kadar sewa di tengah kota Berlin ini. Hari Sabtu En Tokiren yang berpejabat di pejabat kedutaan Malaysia telah menjemput kami untuk melawat ke seluruh peninggalan sejarah di kota Berlin ini. Ternyata Kota Berlin penuh dengan kesan-kesan peninggalan sejarah yang mampu menarik pelancung untuk datang ke sini. Kawasan sebelah Jerman Timur menyaksikan pembangunan begitu pesat. Banyak bangunan-bangunan menggunakan konsep moden di bina di kawasan itu. Berikut sebahagian foto yang boleh dikongsi bersama.
Salah satu bangunan agak unik (bersegi tajam) yang dibina di kawasan dahulu Berlin TimurFoto dirakam dari tempat penginapan yang menghadap kepada dom teater yang begitu terkenal. Kawasan ini meriah sepanjang malam.
Muzium Berlin pada waktu malam
Gerbang yang dikenali dengan nama Branderburger Tor
Bangunan Parlimen di kota Berlin ini sentiasa sesak dengan pelawat dan pengunjung untuk melihat rekaan dalaman bangunan ini di samping berpeluang menaiki dom bangunan tersebut.
Sungai yang menjadi tarikan pelancung menyediakan khidmat cruise yang belayar menyusuri sungai untuk melihat keindahan Kota Berlin
Garisan Tengah ini lah kesan tembok Berlin yang memisah Jerman Timur dan Jerman Barat satu masa dulu. Disebelah kanan adalah Jerman Barat manakala kiri adalah Jerman Timur
Tembok sepanjang 3 km ini dikekalkan sebagai kenangan dan juga bukti sejarah dua idealogi yang berbeza dapat disatukan serta musnahnya fahaman komunis di Jerman Timur

19 comments:

CikguZue said...

Jenjalan lagi. Best la.Gambar2 yg dipaparkan pun cantik. Hopefully akan sampai ke sana.Ada gambar bahagian dalam tak?

Jemput datang ke laman saya, minta bagi komen ttg gambar,k. t.kasih.

arsaili said...

salam..best la...tak kesempatan ke Berlin... uhuk...

silversarina said...

mana sangka suatu masa dulu tembok menjadi pemisah barat dan timur... dekat sangat bangunnannya namun berlainan negara.

Cantik Berlin dan kereta tu serta highway nya.... bestnya bawak laju :)

Mek Na said...

nice shots...pandai la amik gambar. keep on sharing it here...terasa mcm kat berlin je :)

KAMATO said...

cikguzue, ada banyak juga ambik gambar, tapi tak bolhla load sini semua

arsaili, mungkin lain kali sampai, banyak tinggalan sejarah di sini

silversarina, memang dekat sangat, parlimen tu hanya tak sampai 30 kaki dengan sempadan

mek na, terima kasih, kalau berkesempatan akan saya share

ZABS said...

Salam Kamato,
Terima kasih berkongsi penglaman dalam perjalanan. Gambar-gambar yang menarik. Saya rasa tentu pembangunan di bahagian Barat lebih maju dari bahagian Timur sebelum tembok dipecahkan. Betul ke?

Eridzhuan Zhaieno said...

Salam ziarah...alhamdulillah sambil jalan-jalan mencari info ttg berlin...terjumpa pula blog anda. Insya'allah saya akan ke berlin pada 1 julai hingga 8 julai untuk present paper sambil jalan-jalan. Belum ada idea tempat2 yg best dan hotel2 yg strategik...may be anda ada info atau cadangan buat saya...juga nak tahu tempat2 menarik di berlin boleh diacces dengan mudah tak by public transport?....kelihatan di entry Plamyra Restaurant, Prof Hashim saim dgn pm noraini dr uthm...

asuhara sue said...

bro..

uishh...makin lama membaca blog ni, makin jeless teramatnya lah saya nihh...

anyway, thanks...pengalaman anda ini berjaya memujuk hati saya supaya bersabar nak ke sana juga!

have a nice day ya!

pB said...

SALAM BRO K

cantik sungguh gambar gambar yang di'tangkap'.

Mcm jurukamera PRO ..

KAMATO said...

Pak zabs, memang la barat lebih maju dari timur, tapi sekarang dah tak nampak beza sangat, bangunan baru dah banyak di sebelah timur

aridzhuan, terima kasih singgah.. nampak seolah kenal semua uthm, student situ ke sebelum ni.... tempat2 menarik di berlin semuanya dekat2, kalau nak ronda kejap2 dua hari dah cukup, semua boleh diacces dengan public transport, Julai mungkin situ bizi sebab ramai bercuti

ashuhara, saya pun tak habis ronda, cadang awal Julai nak ke sana semula dan naik ke republik cek

PB, mana boleh lawan leong

Mak Su said...

mcm mhl jer belanja kehidupan kat situ

KAMATO said...

Mak su, tenguk keadaan, kalau tengah kota berlin betul memang agak tinggi sikit, itu pun sewa rumah... makan sama je

blackpurple @ jowopinter said...

Salam.

Cantik, cantik...

Suka bangunan yang bentuk bersegi tajam itu.

KAMATO said...

BP, Saya sebenarnya frust tak dapat ambik gambar sony center sebelah malam.... kubah bangunan tu berubah warna setiap minit

zlaa said...

Harap-harap dapat ke Jerman September ni.

Unknown said...

yang kete putih panjang tu tak silap hummer 4wd kan bang? kalau tak perasan mcm bas pun ada

fahaman nazi masih wujud lagi ke dekat sana bang?

KAMATO said...

zlaa, september..... saya dah balik....

penoreh getah, dah takda dah fahaman nazi tu, tapi perbezaan infra antara 2 blok itu tetap ujud

muadzlife said...

ada gak sekerat untuk jadi tinggalan yer...

uii mahalnya 3000eur...

KAMATO said...

muadzlife, 3km tu untuk tinggalan sejarah