Di mana-mana tempat di German ni memang ramai warga Turki. Sebahagian besar mereka adalah peniaga. Mungkin disebabkan terlalu ramai puak-puak mereka ini, maka kebab house boleh di dapati di mana-mana. Cuma kadang-kadang agak kuatir untuk mendapatkan yang betul-betul halal. Begitu juga di Bremen ini, terlalu banyak kedai menjual kebab. Tapi dalam banyak-banyak tu hanya dua kedai sahaja yang tidak menjual alcohol dan tidak diragui makanan yang dijual. Salah satunya ialah Kebab house Ali Baba. Rasa dan harga kebabnya masih sama seperti dua tahun yang lepas. Kedudukannya yang hampir dengan masjid menjadikan ianya tempat persinggahan utama jemaah masjid untuk mendapatkan kebab. Rasa Kebab di Europe ni memang berbeza sekali dengan kebab yang dijual di negara kita.
8 comments:
teringat masa kat Sydney dan Canberra... kalau tak fish and chips, cari kebab... tu pun kena tengok betul-betul... kalau tak silap nama kedai kebab kat Canberra tu pun Ali Baba... dan setuju, rasanya tak sama dengan yang di Malaysia...
Sastri, oho... ali baba ni international rupanya ye
Kebab memang sedap... okaylah senang nak cari makanan halal ... tak lah payah makan mee maggi aje :P
salam, memang kebab kat europe sedap..kirim bawa balik bole? ekekeke...kat msia memang tak jumpa kebab sesedap kat sana..
Kebab di satu sudut Jalan Tar adalah sikit-sikit rasa macam kebab di sebelah sini. Cuma terasa extra mint sikit. Lain-lain kebab di Pasar Malam rasanya biasa sahaja. Di sebelah sini mungkin lain rasanya disebabkan ada pelbagai jenis sos.
siversarina, makan tak pernah mis, macam jugak kat msia, semua benda boleh dapat
arsaili, nantila nak bawak hehe
zlaa, mungkin sebab asal makanan tu dari pak arab, memangla mereka lebih handal, kita tiru je, mana nak sama
Aku cuma dapat makan kebab kat pasar malam tu jer. Tak leh nak banding ngan kebab arab ker europe ker. Tapi, ok jugaklaa.
mazudi.com
mazudi, kebab pasar malam pun ok gak...
Post a Comment