Monday, April 21, 2008

Tram


Tram adalah pengangkutan utama di semua Bandar di seluruh German. Kederaaan ini begitu efficient dan akan sampai tepat pada waktu yang di tetapkan. Setiap hari pengangkutan ini yang kami guna berulang dari tempat kediaman ke office. Tram no 6 yang kami guna. Oleh kerana tram yang kami naiki merupakan tram untuk ke airport, maka ianya adalah antara tram terbaik di Bandar Bremen ini. Satu keistemewaan tram ini, trak untuk laluan dia juga diguna oleh kederaan lain. Agaknya kalau di pasang di KL boleh jadi jem gila.


Beginilah kesesakan penumpang setiap pagi


Tempat menunggu tram setiap hari

12 comments:

silversarina said...

dapat bayangkan macamana kalau tram ni ada kat KL... jam satu hal...ramai jugak yang terkorban kot...

KAMATO said...

silversarina, memang mustahil rasanya kalau di pasang di kl

Mak Su said...

apa salahnya kan, kot2 yg ni lebih efisyen? ahaks

zlaa said...

Sama-lah di sini pun laluan tram digunakan utk kenderaan lain juga. Cuma di sini, pemandu kenderaan lain sentiasa memberi laluan, keutamaan pada tram. Agaknya kalau di tempat kita, tram yang terpaksa memberi laluan kepada kenderaan lain.

tumismenumis said...

kalau pasang kat Mesia, mau hari hari ada mat empit yg kena gilis. Mungkin la.

mazudi.com

Ajzie said...

adoiiiiiiiiiiiiii gambar2 ini mengusik konangan lalu.....

indera kencana said...

Lama tak masuk blog abang...
Sedar-sedar rupa-rupanya abang dah sampai Germany dah..
Hambooiii.. senyap-senyap je abang terbang..

Cantik pemandangan di Germany. Ambil gambar byk2 ye!!

pB said...

Salam Bro K


Dah lama pB dah tiba rumah nie

Ruper nyer tuan rumah 'terbang' lagi



Moga apa yang dicari di sana akan berjaya dijejaki .....





psst ...
kotak coklat dulu masih pB simpan.
Jeles aBear ..

hi hi hi

KAMATO said...

maksu, mungkin juga

zlaa, itu rule pemandu di sini, kena bagi laluan pada tram, saya pernah juga sewa kereta kat sini, terpaksa ikut

mazudi, agaknya gitula...

ajzie, kadang2 tak seronok dah duduk sini....

indera, tak suka sangat pun dtg sini, dah terpaksa

pb, sini memang sorga cokelat, hari2 saya makan benda tu

NBK466 said...

Mmg syok naik tram nie... alhamdulillah kesempatan naik sbb mmg ada tram kat kg den Sheffield dulu...

blackpurple @ jowopinter said...

Di KL dah tak ada tempat nak selit dah bendaalah Tram itu. Dah sesak sangat!

arsaili said...

salam..kat kl tak practical..mau accident jadinya