Friday, August 06, 2010

SKVE

Lebuhraya SKVE telah dibuka lebih sebulan yang lepas. Sebelum ni kalau ke Shah Alam dari Putrajaya aku lebih suka guna Elite. Sekarang aku dah banyak guna highway baru ni. Lebuhraya ni menghubung antara Putra Saujana ke Lebuhraya Silk. Setakat ni masih belum banyak kenderaan menggunakan jalan ini. Mungkin ramai yang tak tau lagi. Malah masih belum ada lagi track dalam GPS. Melalui jalan baru ini baru kita tahu terdapat banyak tasik bekas lombong di kawasan ini. Baru ni semasa aku memandu di lebuh raya ni, dua buah 3 siries menguji kemampuan kenderaan mereka di jalan baru ini. Mereka memberi syarat semasa memotong kereta aku. Aku terus mengekori rapat di belakang mereka. Kelajuan maksimum yang boleh di capai hanyala setakat 170 km/j sahaja, lebih dari itu agak sukar untuk mengawal kenderaan kerana terdapatnya selekoh dan jalan yang agak beralun.

Alangkah seronoknya kalau dapat memandu di jalan yang sunyi dan cantik seperti berikut


(sedang cuba hilangkan tabiat memandu laju, kadang-kadang sukar bila di cabar)

9 comments:

taj said...

Salam...

wahhh mmg bahagia kalau dpt drive kat jalan cam tu...

pic 1...adakah ini jalan XKVE?
pic 2 & 3...jalan di luar ngr kan

sukran

nadz said...

Assallamualaikum KAMATO,

Cantik sangat suasana sepanjang jalan tu..mana boleh speed kalau keadaan jalan begini..

pB said...

170 dengan Unta ???
Hebat tuuuuuuu

KAMATO said...

taj, semua tu bukan jalan negara kita

KAMATO said...

nadz, kalau suasana cantik gitu, memang tak perlu speed, nak tenguk panorama indah

KAMATO said...

PB, unta mana boleh lagi gitu, merangkak boleh la......he he sekarang unta tu dah jarang bergerak, cuma sesekali je bila anak semua kat rumah

zino said...

unta mana boleh 170.. terlebih meter tu hehe.. kat mana XLVE tu.. tak pernah dengar pun hehe

KAMATO said...

bro zino, unta memang la tak boleh he he

asuharAsuE said...

bagi saya yang x suka memandu, memang sangat2 perlukan jalan yang lengang, tp tak naklah sampai x ada orang, kalau jadi apa2 susah nak mintak tolong pulak.

p/s: jalan di gambar bawah tu, macam saya dah lalui je, waktu kembara pertama ke bumi shinto.