Aku sempat mengunjungi kawasan taman yang di penuhi Tulip di Bandar Bremen ini. Tidak ubah langsung seperti 2 tahun dulu masa aku ke sini. Tulip berwarna merah masih menjadi pilihan. Sebenarnya Tulip berasal dari Asia Tengah, tumbuh liar di kawasan pergunungan Pamir dan pegunungan Hindu Kush. Sekarang ia terkenal di seluruh Europe dan tengah mekar pada masa ini. Belanda antara negara yang terkenal sebagai negeri bunga tulip. Terdapat sekitar 100 jenis bunga tulip yang di tanam dalam dunia dengan berbagai warna seperti merah, oren, kuning, hijau, biru dan ungu. Terdapat juga berbagai jenis kelopak, ada yang tidak terbuka sewaktu mekar (mengucup) dan ada yang terbuka luas semasa mekar. Walau bagaimanapun Tulip biru dan ungu nampak agak unik.
Monday, April 28, 2008
Tulip
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Cantik. Cantik. Sungguh cantik sekali. Sudah lama saya memendam hasrat menjejak kaki ke tempat-tempat seperti Haarlem!
tulip tu? yg byk kat belanda tu? asal dari Asia Tengah? oooo....
Saya suka tulip ungu.... :)
izariza, akan tercapai insyaallah
mak su, menurut sejarahnya begitu la
bp, tulip ungu memang cantik
ooo...ada tulip la! banyak tu...
terbayang2 berlari2an di kelilingi tulip...hehehhe
pst- ada ambik tulip saya, ke?
salam
lawa sungguh kejadian Allah ....
bertuahnya dapat tengok pelbagai tulip dengan pelbagai warna.. cantiknya ciptaan TUHAN.
memang cantikk..
suka la nengok gambar bunga ni. tak kiralah apa warna...santekkk :p
cikguzue, kalau nak puas tenguk pegila ladang dia di belanda, fantastic
PB, itula ciptaanNya
silversarina, kita kena bersyukur kepadaNya
zino, kawan saya kata bunga raya lagi cantik
mekna, wanita dan bunga, sukar dipisahkan
Tahun lepas dah sampai Belanda tapi tak sempat jenjalan, lagipun tengah Autumn...ada la skit2 kat kedai bunga...rugi rasanye.
apepun memang cantik2 bunga yang dicipta Ilahi ini, yang mewarnai keindahan dunia sementara ini.
mekar bunga memang tak lama..sure org claim abis madu sepah di buang..tapi sekarang leh buat potpori atau keringkan jadi penanda buku..ahaks
Post a Comment