Daripada Sariy al-Saqaty menceritakan bahawa:
Pada satu hari aku ke kawasan perkuburan untuk ziarah dan membaca sesuatu kepada pengguni-pengguninya. Tiba-tiba aku terlihat Bahlul al-Majnun berada di sisi sebuah kubur. Dia sedang menggolek-golekkan dirinya di atas tanah kubur itu. Aku tidak heran melihat apa yang dilakukannya kerana sememangnya aku sudah tahu perbuatannya, perangainya pelik daripada orang lain. Sebab itu orang menggelarnya Bahlul si Gila.
“Kenapa engkau berada di sini?” Tanya ku pada Bahalul. Jawabnya: “Memang aku cukup suka dan selesa berada di sini, mereka tidak menyusahkanku dan apabila aku pergi dari sini mereka tidak pernah mencaci di belakangku,” katanya dengan puas hati.
Aku merenung wajahnya dan aku tahu perkataan seumpama itu bukanlah kata-kata yang biasa diucapkan oleh seorang yang gila, ia seperti ucapan bernas dan mempunyai pengertian yang mendalam. Aku dapat memahami ucapannya; bahawa manusia sekarang tidak terlepas dari mencaci dan dicaci, mengganggu orang lain dan diganggu. Dunia hari ini telah rosak akhlaknya, manusia tidak lagi memperdulikan salah atau betul, dosa atau pahala. Mereka lebih suka mengikut hawa nafsu semata-mata, yang kerap kali membawa kepada malapetaka dan kebinasaan besar.
Aku terdiam sebentar, tidak tahu apa yang akan aku tanyakan kepadanya lagi. Aku tidak mahu tersalah soalan kepadanya, nanti mana tahu aku menerima jawapan yang tidak menyenangkan dirinya. Orang seperti itu pemikirannya bergerak cepat, mungkin apa yang dikatakannya berupa ilham daripada Tuhan Yang Maha Kuasa.
“Wahai Bahlul, tahukah engkau bahawa harga roti sekarang sudah naik?” Lidahku tiba-tiba mengatakan itu, dan aku sendiri tidak tahu, kenapa aku mempersoalkan tentang harga roti pula.
Beliau menjawab tegas dengan wajah yang muncung dan masam: “Demi Allah aduhai Sariy, aku tidak peduli berapa pun harganya, walaupun sebuku roti berharga sedinar sekali pun. Itu bukan urusan kita.” Dia terlalu serius ketika mengucapkan kata-kata itu seolah-olah dia seorang peniaga di pasar.
Bahlul terus bersarah dengan penuh falsafah: “Apa yang seharusnya dianggap penting ialah kita mesti menyembah Allah SWT dengan sebaik-baiknya sebagaimana yang diperintahkannya, nescaya Allah SWT akan mengurniakan rezeki-Nya sebagaimana yang dijanjikan. Harga roti naik atau turun bukan menjadi masalah, sebab walau apa pun keadaan yang berlaku sesungguhnya rezeki daripada Tuhan tetap ada”.
Gambar Hiasan
8 comments:
Salam Ramadhan KAMATO
penuh makna dgn jawapan2 nya itu
Wassalam
Rozali, itulah agaknya jawapan orang berilmu
salam ..selamat menjalani ibadah puasa...semoga tahun ini lebih baik daripada tahun2 sebelumnya....
jawapan mantap - terjawab oleh orang kebanyakan
betul tu...kalau dah rezeki kita, macamanapun akan jadi kita punya,
kalau bukan, buatlah macamana pun kita tak akan dapat menerimanya...
Salam Ramadhan buat kamato sekeluarga..
Assallamualaikum Kamato,
Mama mencari Bahlul al-Majnun dalam diri sendiri..
Semoga Allah melimpahi rezeki buat kita semua..lebih-lebih lagi buat negara Malaysia yang tercinta ini.
jawapan untuk soalan roti tu betul2 mantoppp!
mmg betul kata-katanya
sonata, mudah2an....
maklang, memang betul kalau rezeki tak ke mana
nadz, moga2 begitu....
asuhara, itu jawapan orang berilmu
maksu, he he.... ini lah susunan mutiara kata sheikh al-imam tajuddin ahmad
Post a Comment