Saturday, April 26, 2008

Teerhof Guest House

Di Bremen ini kami di tempatkan di Guest house universiti di satu tempat yang dinamakan Teerhof iaitu sebuah pulau di tengah sungai. Apartment studio type yang agak simple tapi cukup selesa untuk seorang. Semua kemudahan ada terdapat di sekeliling guest house ini. Sebenarnya di university of Bremen ini banyak guest house, tapi di Teerhof inilah satu-satunya guest house yang berada di tengah-tengah pusat Bandar. Biasanya hanya student tahun akhir dari luar German sahaja ditempatkan di sini. Mungkin konsep guest house ini boleh di terap di kolej-kolej di negara kita.
Tempat aku memerah otak menyelesaikan segala tugasan, juga tempat berhubung dengan keluarga. Thaks a lot to VoipStunt kerana menyediakan laluan percuma untuk menghubungi semua relatif di Malaysia, rakan-rakan pejabat, malah semua responden kajian.
Ruangan untuk mencari ilham
Ruangan utama
Ruangan untuk memasak

5 comments:

zino said...

nampak memang selesa semuga segala tugasan dapat di selesaikan dengan sempurna..

silversarina said...

konsep guest house dalam U ni memang praktikal, anak I di Korea bagitau di sana pun ada konsep ni... voipstunt , sure lega dapat akses servis ni, itulah kami gunakan selama ini selain pc ke pc .

btw, untunglah you dapat makan makanan syria kat sana..ramai jugak arab kat Bremen ??

KAMATO said...

zino, harap gitula... banyak brtul cubaannya

silversarina, memang lega pakai voipstunt, cuma kadang2 line dia tak constant

CikguZue said...

salam...
macam hotel lima bintang,ek..

KAMATO said...

cikguzue, agak selesa juga la...